Total Pageviews

Tuesday, 1 November 2011

HaPPy BIRthDay TO AddiNie

Seperti yang dijanjikan, Hari ni Abang Syed dan Kak Yatt akan mengadakan hari istimewa buat anak ke-3 mereka. Minggu lepas sambutan hari lahir buat Addini (Dini) secara ringkas sahaja semasa menyambut kepulangan A syed dari Malaysia. Dalam ceritaku yang lalu, telah ku khabarkan kisah sambutan ringkas ini. Janjiku akan ada liputan lagi selepas ni.
Dua hari sebelum kenduri diadakan, aku datang menolong K Yatt menyiapkan beberapa bahan untuk persiapan kenduri. Pada malamnya pula kami membuat kira2 seratus batang ais krim tradisional atau setengah orang kata aiskrim Malaysia. Yalah untuk budak2 dan orang dewasa juga.

Esoknya, beberapa rakan terdekat telah datang bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan dan apa2 sahaja yang boleh disiapkan awal. Ada sapa ya petang tu....? Aaa aah.... ada Yun, Syitah juga Ros yang diimport khusus dari Malaysia.... hihihi... tak adalah, kebetulan dia ada kerja yang perlu di siapkan di sini.

Ini saja menyiapkan makan malam.Yun jap lagi nak gi ngaji. Tak sempat makan malam. Aku tu tengah bakar ayam.
Haa... inilah dia chef yang diimport dari Malaysia tu, Dr Roslina namanya. Bukan mudah nak adjust Dr Phd ni untuk kacau kuih tako ni.... Kuih tako ni K Yatt nak buat dessert untuk esok. Ini yang lapisan bawahnya.
Ni kira supper la ni, dah penat kerja sampai malam, sedap pulak menghirup sup panas2. Budak2 pun lambat pulak masuk tidur. Suka agaknya dengan keriuhan persiapan untuk sambutan hari lahir adik bongsu mereka.
Majlis bermula kira2 jam 3.00 petang. Tetamu jemputan lebih kurang seramai 20 family. Pada hari berlakunya peristiwa, riuh rendah sahabat dan taulan yang membantu. Ini Yun dengan Syitah tengah siapkan kebab dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa ceria dengan gelak tawa mereka.
Menu utama majlis ni ialah 'Mihun Sup Utara', ceria nampaknya dengan warna kuning terang tu. Ada juga nasi bubur yang ku bawa. Tak ambik pula gambar menu sendiri. Tak apa, taknak lah di katakan 'masuk bakul angkat sendiri' kan.....
Ini pula aneka kuih muih yang ada....coklat cup cake, agar2, donut, popiah, bubur kacang, kuih tako, kerepek dan macam2 lagi. Ada yang dibuat oleh tuan rumah sendiri dan selebihnya biasalah, yang dibawa oleh para tetamu.
Cantik betul kek aiskrim Dini ni. Kek ni sumbangan ikhlas dari salah seorang rakan baik mereka iaitu Sanusi dan Linda.
Addinie dikelilingi rakan2 kecil selepas lagu 'happy birthday' dinyanyikan, Dini cuba meniup lilin beberapa kali baru padam. Kelakar mulanya bila abis je lagu dinyanyikan, yang meniup lilin bukannya Dini, tapi anak kepada Isa dan Syifa. Terpaksalah lilin dinyalakan sekali lagi.
Acara potong kek pulak. Pandai Dini pakai pisau untuk potong kek tu. Dah tahu dah protokol hari lahir. Lepas je tiup lilin, kena potong kek sebagai syarat. Syarat apa ya? Alah.... itu macam susun aturnyalah kan....
Tiga beradik ni tersenyum simpul, malu2 bila semua camera menghala ke arah mereka. Tiga beradik yang berlainan rupa.

K Yatt yang sibuk memotong kek untuk diagihkan kepada kanak2 dan tetamu. Tak sabar semua orang nak rasa kek aiskrim ni.
Acara membuka hadiah bermula sambil disaksikan oleh rakan kanak2. Semua nampak teruja.
Boleh dikatakan semua hadiah bertemakan Dora dan princess. Dora adalah 'maskot' kegemaran Dini.
Salah satu hadiah bertemakan princess. Bangga nampaknya Dini menayangkan baju tu.
 
Selesai hadiah dibuka, sesi akhir penggambaran ini menunjukan hadiah2 yang diterima oleh Dini. Hatinya amat ceria walaupun matanya dah mengantuk.
Oklah Dini, Cik Nani doakan Dini dapat membesar bersama kasih sayang mak dan abah, semoga Dini menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya untuk dunia dan akhirat........Tunggulah nanti Cik Pian akan siapkan video rakaman majlis untuk simpanan Dini ya.....

Posted by Picasa



No comments:

Post a Comment