Total Pageviews

Sunday, 13 November 2011

POsinG di Botanical Garden CBD

Warna-warni kecerian, kecantikan dan keindahan bunga-bunga ros yang terdapat di Botanical Garden, telah mengundang perasaanku untuk membuat lawatan sekali lagi ke sana. Mungkin ada perbezaan suasana antara tahun lepas dan kini. Namun itu bukan matlamatnya, yang penting memang aku teringin melihat sekali lagi bunga-bunga ros yang cantik berkembangan di serata taman. Lagi pun ia hanya dapat dinikmati dimusim ini...spring.
Menghampiri jam 12.00 tengahari, aku sampai ke Botanic Garden yang terletak lebih kurang 7 km dari rumahku. Masa tu tak ramai pengunjung yang ada, mungkin kerana cuaca hari ini yang agak panas. Selepas lebih-kurang 15 minit pusing2 taman, langit bertukar mendung, hujan pun turun rintik2 dalam kira-kira 7 minit. Aku dan hubby tak tahu nak berteduh kat mana, membiarkan saja renyai halus hujan menimpa kami. Nasib baik tak lebat turunnya. Bila hujan dah berhenti, matahari kembali mencelikkan matanya. Jadi aku pun sambung balik posing2.
  
 
Selain bunga ros yang ditanam, terdapat juga bermacam-bunga spesis lain di situ.
  
 
 
 
Kebetulan ada pasangan pengantin OZI yang juga sedang membuat pengambaran di sini.
 
 
 
 
 
 
 
 
Mungkin dalam masa seminggu dua lagi, pokok2 bunga ros ini akan semakin banyak bunganya dan semakin cantik kembangannya. Hati ini menanam azam untuk datang ke sini sekali lagi bagi menikmati keindahan taman dan bunga2 ros ini. Bila melihat seri warna-warni, kesegaran dan keindahan bunga-bungaan, terasa sangat ketenangan meresap ke hati.
Posted by Picasa

2 comments:

  1. Wow...cantiknya bunga-bunga tu...ingat nak pegi juga la.

    ReplyDelete
  2. Betul, memang cantik setiap ciptaan Allah ni...

    ReplyDelete