Total Pageviews

Friday, 30 November 2012

Good Bye Spring.....

Hari ini  adalah hari terakhir spring untuk tahun ini. Untuk aku juga.... :-(. Tahun depan masa spring aku bukan lagi di Adelaide. Dah di Malaysia, insyaAllah.... 

Masa di awal-awal spring tiga bulan lepas.....



Bangkit dari suhu yang sejuk selepas winter. Sebelum gugur, pokok jiran sebelah rumah aku ini berbunga lebat.

Bila bunganya berguguran jatuh ketika di tiup angin, masa tu perasan seolah-olah snow yang turun. Pernah sekali anak kepada seorang rakan bila sampai-sampai je depan rumah aku ketika melihat situasi ni, dia berkata... "Waaauw.... rumah auntie Nani ada snow la....."
Pokok rosemary ni pun turut berbunga.

Masa ni masih lagi berada dalam cuaca yang kadang-kadang tak sabar menahan suhu yang sejuk. Masih lagi takut-takut menyentuh air. Kali ini akan rasa lah pula suhu yang tinggi macam kat Malaysia. Walaupun untuk tiga bulan sahaja cukuplah untuk memeritkan keadaan. Panas dan kering. Semalam pun suhu dah jadi naik sampai 38 degree C. Jumpa kawan-kawan kat kelas semalam pun aku tengok muka mereka dah merah-merah kepanasan. Muka aku pun... Ini belum lagi 40 degree atau lebih macam tahun lepas. Dengar-dengarnya summer tahun ini bakal menjadi tahun terpanas dalam musim panas berbanding tahun-tahun sebelumnya. MasyaAllah....

Rutin la tu... Selamat tinggal spring dan esok selamat datang untuk summer 2012.....

Posted by Picasa

Thursday, 29 November 2012

TemPaHan Nasi Kerabu Untuk HaRi Ini

 
Basic.... Siap sedia.... Tunggu di pick up je...
Menerima permintaan pada dua hari lepas, sambil sibuk aku duk packing pun, aku rasa masih berpeluang untuk aku masak. Kerana sahabat.... limit ku sebenarnya minima menerima tempahan adalah untuk 20 orang tapi aku masih boleh pertimbangkan bila tempahannya hanya untuk 13 orang.
Kawan aku ni minta menyediakan hidangan asas AUD 5 per person. Nak datang ambil dalam pukul 11.00 pagi. Ada mungkin macam meeting ke apa tah dekat ofis dia hari ni. So dia nak perkenalkan makanan tradisional ni pada orang putih.

Aku terkejut juga. Macam tak yakin je dia orang dapat makan hidangan yang ada budu ni. Jika tak makan maknanya tak lengkap atau tak sah nasi kerabu tanpa budu. Atau dengan kata lain tak kick. Mana nak sedap. Lebih-lebih lagi pulak jika dimakan guna sudu. Nak gaul pun macam susah je nak sebati. Tak kisahlah....
Harap-harap dia orang berani mencuba. Apa pun aku memang menunggu maklum balas dari kawan aku tadi. Apa ceritanya orang putih dan nasi kerabu ku ini..... :-)
Posted by Picasa

Tuesday, 27 November 2012

JacaRanda BerMusim LaGi

Betapa cantiknya rekaan manusia, maha cantik lagi ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala....
(Pemandangan di Cavendish Avenue, Devon Park)

Aku perasan setiap tahun, pada akhir musim bunga, pokok Jacaranda ini akan mengeluarkan kuntuman bunga yang berwarna purple seperti dalam gambar ni. Jacaranda ni sebenarnya adalah pokok besar yang biasanya ditanam di tepi jalan. Cantiknya kamera merakam gambar, cantik lagi pandangan dengan mata kita sendiri. Subhanallah.... apa aku nak ucap ya... memang cantik sangat warna purple bunga ini. Purple bersusu warnanya. Ada yang di tanam hanya sepokok sepokok. Tapi sebenarnya yang membuat pemandangannya nampak cantik, bila pokok ini ditanam penuh berderet di kiri dan kanan jalan yang akan kita lihat seperti lorong pintu gerbang.

Sebenarnya aku pernah ceritakan juga pasal pokok Jacaranda ini pada akhir musim bunga tahun lepas. Boleh dirujuk di sini.

Jika dari pandangan dekat dan pokok yang masih kecil, inilah rupanya bunga pokok tu.
Sebenarnya ada beberapa tempat atau lorong jalan yang aku pernah jumpa dan lalui terhias indah dengan pokok ni. Tapi sukanya aku nak tunjukkan yang aku tak perlu pergi jauh. Hanya lorong sebelah rumah aku je ni. Setiap pagi dan petang, dua tiga kali sehari pun pasti aku jenguk lorong ni semata-mata kerana nak melihat dan menghayati kecantikannya.

Sangat excited....
Jika angin bertiup kuat atau hujan turun, akan banyaklah bunga-bunga purple ni jatuh berguguran. Lepas tu bila hari kembali panas, kuntuman bunga-bunga purple yang di atas jalan itu akan mengering. Bila saja aku memandu melaluinya, sengaja aku slowkan kereta dan bila tayar kereta melenyek bunga-bungaan ini, ia akan mengeluarkan satu bunyi 'krup krap, krup krap', kelakar juga bila aku jadi terhibur dengan bunyi tu :-).....

Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, mengiringi berlalunya musim bunga yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, akan gugurlah semua bunga purple Jacaranda ini, kembali berganti dengan daun yang hijau menjadikan ia kembali sama seperti pokok-pokok yang lain juga.
Logiknya musim ini bakal menjadi musim akhir bagi aku untuk melihat Jacaranda tree di sini. Mungkin jika ada peluang dan rezeki dan dengan izin yang 'Maha Kaya', akan dapat lagi aku menyaksikan pemandangan ini di suatu masa nanti..... InsyaAllah.....



Friday, 23 November 2012

TemPahan NaSi KeraBu DeVon Park, AdeLaide

Ermm.... Nampak menarik dan mengiurkan. Aku sendirilah tu..... orang lain mana aku tahuuuu.... 

Saja berkisah, cerita ni sebenarnya dah berlalu lebih sebulan dulu. Masa lagi dua hari nak sambut raya haji. Ada la seorang sahabat yang aku memanglah hormat dan segan juga pada dia. Dia nak buat tempahan menu nasi kerabu untuk di makan oleh 60 orang di pagi raya haji nanti . Terkedu juga aku nak menolak kerana dari bahasanya aku tahu yang dia amat berharap. Dilema sungguh aku masa tu, padahal bukannya masalah besar pun... 

Masa tu aku tengah susah hati, so fikiran pun sedikit risau. Antara nak fikir untuk beli bahan dengan pantas dalam masa dua hari, aku fikir juga aku pun sebenarnya nak masak untuk aku sendiri pada malam raya. Aku tak pernah miss masak untuk menu raya setakat ini walau pun sambutan hanya dengan berdua. Apa yang paling berat di fikiran aku masa tu ialah keadaan ayah aku yang baru mendapat kemalangan dan masih di hospital. Semuanya buat aku jadi tak tentu.....

Apa boleh buat, akhirnya setelah berfikir dengan berat hati aku terpaksa menolak dulu tempahan itu dengan alasan yang aku harap sahabat aku tu boleh terima. Aku tak sampai hati ni... tapi sebenarnya dia ok je atau aku pun tak tahulah jika hati kecil dia mungkin sedikit kecewa. Maaflaaaa.... Tapi hati ku terubat lepas tu bila dia nak juga menempahnya jika bukan untuk pagi raya pun, bolehlah anjak untuk minggu depan tapi hanya untuk 30 orang. Hati ku lega bukan apa... maknanya aku dapat juga menolong dia memenuhi hajatnya.

Padahal simple saja tempahannya. Hanya basic dan satu lauk. Tak adalah teruk sangat aku bekerja. Aku ingat hari tu dia nak solok lada sekali. Maklumlah solok itu seolah lambang atau trade mark untuk nasi kerabu jadi nampak istimewa. Jadi apa yang aku sediakan ialah :-
Nasi yang aku suka jika warna kuning. Jika dekat rumah aku di Malaysia, ada bunga khusus untuk menjadikan nasi tu biru. Organik la sikit.
Lepas tu ulam-ulaman lah. Macam biasa.... kesum adalah wajib dan ulaman lain adalah pilihan. Di sini aku sediakan 4 jenis ulaman yang terdiri dari kesum, timun, kubis dan taugeh.
Ini  pula adalah extra basic, tumis budu penyengat rasa. Aku gunakan budu jenama pantai made in Thailand yang memang ada tanda halal. Bagi aku dan selera aku yang dah buat beberapa exsperimen, inilah budu yang tersedap di Adelaide ini. Tapi janganlah bandingkan dengan budu dari Malaysia terutamanya  dari Kelantan ya. 
Yang kena wajib ada lagi ialah sambal kelapa, basic yang wajib. Tidak dinamakan nasi kerabu jika tiada sambal kelapa ini. Untuk peminat pedas pula, kena sertakan air lada ini. 
Lauk yang diminta hanyalah daging bakar ini. Satu lauk sahaja untuk 30 orang. 

Buat pengetahuan, aku telah meletakkan harga pengenalan bernilai AUD6.00 bagi satu kepala yang terdiri dari nasi, sambal kelapa, ulaman, tumis budu, budu kosong, air lada dan satu lauk iaitu daging bakar ini. 

Sebagai penyedia tempahan, aku amat-amatlah berharap agar apa yang aku masak dan buat ini dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang penting juga bagi aku jika sekiranya mereka sudi memberikan komen-komen yang amat berguna untuk aku meningkatkan lagi mutu dan prestasi kerja aku ke arah yang lebih baik.

Saja pula aku tayangkan gambar dibawah ini dengan beberapa lauk pilihan yang aku ada. 
Ini adalah hidangan premium yang bernilai AUD12.00, tetapi harga boleh bermula dari AUD 5.00.

Selain bahan basic, ada beberapa jenis lauk pilihan yang terdiri dari ayam goreng kunyit, daging bakar, telur masin, bawang jeruk dan keropok. Tiada kelihatan ikan goreng tepung atau solok lada atau ayam percik atau lain-lain lauk pilihan lagi kerana kebetulan tidak disediakan ketika gambar ini ingin dirakam. Tidak semestinya semua lauk wajib ada tetapi boleh membuat pilihan mengikut selera dengan harga yang berbeza-beza.....
Solok lada dan ayam percik, antara lauk tambahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Sekian.....


Sunday, 18 November 2012

Happy BirthDay Kak Chik

:-)  :-)  :-)  :-)  :-)  :-)  :-) ...........

Erm..... hari ni teringat macam seolah ada sesuatu dalam kalendar di kepala aku. Dalam aku duk kalut ribut juga kat sini (sibuk apa tak tahu, tapi yang pasti macam-macam duk fikir dan banyak benda nak kena buat), Allah maha pengasih bagi aku teringat suatu tarikh yang agak penting juga bagi aku. 

Tarikh yang bukan buat aku dapat apa-apa pun. Cuma tarikh tu adalah tarikh bagi kegembiraan orang lain sebenarnya. Hari ni rupanya adalah hari lahir Kak Chik yang ke...... erm ehem..... :-)..... 

Tak apalah... aku pun tumpang gembira juga. Apa pun aku tak lepas dan tak lupa nak ucapkan :-

"SELAMAT PANJANG UMUR YANG BERKAT, MURAH REZEKI YANG HALAL SERTA BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT"

 Amiiiiiiin.....

Saturday, 17 November 2012

Dah Sifat ku Penakut DenGannya...!

Suatu tengahari minggu di keramaian pesta suatu sekolah:-
Binatang ni jika kat rumah aku di kampung suka sangat curi telur ayam dalam reban atau mencuri tangkap dan makan anak ayam yang masih kecil.
Kecil.... belum dilatih dan masih dalam kurungan.

Aku lebih tertarik ke sini.....
Tak berani aku nak dekat pun... apa lagi nak pegang En U tu..... Sekali-kali tak akan aku sentuh dia... eeeeeiiii...! memang aku ni penakut. Tapi terhegeh-hegeh juga nak bergambar tumpang masa orang lain tengah nak pegang. 

Berani betul bebudak ni.....

Setakat tumpang bergambar jauh-jauh pun jadilah.... Nak tunjuk juga yang aku ni pernah bergambar ngan dia.... bolehlah buat bukti nanti..... :-)


Friday, 16 November 2012

BerBuka di MuhaRRam

Keadaan dan tempoh masa berpuasa berbeza dari bulan Ramadhan yang berlangsung dalam musim sejuk. Pada waktu itu panjang waktu puasa hanyalah kira-kira lebih 12 jam sahaja dengan cuaca sejuk. Namun bulan ini telah menghampiri musim panas. Jadi waktu siang yang makin panjang membuatkan panjang masa berpuasa bertambah menjadi lebih kurang 15 jam setengah dengan keadaan suhu pula yang panas. Aku berazam nak kumpul beberapa hari pahala berpuasa dalam bulan ini, insyaAllah setakat termampu dengan izin Allah.
Berbahagialah apabila waktu berbuka telah sampai. Penantian yang tidak sia-sia... :-)
 
Menu berbuka ringkas yang terdiri dari ikan mackerel singgang, ayam bakar, budu dan petai serta buah dan pemanis mulut. Terpaksa kena masak nasi lebih sikit dari biasa... kenapa...? Takut tak 'ghenak' (cukup) sebab ada budu dan petai :-) 0ne of my favourite ulam.... Alhamdulillah dengan rezeki ini.....

Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H (2012)

Diucapkan Selamat Menyambut tahun baru 1 Muharram 1434 H pada hari ini. 

Semoga cita-cita suci semalam masih diteruskan dengan melalui dan mencontohi segala pengorbanan dan usaha serta ikhtiar menghadapi segala mehnah kepahitan, juga cabaran untuk ke jalan yang membawa segala kebaikan kepada kita semua untuk berjaya di dunia dan diakhirat. 

~Agar hari ini lebih baik dari semalam, apa lagi esok ikhtiarkan agar lebih cemerlang dari hari ini~

Sunday, 11 November 2012

Windy Day

Sini bila angin kuat atau ribut melanda, amatlah menakutkan....
video
Berada di hadapan rumah, aku rakamkan ribut kecil ini yang berlaku pada awal minggu. Bunyinya amat menakutkan aku. Teringat pada ribut yang terjadi dalam filem "Si Tanggang" anak derhaka itu.... Macam tulah lebih kurang bunyinya.

Lepas tu pulak seingat aku, tak pernah aku mendengar suara guruh dan melihat kilat yang berlaku sepanjang berada di Adelaide ini. Tapi ada hikmahnya bila aku teringat balik untuk membaca doa ketika mendengar guruh yang telah sekian lama aku tidak melafazkannya. Bila aku melihat dan mendengar ke dua-dua fenomena biasa yang terjadi di Malaysia itu berlaku juga di sini, itulah yang jadi pelik dan menakutkan. Kenapa ya...?

Semuanya kuasa Allah yang mana manusia tidak mampu untuk memikirkannya. Tiada yang pelik pada-Nya. Semua nya boleh berlaku dengan kehendak-Nya di mana-mana pun dan bila-bila masa pun....

Allahu Akbar....!

Doa ketika mendengar suara guruh :-
Di import dari Mr Google....

Thursday, 8 November 2012

Ber BBQ

Disuatu petang hari minggu... Apa nak masak untuk dinner malam ni ya....? Di lidah dah terasa-rasa lamb bakar. Ok juga....

Lepas je solat asar, terus ke Najafi's Butcher dekat Prospect. Beli dalam 6 ketul lamb rack pun sudah cukup banyak dah untuk kami makan. Tak nak beria atau banyak "awas" untuk bahan perapan. Sesimple saja. Original rasa lagi sedap dikecap.....
So Di back yard......

Tambahlah ayam barang seketul dua.... :-)



Masak Aussie style. Tak nak over cook. Terasa kesegarannya.
Dah tak sabar la tu......

Ok dulu ya... tak nak banyak cerita lagi, jemput makan.....

Friday, 2 November 2012

Rezeki

Wah banyaknyaaaa........ Bukan kiriman tapi pemberian dari Malaysia.... Alhamdulillah dengan rezeki ini. Terima kasih kepada pemberi dan aku terima dengan hati terbuka. 

Macam terima derma pulak.... Jangan-susah-susah macam lagi ya.... Terima kasih lagi sekali.....

Thursday, 1 November 2012

Ziarah Tahniah

Dari kanan : Kak Nita, Liza, Kak Rin dan Aqeal, Kak Nana, Bonda kepada saudara Umar Faroq, Kay yang meriba baby (dialah yang diziarahi), Fizi serta anaknya dan Aku....

Ketika sama-sama menziarahi salah seorang sahabat yang dikurniakan zuriat ke-3 dalam perkahwinannya. Tahniah.....