Total Pageviews

Saturday 30 June 2012

DeLiMa Bak PerMata


Pokok delima hidup segar di sini.

Ini sebenarnya bukanlah isi dari buah delima yang kat atas tu. Terliur sangat nak makan masa terpandang buah delima di Coles Supermarket hari tu. Aud3 untuk dua biji. Cantik sungguh isinya. Namun rasanya masih masam-masam manis. Sedap juga.
 

Cantik bak permata. Memanglah ada yang kita panggil permata delima kan.
 

Berkilauan dan sungguh melecur-liurkan... :-)...
Posted by Picasa

Friday 29 June 2012

Barnacle Bill For Dinner

Sesekali dalam beberapa bulan, ini saja makanan segera yang enak di sini. Tiada KFC atau MC Donald yang halal. Nak makan KFC, goreng ajelah sendiri. Nak makan burger, adalah kedai arab yang jual burger halal juga, tapi jika harga sebijinya hampir aud7, sanggup? Rm22 kita.... So baiklah buat sendiri juga. Lagi sedap sebenarnya. Untuk nak rasa sekali, bolehlah. Nanti tak tahu nak jawab pula bila orang tanya apa rasanya. 

Ini seafood platter. Hanya seafood. Ada ikan, udang, sotong dan ada yang termasuk scallop juga. Kemudian ada potato chips. Semua tu dicicah dengan sos tartar. Promosi kali ini dimasukkan sekali dengan popiah goreng untuk vegetarian cicah dengan thai sweet cili sos. Tiada beef or chicken. So bolehlah dimakan. Sekotak ni share 2 orang. Amatlah kekenyangan.
  Kekadang jika rajin boleh juga buat sendiri menu in sebenarnya. Cuma tekak kita ni kekadang dah tak boleh telan apa yang kita masak sendiri... :-( 
Posted by Picasa

Wednesday 27 June 2012

Acar Turshie / turshy


Bagaimana ejaan sebenarnya aku pun tak pasti tetapi itulah bunyinya, "turshie". Aku tambah pula perkataan acar di hadapan perkataan turshie menjadikan namanya mempunyai dua perkataan iaitu "acar turshie". Aku telah belajar cara membuat acar turshie ini dari seorang rakan berbangsa Iraq. Ini memang makanan dia orang. Dia akan buat banyak-banyak sekaligus dan disimpan.

Bagi aku ia umpama acar pada kita, orang Malaysia. Cuma cara pembuatan dan bahan-bahan yang digunakan ada sedikit perbezaan yang tidaklah terlalu jauh. Ingin tahu resepinya...? Jom kita mulakan...

Bahan-bahan acar : 
Timun
Kubis
Bunga kubis
Carrot
Brokoli
Cili (jika nak pedas)
Boleh guna apa-apa sayur yang anda suka dan ikut kuantiti sendiri

Bahan-bahan kuah :
Air 
Garam 
Gula 
Cuka makan biasa (aku guna cuka epal)
Sedikit minyak zaitun atau minyak masak (agak-agak secawan) 

Cara-cara :
Masak air sepadan dengan bahan sayur yang kita ada hingga mendidih. Masukkan cuka, garam, gula dan minyak zaitun. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin ikut selera kita sendiri sebelum dimasukkan segala sayur. Bila dah dapat rasa yang sesuai, tutupkan api dan masukkan segala sayur yang kita mahukan. Biar semua masuk dan tenggelam dalam air lalu tutupkan periuk.

Selang dua tiga jam selepas itu, bolehlah kita memakan acar ini. Rasanya rangup dan sedap sekali. Jika membuatnya dalam kuantiti yang banyak, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk dimakan pada bila-bila masa yang kita suka. InsyaAllah acar turshie ini boleh tahan sehingga berbulan-bulan lamanya di dalam peti ais dengan syarat sentiasa terendam dalam kuahnya.

Acar turshie ini memang sesuai dimakan dengan hidangan nasi biasa sehingga ke nasi beriani juga. Malah sangat sedap juga diratah begitu sahaja. Serious cakap terutama bila menggigit carrot dan bunga kubis atau timun yang rangup.

Tak percaya....? Cubalah sendiri.... :-)...

Posted by Picasa

Monday 25 June 2012

DaGing KiSar Berinti Leek


Aku dah lupa apa nama hidangan ini sebenarnya. Resepi asalnya pun aku dah tak berapa ingat. Ceritanya, di sini aku suka menonton satu rancangan memasak "Alive And Cooking" yang disiarkan setiap hari selama 5 hari seminggu. Jadi aku ambil idea dari situ....

Bahan-bahan :
1/4 kilo daging / ayam kisar
2 batang sayur leek
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit lada putih
sedikit serbuk cili jika suka pedas
sebiji telur

Cara-cara :
Dalam satu bekas, gaulkan semua bahan kecuali batang leek sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 (kerana ada 2 batang leek). Balutkan batang leek dengan daging kisar tadi. Untuk elakkan dari melekat dekat tangan masa tu, taburkan sedikit tepung. Selepas elok tersalut, balutkan dengan plastik cling wrap, diikuti sekali lagi dengan aluminium foil. Kemudian rebus balutan daging tadi dalam kira-kira 20 hingga 30 minit atau sehingga agak-agak daging masak.

Sejukkan sebentar sebelum dibuka balutan dan dipotong untuk dihidangkan.

Daging ini sebenarnya sedap dimakan dengan sos cendawan atau pencicah atau apa-apa gravy. Bolehlah mencuba bila ada masa.

Posted by Picasa

Friday 22 June 2012

MeNu BerBuKa PuaSa

Alhamdulillah, selesai puasa sunat khamis semalam. Menu berbuka...

Jika minggu lepas, ceritaku pasal turkey breast , kali ini ada sekotak lagi stok yang aku akan cuba. Kali ini daging dibahagian belakang ayam turkey pula. Cara penyediaan dan membakarnya adalah lebih kurang sama. Bezanya bahagian ini lagi mengambil masa yang lama. Hampir 3 jam dalam oven aku rasakan.

Telah sedia diperap, tinggal bakar je. Inilah rupanya selepas berlama-lama dalam oven dan selepas itu grill pula bagi nampak hangus sikit.

Bila dipotong.... rasanya memang enak. 

Nasi beriani yang biasa aku buat....simple...

Ha ha ha.... Ini sebenarnya adalah daging dan hati lamb masak kari rempah Afghan. Nampak macam green curry pulakkan. Lupa aku nak ambil gambar dia awal-awal tadi. Dah lepas makan ni, macam comot pulak. Tak apalah, jika buat lain kali, nanti ambil gambar yang cantik sikit.
 
Ini adalah, daging cincang berintikan sayur leek. Resepinya dalam entry yang akan datang ya.
Ini pula adalah acar tursyi, aku belajar membuatnya dari seorang rakan Iraqi. Resepinya pun insyAllah dalam entry yang akan datang juga.

Selesai makan...

Saja nak meramaikan sikit bilangan orang ketika berbuka, aku menjemput family abang Sayed sekali untuk menikmati hidangan makan malam bersama-sama, sekalipun mereka tidaklah berpuasa pada hari itu. 

Rancak pula bersembang selepas makan...

Berperang pulak Dini dengan Syakirah ni berebut mainan.
 

Terima kasih buat Kak Yatt dan Abang Sayed kerana sudi bertamu dan menemani kami berbuka puasa. 
Posted by Picasa

Wednesday 20 June 2012

MisUnderstanding

Teringat kepada dua pengalaman yang aku lalui, agak lucu pun ada, geram sikit dan agak gabra pun ada. Silap faham ini berlaku kerana kesilapan dalam mendengar dan memahami, juga mungkin kerana satu bunyi perkataan itu yang mempunyai dua makna.

Kisah 1 :
Antara mee & meat ...

Salah satu restoran halal yang selalu menjadi pilihan aku ialah Uighur Restaurant. Setiap kali ke situ hanya dua menu yang aku suka pesan iaitu kebabnya yang mengancam dan home made noodle nya yang menyelerakan. Sesekali kerana aku dan hubby akan makan share untuk sepinggan mee goreng dia tu, kami akan tambah extra noodle yang bernilai aud2. So mee itu akan banyaklah sikit. 

Suatu hari tu, kami order  menu seperti selalu. Bila sampai je hidangan itu ke meja, kami pun mulalah memakan rezeki kegemaran yang terhidang itu. Sekali ni kami rasa pelik sikit, kenapa banyak sangat daging yang ada dalam mee ini. Aku dan hubby mengagak, adakah mereka ingin bersedekah sikit malam ini dengan meletakkan banyak daging atau terkaut lebih semasa menggorengnya. Apa pun kami terus makan tanpa banyak fikir lagi. 

Bila balik rumah, mungkin masih terbayang di kepala hubby dan masih terfikir lagi tentang banyaknya daging lamb yang diletakkan dalam mee tadi. Agaknya masa tu Allah beri ingatan pada hubby. Rupanya silap faham telah berlaku dalam masa membuat order tadi. Selalunya hubby kata, " I want extra noodle", tapi tadi hubby berkata, " I want extra mee". Di sinilah salah faham itu mungkin berlaku. Orang yang mengambil order tu agaknya telah mendengar, "I want extra meat". Sebab itulah agaknya tukang masak letak banyak daging dalam mee tadi..... hihihi.... :-)...

Kisah 2 :
Antara fine =baik & fine = denda ...
Suatu hari tu, aku ingin mendapatkan bekalan ayam untuk stok dapur ku. Aku ke Gourmet Poultry, satu tempat yang agak jauh sikit terletak lebih kurang 7 km dari rumahku. Bukan tiada butcher halal yang dekat tetapi di situ aku ingin mendapatkan mixed portions berharga agak murah yang tiada dijual di butcher halal lain.

Aku memandu seperti biasa. Dalam kira-kira 2 km lagi untuk sampai ke butcher itu, aku melalui satu road block dan dari jauh aku nampak seorang polis melambaikan tangannya tanda menyuruh aku berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan. Sekali pun tiada apa yang kurang, tapi aku amat gementar bila berhadapan dengan polis ni. Tambahan pula aku keseorangan. Polis itu mengatakan yang dia hanya nak pastikan setiap pemandu mempunyai lesen memandu. Dia minta lesen memandu dan aku punya ID. So aku bagilah dengan translate lesen sekali. Dia juga memeriksa keadaan kereta ku. Selepas habis diperiksa, dia berkata pada ku, "Thank you lady, you're fine, have a nice day" dan memberi balik lesen, translate lesen dan juga ID ku. Selepas mengucap terima kasih, aku berlalu pergi. 
Dalam keadaan yang terkejut dan berdebar-debar, aku teruskan pemanduanku. Sampai saja di butcher itu,  tak sabar, aku terus telefon hubby untuk menceritakan kisah aku di tahan polis tadi. Dengan sedih aku ceritakan polis tu telah denda aku bila dia kata "you're fined". Aku tanya, itu fine baik ke find denda? Hubby kata itu fine baik bukan fine denda. Jika kena denda, mesti kita diberitahu apa salah kita dan mesti dia bagi surat atau apa-apa notis penyata untuk membuktikan kita kena denda. Dengan itu redalah perasaan gementar aku sebentar tadi. Minda tak sempat nak berfikir bila dalam ketakutan. Rasa nak tergelak pulak kat diri sendiri.

Itulah kita kan. Biasalah dengan salah faham macam tu. Sesama bahasa dan loghat kita pun boleh salah faham dan silap dengar, apatah lagi berlainan bahasa dan perbezaan slange.

Posted by Picasa

Tuesday 19 June 2012

RoTi CaNai & KeRuTuk HaTi KamBing


Suatu hari dulu, Seorang rakan yang baru kembali ke Adelaide dari Malaysia telah memberikan aku sepaket kecil rempah kerutuk adabi. Lamaaaa.... aku simpan, tak pernah sebelum ni aku masak kerutuk sendiri. Tapi hujung minggu lalu, hubby telah membeli satu (whole) hati kambing yang di jual dengan harga aud1. Murah sangat kiranya. Teringat pada rempah kerutuk yang telah lama tersimpan, aku tak tahulah samada hati kambing boleh dimasak kerutuk atau tidak, tapi aku main buat ajelah. Ikut je resepi dan cara yang dah ada pada paket tu.

Not badlah rasanya, hubby suka. Tapi itu untuk dinner semalam. Pagi ni, oleh kerana ada lagi baki hati kerutuk tu, bolehlah buat breakfast dengan roti canai segera pulak. Alhamdulillah.....
Posted by Picasa

Monday 18 June 2012

GaRaGe SaLe Kak Yatt


Jika tiada keuzuran, setiap pagi sabtu, aku suka ke garage sale. Sambil menghiburkan hati. Seminggu hubby ke Uni dan aku di rumah atau dengan aktiviti sendiri, apa salahnya jika pagi minggu, hiburkan hati dengan pusing-pusing kawasan mencari garage sale kan. Keluar pagi-pagi dan pergi beli paper dulu. Kemudian lihat bahagian iklan yang menyiarkan alamat rumah-rumah yang mengadakan garage sale pada hari itu. Dengan menggunakan GPS, mudah saja mencari tempat tujuan. Bukan tiga empat buah rumah yang kami pergi, kekadang lebih dari 15 buah rumah. Punyalah banyak menghabiskan minyak kereta.

Banyak barang second hand yang terdiri dari perabot, barang dapur, pinggan mangkuk, pakaian, kasut, barang hiasan, permainan kanak-kanak dan bermacam-macam kemungkinan barang yang akan kita jumpa nanti dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga asalnya. Namanya pun barang second hand. Tetapi kekadang tu ada juga barang baru yang tuan rumah belum pakai atau gunakan lagi. Jika berkenan dan setuju dengan harga, beli saja. Tetapi kekadang tu tak ada beli apa pun, minyak kereta je yang luak.

Sabtu minggu lepas, Kak Yatt telah bergabung dengan Kak Has dan Hai untuk sama-sama membuat garage sale. Belum pun mereka ingin pulang ke Malaysia, tetapi nak buat clearance barang-barang yang sudah tidak dipakai lagi. Jika rajin, boleh buat berperingkat. Nanti bila dah betul-betul dekat nak balik Malaysia boleh buat lagi sekali.

Banyak juga barang-barang household jualan mereka. Patutlah nak kena clearkan dulu separuhnya.
  
 

Inilah gambaran keadaan semasa garage sale di Adelaide ini. Mungkin aku juga bakal membuat jualan di garaj bila dah dekat-dekat nak balik nanti. Masa tu, akulah tuan garage sale dan bukan pengunjung garage sale.

Posted by Picasa

Friday 15 June 2012

KurSus First Aid

Selama 2 kali setiap hari khamis pada minggu lepas dan minggu ini, aku berpeluang mengikuti kursus 'First Aid' bertempat di bangunan nombor 11 Parks Community Centre, bersebelahan saja dengan bangunan tempat aku mengikuti kelas bahasa dan beraktiviti riadah. Sepatutnya kursus dua hari ini berbayar dengan nilai over aud100 biasanya. Tapi apa yang aku ikuti ini adalah free semata-mata. Tidaklah aku memohon pun sebenarnya tapi english teacher ku yang meng-offer dan mendaftarkan nama kami para studentnya.

Kursus ini amat penting dan diperlukan di sini, terutamanya bagi mereka yang akan memohon pekerjaan. Tapi bukan certificatenya yang aku tumpukan, melainkan aku ingin belajar cara-cara menyelamatkan mangsa dalam keadaan kecemasan yang tertentu. Inilah peluang bagi aku mendapat setitik ilmu tentang perkara ini.

Dalam kursus ini, selepas diberi penerangan tentang teori, setiap peserta akan pasti kena buat praktikal secara bergilir-gilir.
 

Salah satu praktikal untuk memeriksa keadaan mangsa.

Trainer sedang menerangkan keadaan dan cara membuat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Masa ni aku tengah membantu orang lain membuat CPR.

Aku pulak yang praktiskan secara individu.
 

Orang lain pulak yang membantu aku meneruskan CPR pada mangsa ini.
Bergambar kenangan bersama dua orang trainer, teacher dan rakan sekelas pada hari kedua sesi akhir selepas tamat kursus. (Setiap kali melihat wajah dan mendengar suara rakan sekelas aku yang paling kanan tu, teringat aku pada arwah Kak Nik, salah seorang sepupu aku yang telah pergi)

Alhamdulillah aku happy dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku dapat daripada kursus ini. Sekurang-kurangnya aku dah tahu cara bagaimana untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam beberapa keadaan kecemasan sebelum mendapat bantuan yang selengkapnya dari pihak yang sepatutnya.

Posted by Picasa