Total Pageviews

Saturday 24 July 2021

Ikan Pekasam Lenggong

Assalamualaikum wbt... 

Untuk lunch hari ini, NS goreng pekasam Lenggong pemberian dari rakan sekerja hubby pada bulan puasa lepas. Habis kan baki satu lagi hari ni. 
NS goreng seperti selalu dengan bersalut telor kerana tak nak bagi ikan hancur. Kemudian NS akan gorengkan bawang besar sebagai penambah rasa diikuti hirisan cili padi juga perahan limau nipis. Ermm... pasti bertambah nasinya....

Tuesday 13 July 2021

Mee Urai Versi Aglio Olio

Assalamualaikum wbt... 

Semoga kesejahteraan sentiasa bersama kalian. 

Menu semasa PKPB - Mee Urai Aglio Olio.
Simple tapi nice... For dinner. ✌️😀



Tuesday 6 July 2021

Ikan Siakap Kukus Rencah Portuguese

 Assalamualaikum Wbt...

Menu Mudah untuk lunch, ikan siakap yang dikukus dengan rencah segera Mak Nyonya...

Siakap kukus rencah Mak Nyonya.

Ini lah dia rencahnya. Masa memasak menjadi cepat dengan rasa yang bagi NS antara rasa tomyam dengan rasa asam pedas. 
Di belakangnya ada tertulis 3 cara memasak dengan menggunakan rencah ini, samada hendak dikukus, dipanggang atau digoreng.
Tetapi NS telah memasak ikan ini dengan cara ke-4, iaitu dengan merebus sahaja ikan siakap ke dalam rencah yang telah dibancuh dengan air, seolah menjadi kuah. NS masukkan sekali nenas, tomato, brokoli, cili merah dan potongan bawang, menambahkan lagi rasa dan aroma ke dalam hidangan ini.
Happy lunch... ✌✌✌😋

Saturday 3 July 2021

Noodles With Kimchi

Assalamualaikum wbt...

Mee Sup Dumpling.

Mee Sup Daging.

Mihun Goreng.



Mihun Sup Dumpling.
Mee Sup Campur.



Thursday 1 July 2021

Sirap Lemon Selasih Ber-gel Aloe Vera

Assalamualaikum wbt...

Seronoknya bila menuai hasil dari tanaman sendiri dan memasaknya dengan hati yang ceria...

Sirap lemon Selasih dengan gel aloe vera.

Bahan2 asas mudah yang di gunakan...

Minuman yang menyegarkan dikala cuaca panas....



Proses Memasak Gel Aloe Vera

Assalamualaikum wbt... 

Sirap Selasih Lemon dengan cebisan kiub Aloe vera. Panjang betul nama, 😊😊😊

Al-kisahnya bila NS tertengok cara memproses aloe vera dari you tube Kak Syima @Laman Herbaheartku,  (kredit buat kak Syima). Terima kasih dan halalkan ilmu ni ya kak. NS pula telah lama memiliki pokok aloe vera. Yang satu ni memang membesar gemuk. Dah beberapa tahun tak tahu nak guna sebagai apa. Membela saja dan lama2 bila dah makin besar, tersenget pulak dah pokoknya dari pasu.

Menurut Kak Syima, pemprosesan gel aloe vera ni ada 3 langkah penting :
  1. Mengeluarkan getah.
  2. Mengeluarkan lendir.
  3. Memasak gel 
Ini la salah satu pokok aloe vera NS. Ini pokok paling besar. Dah nak tumbang dah. 
Jadi, NS pun potong la 5 daun pokok ni untuk diproses mengambil gelnya untuk diletakkan dalam minuman sebagaimana yang NS tengok tutorial k Syima tu. Dalam pada memotong daun tu, kena berhati2 jangan bagi terkena getah aloe vera ni. Nanti gatal kulit yang terkena getah tu. Getahnya ada bersama lendir pada gel dan berwarna kuning. 
Ini yang NS ambil. Bahagian hujung yang atas tu NS potong sikit sbb tirus mengecil, lagi2 NS tengok cara Kak Syima buat pun gitu juga.😊
Daun aloe vera tadi dipotong2 pendek lalu direndam dalam air sekurang2nya selama setengah jam. Tapi jika ada masa, lagi lama lagi baik. Selepas tu, kita kupas kulit aloe vera untuk mengambil gelnya.
Gel aloe vera yang terhasil. 
Letakkan sesudu atau 2 sudu garam untuk digaul2 sambil diramas2 untuk mengeluarkan lendirnya.
Proses menggaul dengan garam. Akan berbuih begini. Jika nak gel dia lagi pejal, letakkan sedikit air kapur. Ramas sehingga terasa seperti lendirnya telah tiada lagi, baru dibilas dan disiram dengan air.
Gel yang telah tiada lendir lagi, dimasukkan ke periuk dan sedia untuk dimasak.
Masukkan air mengikut sukatan yang kita inginkan. Jika nak guna 3 cawan, letak 3 cawan, kata kak Syima. Tapi NS letak dalam secawan lebih je sebab nanti NS akan guna jellynya saja. Memasak gel aloe vera ni hanya sekejap sahaja. Sebaik mendidih je, terus tutup api. Seeloknya rebus menggunakan air yang telah dimasak kerana kita tidak nak didihkan lama. 
Bahan2 mudah yang NS gunakan untuk buat minuman.
Atas dari kanan, NS sediakan ais, gel aloe vera, gelas, hirisan lemon dan straw sebagai dekorasi, biji selasih dan bancuhan sirap lemon. Kemudian masukkanlah semua2 bahan tu ke dalam gelas serba sedikit. Kemudian letakla hirisan lemon tu ke tepi gelas, serta letak straw bagi cantik sikit dekorasi😆😆😆... dah boleh minum.... 
Ermm, nampaknya sirap ni kena lagi merah sikit lagi bagi cantik dan nampak menarik kan... ok la tak apa, lain kali buat, NS adjust ya... 

Ok, Selamat mencuba...✌✌❤