Total Pageviews

Friday 31 March 2017

Kampior / Kampio???

Apa sebenarnya Kampior ni? Ni la pertama kali aku dengar? Adakah ia kuih? Atau sejenis Dessert? Ataupun jenis2 bubur???
Kampior yang telah luak separuh dimakan... ermmm... ini breakfast pagi ni... di sini... di Pangeran Beach Hotel, Padang.... cerita nanti ya... :-)

Monday 20 March 2017

Dalam Kenangan Bersama Keluarga Yang Ku Gelarkan Pak Nik Hassan

Al-Fatihah buat arwah Pak Nik Hassan, kiri di belakang. 
Sekeping gambar lama yang dihantar oleh anaknya buat ku.


Kisah yang panjang. Ringkasnya Pak Nik ini adalah orang yang begitu baik pada aku dan hubby. Bermulanya kisah kami apabila di suatu pagi, dia sedaya upaya menolong aku dan hubby yang pernah terlibat dengan kemalangan teruk suatu ketika dulu. Beliau mengambil aku dan menempatkan seketika di rumah kecilnya yang berhampiran kawasan kejadian supaya aku dapat bertenang dari trauma yang teruk kesan dari kemalangan itu. 

Sejak itu, hubungi kami makin rapat. Mereka menganggap kami sebagai anak angkat. Aku dan hubby kerap menyinggah ke rumahnya setiap kali samada kami on the way arah balik kampung atau arah kembali semula ke Selangor. Pak Nik pernah bermalam di rumahku selepas menghadiri Majlis konvokesyen anak sulungnya di UiTM Shah Alam. 

Sehinggalah kali terakhir aku dan hubby jumpa keluarga mereka seminggu sebelum tarikh keberangkatan aku dan hubby ke bumi Kanggaroo, memberitahu keadaan kami ketika itu. Pak Nik kelihatan agak sebak dan mendoakan hubby berjaya. InsyaAllah... terima kasih Pak Cik... (itu sebenarnya panggilan kami walaupun di kampung itu dia dikenali sebagai Pak Nik.

Sekian lama, menghampiri masa pulangnya aku ke tanah air selepas 4 tahun di sana, ada kami menghubungi mereka, namun mungkin nombor telifonnya telah bertukar. Bila kembalinya kami dari Australia, seringkali kami mengejar trip atau laluan trip kami berbeza dari dulu, membuatkan kami belum berkesempatan untuk menyinggah di rumah Pak Nik. Lebih2 lagi Pak Nik ada memberitahu kami yang mereka mungkin tidak dapat tinggal di rumah ladang itu lagi selepas dia pencen. 

Sehinggalah 3 tahun berlalu begitu pantas. Aku dan hubby balik kampung pada pertengahan Februari lepas. Kami bertekad untuk singgah ke rumah pak Nik kali ini, untuk memastikan samada dia masih tinggal di situ. 

Hubby yang turun dulu untuk bertanya manakala aku menunggu dalam kereta. Makcik hampir tidak mengenali hubby sebelum meneka, "adakah ini anak yang 'pergi belajar jauh' dulu?" Maklumlah 4 + 3 = dah 7 tahun tak jumpa. Lantas salah seorang anaknya bertanya, "Mana kakak?"

Aku dan makcik berpeluk erat, sambil memohon maaf kerana lama tidak sempat menyinggah. Tetiba makcik sebak dan menangis. Aku seperti dapat meneka. Makcik hanya mampu mengeleng kepala dalam esaknya sambil berkata "Pakcik dah tiada, malam lusa cukuplah 40 hari"... Aku dan hubby terkedu tanpa kata menahan sebak. Ketika itu menitis jua air mata aku... Pakcik telah pergi menemui Penciptanya pada 10 Januari 2017.

Makcik bercerita tentang sakit pakcik berrmula tahun lepas dan pelbagai rawatan yang dilalui. Yang kami lagi sebak bila makcik memberitahu bahawa, pakcik sering juga bertanya tentang kami, adakah dah habis belajar dan dah balik tanah air. Makcik jawab jika mereka dah balik tentu mereka kemari. Aku dan hubby lagi sebak mendengar ini...

Sebelum meneruskan perjalanan kami yang lagi lebih 2 jam ke destinasi, aku dan hubby sempat menziarah kubur Pakcik. Semoga Allah mengizinkan pakcik tahu yang kami ada datang melawat dia. Semoga pakcik mendapat sebaik-baik tempat bersama orang2 yang beriman... Aamiin... insyaAllah.

Tiada apa yang mampu aku katakan, hanya secebis pesanan pendek, "Jangan bertangguh melakukan sesuatu kebaikan... dan curilah sedikit ruang masa untuk bersama dengan orang2 yang kita sayangi, ketika adanya sebelum tiadanya".


Wednesday 15 March 2017

Wordless Wednesday @ Apabila Bangla Menulis

😵😵😵
Sepatutnya gini...

Wednesday 8 March 2017

Wordless Wednesday : Weekend Breakfast With BFF.

First time aku makan Meatball Ikea ni...
Never try before.. Datang sini pun baru 2, 3 kali....
 Dish of the day, kuey tiaw rm0.99.
 Chicken Wing for lovely girl. 
 
We.... One of our weekend...

Saturday 4 March 2017

Aroi Tom Yam Restoran

Dinner di sini...
Lokasi barunya terletak di Jalan Meru Tambahan Berhadapan Pasaraya NSK.
Agak lapang dan selesa.
Boleh cuba...

Wednesday 1 March 2017