Total Pageviews

Thursday 31 May 2012

SemBang PeTang


Bersama dua orang classmate, Maiko dan Lillian.

Kesinambungan daripada keadaanku seminggu yang lalu, pada hari yang sama tapi berlainan waktu, Lillian (chinese) ni ada melahirkan hasratnya ingin bertandang ke rumahku jika aku tak sibuk. Manakala Maiko (japanese) ni pula meluahkan pada ku yang dia  rasa boring dan ingin berkawan, boleh buat teman lepak atau minum kopi bersama jika aku ada ruang. Pada keduanya aku menjawab "no problem".

Kebetulan pula minggu ini, selepas je kelas tamat jam 3.30 petang tadi, Maiko sekali lagi mengajak aku minum kopi. Aku pun setuju jelah, tak nak mungkir janji. Semasa berjalan keluar kelas, terserempak pula dengan Lillian. Tadi dia keluar awal, entah tiba-tiba muncul kat belakang. 

Aku pun tak tahu nak minum kopi dan lepak dekat mana. Jadi baik aku mengajak mereka ke rumahku saja.  Sambil berseloroh aku mengatakan " How about... let's just go to my place and we can have a free coffee". Mudah saja mereka bersetuju. Suka la Lillian, tertunai hasrat dia nak datang rumah aku.

Aku sebenarnya tak tahu nak hidang apa kat dia orang. Mana tahukan, culture dan selera dia orang ni lain ke.... Tapi rupanya dia orang suka dengan makanan yang aku buat, mushroom soup with garlic bread versi hand made aku, dia orang siap cakap nak belajar lagi. Aku buatkan teh tarik, minuman orang Malaysia, kataku.... pun dia orang suka, cuma kemanisan tu aku kena tanya dia oranglah, kadang tu orang tak suka manis kan....

Rancak pulak bercerita, waktu dah hampir maghrib. Ok lah lain kali boleh sambung lagi, kesimpulan aku sendiri, nampaknya mereka suka bertandang ke rumah aku. Anyway... thanks for coming...
Posted by Picasa

Hari Ini DaLam SeJarah Laundry

Tak Cukup Ampaian



Hampir sepanjang seminggu ini, Adelaide memang bercuaca mendung. Ditambah pula dengan suhu yang semakin sejuk dan dingin menandakan bakal berakhirnya musim luruh dan winter pula yang akan menjelma. Aku pula masih belum settle dengan problem mesin basuh ku yang buat hal dengan kebisingannya. Malas dah aku nak pakai, takut menganggu jiran sebelah dan bimbang juga tuan rumah sewa ku turut mendengarnya. 

Tetapi belum lagi aku merasa dharurat dengan perkara ini. Memang tengah survey mesin second hand dalam gum tree atau mana-mana advertiser yang agak tidak mahal. Masih belum jumpa yang berkenan dengan harganya, tambah lagi aku tak nak ianya menjadi seolah tergesa-gesa. Telah ku katakan, masih belum sampai keperingkat dharurat. 

Jadi... jalan mudah, ambil dulu kemudahan laundry yang memang banyak disediakan di sini. Kumpul baju banyak-banyak dan basuh sekaligus. Tak pernah aku membasuh sebegini banyak sekaligus. Rasanya ini yang paling banyak aku menyidai kain basuhan di ampaian belakang rumahku. Sebanyak 5 tali yang sepanjang kira-kira 7 meter setiapnya, penuh dengan pakaian kali ini. HARI INI DALAM SEJARAH LAUNDRY KU. Masa dekat laundry tu, aku pakai 4 mesin basuh 6 kg untuk jalan serentak. Satu mesin aud 3 di kali dengan 4 dan jadi aud 12. Penat juga aku menjemur. 

Tak cukup lagi dengan ampaian, aku kena pakai sokongan kerusi ini untuk menjemur. Belum habis di sini sebenarnya, kerana banyak lagi pakaian kecil-kecil yang aku terpaksa guna ampaian dalam garage pula. Tak cukup tali katakan. Mujur cuaca hari ni sunny.

Lepas ni penatlah pula nak melipat dan menyangkut bila kering nanti. InsyaAllah tak berapa lama lagi akan jumpalah mesin basuh lain sebagai ganti yang bising tu nanti.
Posted by Picasa

Wednesday 30 May 2012

AppLe PicKing LaGi

Buah hijau kegemaranku....

Hari minggu lepas, sekali lagi aku berpeluang untuk masuk kebun epal. Kali ini tiada perancangan awal pun. Tiba-tiba je kawan ajak ke situ dalam sejam setengah awal je. Masa tu aku tengah masak. Nasib baik sempat makan tengahari. Pergi pun dah nak ke petang dah. 

Sebenarnya ada kawan  kepada kawan aku ni dari Malaysia yang akan datang ke Adelaide pada esok hari. Saja dia orang melancong. Kebun epal ini pulak hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja dalam seminggu untuk orang ramai datang memetik. Tuan kebun pulak buat iklan dalam paper tanpa memasukkan nombor telefonnya. Jadi tujuan kami datang picking tiba-tiba ni adalah kerana untuk bertanyakan tuan kebun epal ni. Nak minta dia bukakan pada hari selasa. Kawan aku ni nak bawa kawan dia datang picking pada hari selasa. Kira sambil menyelam minum airlah kami ni. Yalah kebetulan musim picking, ada pulak pelancong datang dari jauh, sayang pulak lepaskan peluang yang ada. Alhamdulillah tuan kebun bersetuju untuk memberi peluang.
Dah datang tu, masuk ajelah tengok ada perubahan tak sebab dah dekat dengan akhir musim ni. Emmm... Epal masih boleh dikatakan banyak. Cuma nak cari yang pokoknya berbuah manis tu kuranglah sikit. Biasalah yang manis habis dipetik dulu. 

Tak lepas peluang nak bergambar lagi....
Buah yang merah ni nampak geram aje dalam gambar, tapi sebenarnya dia kurang manis. Kulitnya pun tebal sikit. Jadi keraslah sikit masa menggigitnya, tak crunchy.


Epal merah masih cantik bergantungan.
Bila aku picking, aku suka pilih buah epal yang hijau atau hampir kuning warnanya. Tapi ada juga yang masam tau. Kena cari yang kulitnya tidak berkilat. Sekali pandang memang tak cantik, tapi rasanya manis dan crunchy. So, jangan pandang pada rupanya.

Pandangan dari bawah sepohon epal.

Sayang sungguh kepada epal yang berguguran jatuh ni. Tuan dia pun dah tak larat nak kutip dah agaknya. Pekerja pula tak ada. Aku tengok selama ni macam dia sorang je yang jaga dan uruskan kebun.



Tengok dalam baldi Kak Yatt tu.... orang lain gi kutip epal, dia pulak bila datang sini, sibuk mengutip pucuk meranti yang banyak tumbuh di kebun epal ni. Nak buat masak lemak katanya. Pucuk ni dapat free ajelah.

Selepas puas posing, makan sebanyak mana nak makan, perut pun dah kenyang, kami pun mendakilah naik ke atas. Ke tempat pembayaran.

Epal yang aku kutip seberat 3 kilo. Jadi harganya aud 3 lah. Kesian pak cik ni. Aku tengok dia pun dah tak larat nak jalan. Mengheret kaki je aku tengok.

On the way balik sempat singgah di Mount Lofty untuk tengok view Adelaide dari atas ni. Boleh makan sekali bekalan yang dibawa. Sangat sedap menghirup teh 'O' panas dalam suhu yang dingin ini.


 Tak tahu lah bila pulak aku boleh datang ke kebun epal lagi. Ia boleh di petik bermula pada musim luruh. Sedangkan inilah rasanya musim luruh terakhirku di Adelaide ni sebelum aku balik Malaysia nanti. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ada pertemuan lagi.....

Posted by Picasa

Friday 25 May 2012

LakSa PeNang Di AdeLaide


Jika kira-kira sebulan yang lalu aku bercerita mengenai asal-usul aku mula memasak kuah laksa Kelantan di Adelaide ni (Klik di sini). Tapi pada kali ini, biarlah aku tunjukkan pula bagaimana rupanya laksa penang di sini. Bagi aku tiada apa pun yang berbeza. Rupa sama, rasa pun sama dan bahannya pun tetap sama. Tiada apa yang kurang bagi aku. Bukan aku menyombong diri, tapi aku bangga kerana menu Asia tetap dapat aku nikmati di bumi Adelaide juga.

Bahan untuk membuat kuah, sama sahaja. Daun kesum ada dan bunga kantan pun ada. Cuma bunga kantan ni susah sikit nak dapat. Sesekali ada di Asian Groceries, itu pun yang frozen. Jika mahu dapat yang fresh, cubalah cari dekat kedai jual bunga segar, mesti ada. Orang Aussie ni tak makan bunga kantan tapi dia orang buat hiasan sekali dengan bunga segar. :-) ....

Laksa macam biasalah, di rebus. Aku ingat pada cerita yang lalu, aku dah tunjukkan dah laksa kering di dalam plastik yang belum direbus.

Ulam tetap macam kat tempat kita juga. Cuma ini adalah pilihan aku.

Lagi satu yang sama..... kesan selepas makan laksa ni.... Sakit urat, sakit badan dan perut berangin. Hihihi..... tapi bila keinginan nak makan tu datang.... mmmm.... sapu jelah....

Posted by Picasa

Thursday 24 May 2012

NaSi MaNis


Tiba-tiba je teringat macam nak buat nasi manis ni. Nasi manis ini adalah panggilan yang dituturkan oleh orang Kelantan. Jika negeri lain aku tak pasti selain wajik. Ada tak negeri lain lagi yang pakai nama lain? Terasa-rasa di lidah ni akan rasa nasi manis yang mak mentua selalu buat. Bahan dah ada cuma yang tinggalnya rajin atau malas nak mula tu aje. Tapi jika malas, bila boleh makan kan. Dah tahu kat sini mana ada kedai yang jual ni, jika tak ada usaha nak buat sendiri. 

Jadi selepas je hantar hubby ke Uni pagi senin lalu, aku mulalah kukus pulut yang telah aku rendam dulu sebelum hantar hubby tadi. Sementara tunggu pulut masak, buatlah proses air gulanya kan. Dah cair air gula melaka tu, masukkan santan dan daun pandan, letak sedikit garam. Aku letak juga sedikit karamel masakan.  Bila pulut dalam kukusan tadi dah masak, masukkan ke dalam air gula tadi dan gaul rata. Tak sampai setengah jam dah siap rupanya. 

Kebetulan selepas tu aku nak menziarahi anak kepada salah seorang kenalan di Adelaide ni yang sedang tidak sihat kerana patah tulang selangka (tulang gagah) akibat dari terjatuh semasa bermain bola di sekolahnya. Jadi bolehlah bawa sikit sebagai buah tangan untuk kawan tu.

Posted by Picasa

Monday 21 May 2012

Kway Tiow Basah


Sesekali bila malas nak makan nasi, masaklah ajelah kway tiow ni. Bukannya selalu kan. Buatlah secara cepat dan ringkas.

Tumis je bawang putih dalam 7 ke 8 ulas. Aku gunakan minyak zaitun untuk menumis. Masukkan isi ayam, balik-balikkan dan letak je apa-apa sos yang kita suka seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Aku letak juga sedikit karamel masakan. Taburkan cili padi atau serbuk cili jika suka pedas. Masukkan sayur kegemaran anda, aku suka sangat sayur sawi pendek ni dan aku tak suka potong. Jika suka boleh juga letak taugeh atau daun kucai. Lepas tu taburkan sedikit lada hitam. Balik-balikkan dan akhir sekali pecahkan sebiji telur, balik-balikkan lagi. Dah masak pun.

Siap untuk dimakan. 
Posted by Picasa

Sunday 20 May 2012

Cuaikah AtaU LuPaKah...?

Punyalah aku buat persiapan untuk surprisekan birthday Kak Yatt, maklumlah aku ni pentingkan kesempurnaan dalam pekerjaan (eehhh tapi betul tau...), dalam kalut-kalut sepetang tu, aku tinggalkan banyak perkakas masakan seperti periuk, bekas-bekas dan bahan-bahan yang aku gunakan untuk memasak berada bukan pada tempatnya. Aku fikir, aku akan kemaskan bila dah balik nanti. Tak sempat aku nak kemaskan terus. Aku harus menuju ke Uni dulu mejemput hubby sebelum berkumpul di satu kawasan yang berada hampir dengan rumah Kak Yatt. Ok muqaddimah stop kat sini dulu.

Selepas semua majlis selesai, aku balik lah rumah. Sekali pun dah rasa penat dan ngantuk, sakit mata jika tengok dapur aku terlalu bersepah dan belum di lap. Jadi aku pun mulalah buat operasi sekali pun kesejukan menjamah air paip tu.

Dapur aku kan dapur elektrik, aku perasan ada satu cara mudah untuk aku mencuci sisa masakan yang tumpah ke atasnya ialah dengan membuka butang pemanas tungku. Bila dah panas sikit, kotoran yang dah kering dan degil menjadi mudah sikit untuk tanggal bila di lap. Jadi begitulah tindakan yang aku lakukan pada malam tu. 

Bila dah selesai kerja-kerja pencucian dan dan susun atur balik, aku pun masuklah tidur dengan rasa leganya  bila dapat merebahkan badan. Penat sangat rasanya. ZZZzzzzzzzz.................. sampailah subuh...

Selalunya jika waktu pagi, hubby yang akan bangun dulu. Keluar je pintu bilik, aku yang masih meringkuk, terkejut mendengar suara cemasnya bertanya "Bau apa yang hangit nih...?" Aku pun bingkas bangun..... alamaaaaak........! rupanya aku terlupa untuk tutup balik suis tungku dapur yang aku buka malam tadi. 

Lepas je aku selesai mengemas, aku telah meletakkan satu periuk yang masih ada beberapa ketul kari ayam dan sebekas kecil pulut kuning yang aku simpan untuk dimakan esok pagi di atas tungku dapur. Apa lagi.... satu malam berada di atas tungku yang panas... hangitlah jawabnya. Pulut pulak kat bawah berkerak dan kat atas mencair. Itu pun nasib baik jugaklah aku pasang suhu yang paling kecil je, nombor satu je. Cuainya aku........

Nasib baik hubby tak marah aku, cuma jeling sikit je. Dia kata bila tengok dapur panas, dia dah cemas, ingatkan ada pencuri masuk rumah dan saja nak buat jahat dengan panaskan dapur, manalah tahukan....  :-) Sebab tu dia macam berjaga-jaga dan berpusing-pusing mencari kalau-kalau ada orang jahat. Lucu pulak rasanya. Pecah ketawa kami.


Ayam yang kehangusan. Susah pulak nak menyental periuk. Ini dah kira separuh sental dah nih. Nasib baik ada beberapa ketul yang masih dapat diselamatkan untuk buat sarapan pagi cicah dengan roti. Yalah pulut dah tak leh makan dah.

Inilah rupa pulut yang mencair tu. Dah tak cantik dan dah tak lalu nak telan. Bekas ni hampir dua hari rendam pun masih susah nak tanggal. Kena panaskan balik atas dapur rupanya, baru dia 'lokoh' (tanggal).

Macam inilah keadaannya masa aku tinggalkan bekas pulut dan periuk kari atas dapur semalaman dengan suis tungku terpasang. Cuma bekas pulut tu aku tutup dengan plastik cling wrap.

Nasib baik hanya buka nombor satu, jadi dia macam masak slow cook style je. Ke empat-empat tungku pulak tu.

Ya Allah.... lain kali, aku kena lebih beringat dan berhati-hati. Ini satu peringatan dan pengajaran bagi aku. Bagaimana jika aku bukan berada di rumah dan keluar dalam beberapa hari... nauzubillah..... Segala yang baik adalah datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu dari diri aku sendiri, hakikatnya dari Allah jua....
Posted by Picasa

Friday 18 May 2012

BirThDay SurPriSe


Sejak lebih dua tahun yang lalu, geng-geng aku suka sangat buat kejutan hari lahir sesama rakan. Bermacam idea dan cara yang direka supaya menjadi tidak sama antara satu-satu surprise.

Terkini, satu kejutan dibuat untuk salah seorang geng aku kat Adelaide ni yang aku panggil Kak Yatt. Hari lahirnya jatuh pada 17 Mei lepas. Ini adalah atas permintaan suaminya yang ku panggil abang Syed. Suami isteri ini umpama abang dan kakak aku kat sini. Aku telah dibawa ke rumah mereka pada hari pertama aku mejejakkan kaki di bumi Adelaide ni. Lalu sebelum aku medapat rumah sendiri, di rumah merekalah aku menetap selama hampir dua minggu. Pada bulan puasa pulak tu.

Empat hari sebelum tu, atas permintaan Kak Yatt, ada satu kejutan juga untuk suaminya pada hari lahirnya yang jatuh pada 13 Mei, sama tarikh dengan sambutan hari ibu. Namun aku tidak dapat joint rombongan terjah kerana pada masa tu aku menghadiri majlis hari jadi anak bollywood, yang aku ceritakan sebelum ini. Aku hanya hadir ke rumah mereka pada waktu malamnya.

Untuk hari lahir Kak Yatt, aku buatkan pulut kuning ini bersama dengan telur dadar nipis bewarna merah.
Kemudian aku sediakan kari ayam untuk dimakan dengan pulut kuning tadi.


Si empunya badan tak tahu langsung. Sebab itulah masa kumpulan terjah datang buat kejutan, dia hanya berbaju tidur. Namun dengan selamba juga kami terus menyanyikan lagu "Happy Birthday To You".
 

Antara menu yang dibawa kawan-kawan; pulut kuning dan dua kek hari lahir yang terdiri dari kek coklat kukus dan cheese cake. Banyak lagi makanan yang ada seperti kway tiaw goreng dan ayam bakar.

Sekali pun terjahan di buat pada selepas waktu isyak, dalam suhu yang sejuk, kami tetap makan dengan meriahnya pada majlis surprise ini. Rasanya peristiwa ini tidak dapat diulangi lagi di Malaysia nanti.
Posted by Picasa

Tuesday 15 May 2012

BirthDay Party Anak Bollywood


Ini kawan baru aku. Shallini namanya. Indian dan hindustan, bukannya tamil. Baru 2 minggu aku mengenalinya ketika sama-sama berexercise di gym. Tak sangka pula dia ni peramah sangat dan nampak menyukai aku. Aku tak pernah nampak dia menegur orang lain semasa di gym, tapi dengan aku macam kawan yang dah lama kenal je. Mungkin aku ni memang muka senyum agaknya (perasan ke aku ni....?).

Tak sampai dua minggu mengenali aku, terus dia menjemput aku ke rumahnya bagi sama-sama meraikan majlis hari jadi anak keduanya yang jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan hari ibu.

Aku serba salah sebenarnya. Was-was pun ada. Nak hadir ke tidak. Nasib baik dia tidak memaksa. Tapi dia bagi juga alamat rumahnya jika aku dapat pergi. Akhirnya atas dasar kawan yang baru aku kenali, aku pergilah juga. Hanya aku yang hadir kerana hubby terpaksa ke Uni menyiapkan tugasan yang banyak.

Dalam keadaan takut-takut dan malu-malu, aku masuk juga ke pagar rumahnya dan dia buat party kat laman rumahnya. Tiada seorang pun muslim, cuma aku. Yang lain adalah kawan-kawan indian nya. Sesekali terhibur juga aku bila mendengar kecoh dan meriahnya party itu. Aku suka mendengar bahasa yang dituturkan, bunyi hindustan dan bukan nya bahasa tamil. Macam tengah berlakon dalam filem hindi pulak.

Ini adalah husband dia sedang mencari lagu untuk diputarkan.

Selepas lagu "Happy Birthday" dinyanyikan....

Birthday boy's cake.

Tapi biasalah.... aku mana boleh menjamah makanan berdaging yang di hidangkan. Nampak best juga "butter chicken" yang dihidangkan... tapi....tak halal. Semasa Shallini menjemput aku pun, aku telah awal-awal memberitahu dia tentang apa yang boleh dan tidak boleh aku makan. Dia memahami.

Aku hanya makan makanan vegetarian sahaja. Kebetulan salah seorang kawan yang dia jemput adalah vegetarian dan kawan dia tu pulak ajak aku makan bersama. Walau bagaimana pun aku tetap bertanya akan isi kandungan dan bahan-bahan yang digunakan. Aduuuuh.... susah betul menghadiri jamuan orang bukan islam ni. Kena amat berhati-hati.

Simple present yang ku bawa

Bersama beberapa jemputan wanita. Masa ni ada lagi beberapa jemputan yang belum sampai.

Sampai satu ketika, aku sekali lagi terasa seperti berada dalam filem bollywood sahaja bila mereka mula memasang muzik untuk menari sesama mereka. Bimbang juga aku takut Shallini menarik aku untuk sama-sama menari, tapi aku harap dia pun faham. Masa tu aku buat-buat sedang khusyuk mengambil gambar dia yang sedang rancak menari.

Hampir selesai je majlis aku minta diri pulang dengan hati yang lega kerana dapat keluar dari majlis itu. Sekurang-kurang aku tak di suruh makan lagi. Perut dah kenyang.

Hai..... Inilah pengalaman.....

Posted by Picasa