Total Pageviews

Tuesday 30 April 2013

Amanah Yang TerTunai

Alhamdulillah, amat lega sekali bila dapat menyempurnakan dua amanah yang terpikul di bahu aku ni. Bukan seberat mana pun tapi sekurang-kurangnya bila telah terlaksana tu, aku rasa tiada lagi pendakwaan ke atas aku nanti bila aku telah sanggup untuk membantu. 

Semalam di sebabkan tempat yang agak jauh, terpaksa aku mengheret sekali hubby ke Pooraka sana, mencuri sedikit masanya kerana aku seolah takut-takut nak drive ke sana. Cawangan "Tupperware" tiada yang dekat dengan kawasan aku. Aku sendiri pun belum pernah berurusan dengan syarikat tupperware sebelum ini melainkan jika membelinya pun hanya yang terpakai di garage sale saja. 

Tugas aku mudah, hanya pergi mengambil barang yang kawan aku order last minute sebelum balik ke Malaysia hampir 3 minggu lalu. Orang syarikat tupperware tu dah call aku minggu lepas nak bagitahu yang barang kawan aku tu dah sampai. Cuma lepas ni yang belum habis lagi, bila aku kena packing dengan baki buku-buku mereka di rumah aku dan pass kan pula kepada seorang lagi kawan untuk di shippingkan. So aku masih terikat dengan sedikit lagi urusan sebelum amanah tu sempurna. 
Pagi tadi pula, selepas drive hubby ke Uni, aku ke "Hamra Library Centre". Tujuan aku sama, bagi menunaikan amanah seorang lagi kawan untuk membuat sesuatu bayaran tertangguhnya kepada library ini ketika dia masih di Adelaide dulu. Telah lama sangat aku tidak ke sini, sejak aku tidak menghadirkan diri ke kelas inggeris dua tahun lepas rasanya. Namun tiada juga rasa rindu, entah kenapa, mungkin kerana tiada lagi kawan rapat atau freindly macam dalam kelas kat tempat lain. Di tambah pula teacher kegemaran yang pernah mengajar aku dulu pun telah pencen daripada pencen agaknya. Maksudnya sudah tidak lagi jadi volunteer kat situ lagi dah.
 
Sebenarnya, sebulan dulu aku telah datang dengan tujuan tadi. Apa nak buat masa tu aku tak dapat tempat langsung untuk parking kereta. Semua parking penuh termasuk yang tepi-tepi jalan samada dekat atau jauh. Masa tu jika tak silap aku, memang ada satu program kat situ, sebab tu parking penuh. Selepas pusing-pusing dan tak jumpa juga parkingnya, balik lah dulu....
 
 Pintu masuk utama ke library
 Dedaun pokok yang separuh luruh...

Suasana di dalam library....
 
 
 
 
 
 
 Inilah pintu masuk ke kelas inggeris aku dulu pada setiap selasa jam 1.00 hingga 3.00 pm. Bila ditanya dekat kaunter tadi, waktunya memang masih sama sekarang ni pun, tetap tak berubah.  

Sejujurnya, bila saja mata terpandang pintu masuk kelas aku ni, aku tak boleh tipu diri sendiri sebenarnya yang aku dah tiba-tiba jadi rindu. Tapi tak apalah, aku boleh tengok gambar ni jika aku rindu... mujur juga ada amanah yang kena buat, jika tidak, entah bila aku nak menyinggah sini....

Monday 29 April 2013

WinTer Scarf & Beanie Hat

Cuaca kebanyakan hujan ringan atau paling tidak pun lebih kepada redup sejak dari minggu lepas. Lega bila aku dapat tahu kebanyakkan orang lain pun ada rasa macam aku juga, bila hari mendung, hati turut sama merasai. Tak kira samada ada kaitan dengan apa-apa atau tidak. Apa lagi jika ada kaitan dengan hati yang benar-benar tengah beremosi. Pernah aku menjawab soalan bila ditanya oleh seorang kawan tentang khabar,  aku jawab, "khabar semendung hari". Ituah hakikat yang aku tak nak tipu. Kita berkata benar kan. 

Adakalanya aku berbohong bila mana-mana Aussie bertanya "Hi dear, how are you?" aku jawab, "I'm good, thank you". Kekadang benar jawapan tu, tapi kekadang aku bohong.... apa nak buat... seolahnya soalan dan jawapan tu dah tak boleh di pisahkan. Memang lah ada yang jawab betul mungkin, tapi selalunya lidah cepat je dengan jawapan begitu bila di sapa. Ok apa-apa lah....

Seiring dengan ketibaan musim-musim yang ke arah sejuk ni.... suka aku teruskan hobi mengait asas yang selalunya membuatkan aku sakit leher, belikat dan adakalanya jadi sakit kepala bila sepenuh tumpuan aku curahkan padanya. Apa tidak nya terbongkok seharian kekadang, mata pulak dengan menumpu jarak dekat. Macammana lah boleh tak sakit. Tapi tulah, dah jadi macam ketagih pula. Masa tengok TV pun, tak boleh duduk saja-saja, mesti tangan aku nak mencapai jarum dan wool untuk meneruskan hobi. Boleh lupa dan malas atau suka tangguh untuk lipat kain baju yang selalu menimbun.

Minggu lepas, aku alami sakit kepala yang teruk. Aku pasti sebabnya datang dari hobi melampau aku yang tengah merancak ketika ini ditambah ada lagi dua tiga faktor lain yang aku tak tolak. Sampai berbiji-biji panadol terpaksa aku ulangi menelannya. Baru aku tahu betapa sengsaranya bila sakit kepala dan jika aku tak cuba kontrolkan apa-apa. Apa-apa perkara pun, jika melampaui batas, tentu tak baik kan. Tak dapat tidak aku cubalah kontrolkan hobi aku ni. Tambah pula aku dah dapat siapkan sepasang scarf dan beanie hat untuk my man gunakan pada musim-musim sejuk di masa-masa akhir kami di sini..... 

Mengait dengan menggunakan dua jarum....
Scarf ...
 Beanie hat, bila dilipat macam ni, boleh dipakai jadi kopiah juga....
Hei... janganlah gelak pulak, my man tak kisah pun akan warnanya... tambah pula apa yang aku suka dan bagi pada dia. Dah memang aku sukakan warna lembut dan gebu ni. Sebenarnya aku dah kena gelak pun pada minggu lepas masa tunjuk kat kawan aku.... katanya, warna ni terlalu comel jika untuk si dia....

Apa boleh buat......  

Friday 26 April 2013

Vitamin D Power....

Renungan dari Permata Kehidupan :

Seorang yang mulia telah berpesan : "Seandainya kamu mengumpulkan banyak ilmu, tidaklah bermanfaat ilmu itu bagimu kecuali kamu mengamalkannya dengan 3 perkara :
  1. Janganlah kamu hubbun dun-ya (cintakan dunia) kerana dunia bukanlah tempat bagi orang-orang yang beriman.
  2. Janganlah kamu bersahabat dengan syaitan (terpedaya dengan bisikan syaitan) kerana syaitan itu bukanlah sahabat orang-orang yang beriman.
  3. Janganlah kamu menyakiti seseorang kerana perbuatan itu bukanlah bahagian dari perbuatan orang-orang yang beriman".
*********************************************************************************
Alhamdulillah hari ni sekali lagi aku ada appointment dengan Dr. Sarah Le Page. Jika dulu masa kes bengkak kat tangan aku, aku akan jumpa dia hanya di klinik Uni Adelaide je, tapi sekarang ni dia bukan lagi kat situ, dah pindah cawangan kat Rundle Mall. Bila aku dah rasa selesa dengan dia, sanggup aku ke situ, lagi senang kerana aku naik bas dan lagi dekat untuk aku berjalan kaki lepas tu. Hari ni tiada apa, cuma nak tahu blood test result yang lagi sekali aku buat. Harap-harap hari ni pun ok lah. 

Jiwa raga bersyukur bila minggu lepas dapat tahu result hampir semua good katanya doktor. Kolesterol, kandungan gula, iron, hormon, thyroid, buah pinggang, kandungan lemak dalam darah, semuanya membuat aku rasa lega dan selesa. Cuma satu je yang doktor bagitau ada kekurangan dan kena take care sikit. Aku kekurangan Vitamin D yang penting untuk tulang.

Katanya perkara biasa bagi orang-orang yang macam aku ni kerana orang yang bertudung dan menutup segala badan memang adakalanya tidak mendapat vitamin D yang cukup. Vitamin D datangnya dari matahari. Katanya sekurang-kurang aku kena terdedah pada matahari kira-kira 30 minit sehari ke macammana dah, ingat-ingat lupa aku. Bila ditanya apa makanan yang aku kena makan untuk dapatkan vitamin D? Tak  ada specific rasanya, cuma aku kena ambil supplement. Betul juga bila di ingat balik, dalam banyak-banyak supplement harian yang aku ambil, tiada vitamin D pun yang ada. Cuma dalam multivitamin tu mungkin belum cukup. Penting juga ya... hingga dapat di kesan dalam darah aku...

Aku pun teringat balik, pernah beberapa bulan dulu, masa aku dapat voucher massage yang agak murah, si pakar urut tu ada bagitau aku yang aku kekurangan vitamin D. Hebat juga dia ya... terbukti hanya dengan pandangan mata. Maha Kuasanya Allah yang telah menganugerahkan ilmu ini kepada manusia....
Dari prescription yang ditulis, inilah rupanya vitamin D yang Dr Sarah cadangkan. Dalam bentuk cecair rupanya, macam vitamin E juga. Harga pun boleh tahan, AUD10.99 hanya sebanyak 2 ml sahaja.  Lawatan dan rundingan free sebab insyurance cover, tapi ubat cukup susah untuk penuhi syarat yang membolehkan aku claim.... Kesian student kat sini. 
Power betul Vitamin D ni, 100000U. Aku kena makan 2 ml dari picagari  kecil tadi hanya sekali je dalam sebulan selama 6 bulan. So AUD10.99 X 6 .... Pastu boleh amalkan dengan tablet harian nanti. 


Tadi pun jumpa sekejap je sebab nak bincang result dan dapatkan sekali lagi prescription. Bagus juga buat test darah lagi sekali, membaiki result yang minggu lepas, apa yang tak kena ntah pada minggu lepas, apa pun minggu ni alhamdulillah. Ingat...! pergi klinik ni bukan hanya bila ada sebab yang tak boleh tunggu je, saja nak check kesihatan kita kan, macam juga check gigi, kena luangkan masa, ''Mencegah lebih baik dari merawat". 

Antara pemandangan di Rundle Mall hari ini.....

Persembahan silap mata.
 
 
 

Hubby ajak makan tengahari kat sini. Ini kali kedua aku makan di sini sepanjang hampir 4 tahun di Adelaide. Alaaah... kali pertama pun masih baru... bila..? Baru 2 minggu lepas... :-)
 
 Berjenis lauk ala masakan Malaysia, satu hidangan dengan 3 jenis lauk hanya di kenakan bayaran AUD7.90 bagi plate besar. Ada plate kecil juga tapi rasanya perbezaan harga cuma sedollar je. Jika berjaya buktikan yang anda tu adalah student, dapatlah potongan 10%.
Ini satu hidangan plate besar yang kami makan dengan harga AUD 7.10 selepas potonngan 10%. Banyak dan boleh share jika nak diet.... :-) serious.... kecualilah time tu memang lapar sangat-sangat.
 
Bawah bangunan ni lah tempat aku tunggu bas untuk balik. Aku tak boleh lama sangat curi masa hubby. Jarang sekali aku datang jalan-jalan kat city ni sebenarnya. Tadi jumpa kawan pun boleh dia tanya, "macammana boleh sampai city ni" :-) ....

Thursday 25 April 2013

Tetamu Anzac Day

Aku rasa baru sangat menyambut 'Anzac Day' tahun lepas. Tak perasan pula cepat benar hari cuti tu datang lagi. Baru perasan dua hari lepas. Jika tak, tak akan ada appointment dengan kawan lama yang sememangnya dah lama tak jumpa. Mana tahu kot-kot dia ada dating dengan husband dia. Tapi dia kata husband dia kena kerja juga, tak cuti. Samalah juga dengan hubby, tetap ada tugas di Uni. 

Ya lah hampir 5 bulan lepas, last jumpa dia sebelum dia balik Jepun kerana memperbaharui visanya. Specialnya dia balik kahwin juga. Buat kenduri family je katanya, buat syarat. Tapi bestnya aku tengok gambar kawin yang dia tunjuk, sekeliling ada salji sekali pun masa tu musim bunga. Salji depan rumah sememangnya dah sebatilah dengan dia. Aku ni je yang terlebih excited sikit.

Dahlah sebelum balik hari tu dia ajak jumpa, aku je yang tak free masa tu, busy apa ntah aku ni. Baru-baru ni lepas dia sampai sini, ingat lagi rupanya dia pada aku yang dia kata baik hati ni. Betul ke aku ni baik...? :-) Segala puji bagi Allah.... 

Ya lah 3 minggu lepas dia dah email aku, bagitau khabar yang dia dah sampai Adelaide semula dan jika aku free, dia nak jumpa lagi. Dibuat pulak masa tu email aku ada problem sikit, lambat lah pulak aku reply. Sian dia, sorry lah kawan... aku tak sengaja. Pas tu aku ada tetamu pulak kat rumah, masa tu aku tak boleh leka, ada tugas yang perlu aku dulukan. Last-last aku terfikir hubungi dia melalui phone number yang ada sebelum ni. Rupanya dia memang masih pakai nombor tu, senang cerita. Jika aku tahu dari awal, aku dah call dah awal-awal lagi. 

Janji aku ambil dia kat parking 'Thuan Phat Supermarket'. Dia naik bas dari rumahnya. Dah lama tak jumpa, aku lihat dia macam kurus dah sikit. Tapi tak tahulah, atau aku yang makin gemuk... ya ke...? Harap tak lah sampai gitu.... 
Di rumah.....
Sesi minum petang.....

Aktiviti kami.... sembang dengan cerita yang macam-macam, maklumlah lama tak jumpa, kelakarnya pasal perang Jepun, sebab duk tengok dalam TV pasal Anzac Day je, rencana perang sehinggalah kepada satu lagu jepun yang pernah aku nyanyikan pada dia. Agak surprise juga dia waktu aku nyanyikan lagu tu, dia kata lagu tu agak sedih sikit dan tak sangka aku dapat sebut baris pertama dengan jelas sekali. Lagu tu ayah aku yang ajarkan pada aku masa aku kecik-kecik dulu, sampai sekarang aku masih ingat lirik tu. Dia jelaskan serba ringkas pada aku tentang maksud lagu tu. Tahu lah aku daripada yang tak pernah tahu sebelum ini.

Lepas tu, sambil makan-makan, minum-minum kopi pahit aku, aku pasangkan movie selepas dia pun nampak berminat bila aku offer. Cerita pulak terlalu cemas dan mencabar. Lepas tu aktiviti mengait (knitting), dia pun ada lah tahu sikit-sikit katanya dan tak sangka aku pun ada hobi yang sama dengan dia. Tapi dia pun dah nak balik khamis depan, mungkin selepas sebulan datang lagi, ok kita sambung aktiviti lepas tu lah, harap masa aku masih ada. 

Tengok-tengok jam dah lebih pukul lima, cepat sangat. Aku kenalah hantar dia ke bus stop di Regency Road semula. Thanks kerana datang memeriahkan rumah aku hari ni... nanti jumpa lagi...

Tuesday 23 April 2013

Bila Aku MemBeli Bawang di Adelaide

Nah... aku beli bawang 10 kg terus. 

Kebiasaannya untuk beberapa barang keperluan harian dapur, contohnya bawang ke...kentang ke... lagi jimat jika terus diborong dengan banyak sekali gus macam ni. Harga bawang ikut musim juga. Sekarang ni agak tinggi harganya berbanding musim-musim sebelum ni, kecuali jika bawang tu dah nak jadi agak busuk dah, atau lembab basah sikit ke, macam jika terkena tempias hujan macam sehari dua ni. 10 kg bawang yang aku beli kali ni berharga AUD4.99. Bagi aku tinggilah sikit harganya sebab aku pernah dapat dengan harga serendah AUD1.99 untuk 10 kg, time bawang berlebihan agaknya. Adakalanya dengan harga AUD2.99 atau AUD3.99. Namun jika Harga AUD4.99 pun, jika diikutkan harga perkilo hanyalah akan jatuh jadi 49 sen atau 50 sen je sekilo. Masih lagi berbaloi. Namun harus di ketahui, ada lagi yang berharga lebih tinggi.

Jika dulu-dulu, zaman kemeriahan Adelaide dengan sister-sister atau kawan-kawan aku yang hampir ke semua mereka dah pulang ke Malaysia lepas sorang-sorang, untuk beli bawang ni kami akan share-share. Kekadang berdua, bertiga atau berempat atau lebih pun ada, daripada bawang 10 kilo ni. Semua ini akan menghasilkan harga yang lagi rendah berbanding jika dibeli secara sekilo-sekilo atau timbang. Mungkin dengan harga AUD1.29 ke... atau AUD1.50 ke.... untuk sekilo. Mungkin ada juga kekadang dengan harga 99 sen. Biar pun yang di timbang tu dapat kita memilih sendiri kualiti bawang yang hendak dibeli, tetapi bagi aku, oleh kerana di sini kita masak setiap hari berbanding jika di Malaysia, lagi untung jika terus dibeli yang 10 kilo ni. Mungkin akan ada la yang buruk sesikit tu, tapi mungkin puratanya dalam sekilo je atau tak sampai. Kebetulan bawang yang aku beli kali ini semuanya elok dan tak ada sebiji pun yang buruk atau kena buang. Pastu bawang ni tahan lama pulak. 

Sekarang ni... tapi sebenarnya sejak dari dulu lagi, walaupun aku tak ramai ahli, suka beli terus 10 kilo ni tanpa share. Tak risau nak beli banyak gini. Sebab dari pengalaman yang aku dah lalui, aku dapat pakai dalam masa lebih kurang 3 bulan tanpa risau bawang tu rosak walaupun dalam musim panas, apalagi jika dah sejuk macam sekarang ni. Puas hati sangat bila aku masak apa-apa, aku dapat pakai bawang dengan mewah. Sesekali ahli rumah kata, "jom kita masak sup bawang...." :-)
 Ditulis dengan BBQ pack tu pasal Aussie ni suka letak hirisan bawang sekali dan dengan banyak makan bawang juga jika mereka berBBQ. (Betul ke aku ni...?)
Selalunya inilah mini market tempat aku beli bawang, terletak di Torrens Road Ridleyton, dekat saja dengan rumah aku, bukannya di sunday market sebab berat nak tolak trolley yang ada bawang 10 kg.
Selepas siap buat pengkelasan :-)....

 Bila je sampai ke rumah, aku tak terus bawa masuk ke dalam, biar dulu kat depan ni. Jika nak bawa masuk ke dalam juga, kena rajin vaccum habuk kulit bawang tu nanti. Jika hari panas, biarlah bawang ni terjemur jap, tapi cuaca tak panas hari ni...mendung dan kemungkinan hujan. Jadi kena terus proses dan di sinilah tempat aku memproses, mengasingkan dan mengkelaskan bawang ni. Biasanya aku akan ada 4 bekas untuk muat 10 kilo bawang ni.
 Penuh ke empat-empatnya.....
 Kelas 1
 Kelas 2
 Kelas 3
 Kelas 4

:-) Nak tergelak sendiri pun ada, tapi memang itulah cara yang aku buat dan tak pernah ada pengalaman sebegini di Malaysia. Jadi dari sini aku cubalah habiskan bawang yang berkelas rendah dulu. Harap-harap bila sampai masa untuk giliran kelas pertama, bawang tu belum lagi bertukar rupa menjadi bawang kelas ke 4 ya. :-)...
Lepas tu, andaikata ada bawang yang aku beli tu dah bertunas dan dah keluar daunnya, aku tanamkanlah kat sini menumpang tempat pokok parsley aku yang seco'et ni. Boleh juga potongkan daun tu bila aku masak apa-apa sup nanti :-) ....

Monday 22 April 2013

AhwaalulHayah

Sesekali bila aku bermain kata :

Pepatah Arab :
"Musuh yang berilmu itu adalah lebih baik dari sahabat yang zalim"

Peribahasa Melayu :
"Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali"

Kata aku : 
"Diam bukannya tanda rela... rela tidak semestinya redha, malah dalam redha aku terkilan"

* Sesimple madah dengan sejuta makna buat ingatan dan renungan sendiri......

Thursday 18 April 2013

SelaMat KemBali Ke TaNah Air Kak Yatt & Abg Syed

Renungan : 

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam atau sebagaimana dia telah berkata : "Barangsiapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan baginya kesulitan-kesulitan di hari akhirat... dan barangsiapa yang memudahkan urusan seorang mukmin, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat... dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah juga akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat... dan Allah akan sentiasa menolong hambanya selama hamba itu menolong saudaranya...."
(Hadis riwayat Muslim)


Bila aku mengenang......

Jika aku diberikan kemampuan untuk memutarkan masa dan waktu, salah satu masa yang aku ingin kembalikan ialah ketika detik-detik pertama kali dan hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi kangaroo ini. Pada hari itulah aku di bawa ke rumah keluarga yang asing segalanya bagi aku, tidak pernah aku mengenali mereka, tidak pernah beremail sebelum ketibaan, tidak pernah bertukar dan mendengar suara melalui talian, malah hanya mendengar dan tahu namanya saja di sebut kurang seminggu dari tarikh kedatangan aku pada 23 Ogos 2009. 

Di rumah keluarga inilah aku di hantar dan tempatku bermukim sementara selama 9 hari sebelum aku melangkah keluar dengan rasminya bersamaan hari ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 2009. Aku turut merdeka dari rumahnya ketika itu setelah menemui satu rumah sewa yang sesuai untuk kami.

Ketika di rumah mereka, aku dilayan sebagaimana sepatutnya tetamu dilayan malah seperti adik-beradik pula ketika itu. Aku tak kisah jika ada umpatan atau rungutan dari belakang dek kerana jika payahnya meng handle keadaan kami yang tidak tahu apa-apa waktu itu. Aku juga tak kisah jika ada perasaan tidak selesa aku sendiri waktu itu kerana diheret hampir setiap malam ke majlis berbuka puasa bergilir-gilir di rumah kawan-kawan. Hatta pada malam hari pertama pun, aku telah dibawa bertemu kawan-kawan yang majoritinya menyambut ramadhan yang pertama kali di sini. Aku terpaksa lupakan kepenatan kerana persiapan berminggu-minggu yang belum habis sejak dari Malaysia lagi. Tidak terkeluar dari mulut ku untuk aku jelaskan yang aku ingin berehat seketika kerana mengalami jet lag normal yang orang lain juga kerap alami. Lagi kebingungan bila aku sampai sini. 

Betapa aku cuba tabahkan diri waktu itu sepenuh daya dek kerana terpaksa menumpang dulu di rumah orang yang tidak pernah dikenali hati budi mereka, ditambah lagi pada bulan puasa dan juga dalam dingin kesejukan cuaca akhir musim sejuk yang belum pernah aku berpengalaman dengannya sebelum ini. Malah aku pernah menitiskan air mata tanpa mereka tahu, pada hal itu bukanlah dugaan yang berat pun berbanding banyak lagi ujian yang Allah cubakan ke atas aku. 

Terlalu banyak jasa kalian. Ketika aku dapat rumah sendiri pun, semuanya boleh dikatakan kalianlah yang melengkapkan segala barang keperluan kami, dari segala kelengkapan rumah, segala bilik-bilik (termasuk bilik air) :-), makanan mentah dan kering, semua sekali tanpa dapat kami sendiri membuat pilihan pun, :-)... tapi cukup lengkap semuanya, hanya ada satu saja yang terlupa dibeli masa tu seingat aku... minyak masak  :-)....

Kini aku rasa tiada lagi kata-kata yang paling baik aku ingin luahkan. Hanya "TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA" Terima kasih kerana sabar dengan kerenah kami, sabar membantu kami. Budi kekanda berdua amat banyak, bukan saja pada kami, malah pada sesiapa pun yang memerlukan. Allah saja yang dapat membalasnya. 

Suasana kelmarin, hiba dalam ceria. Kemeriahan di airport dengan kehadiran rakan-rakan.
Candid & ready snap
 

Sedikit kalut bila terlebih muatan 

Sempat lagi bershopping di 'Smiggle' untuk anak-anak yang menanti di Malaysia...

  
 
 
 

 Ke pintu perlepasan....
  
 
 

Selamat berangkat....
 
 
 

Laluan dan langkah-langkah akhir untuk ke flight. Pyan tak dapat join hantar kalian hari ni sebab ada bengkel penulisan hingga ke petang dan appointment dengan supervisornya, namun aku tahu dia tetap sebak di Uni.

"Aku degil dengan mu, aku pernah memarahi mu, pernah merajuk dengan mu, mengingkari kata-kata mu sesekali dan kekadang aku enggan mengalah atau sengaja membuat perangai supaya kau rasa marah... kenapa...? Semuanya kerana aku rasa dan aku dah anggap kau adalah seperti  kakak aku sendiri.... maaf atas segalanya..."
We love you 2.....

Good luck dan insyaAllah kita jumpa di Malaysia nanti.....

Posted by Picasa