Total Pageviews

Thursday 18 April 2013

SelaMat KemBali Ke TaNah Air Kak Yatt & Abg Syed

Renungan : 

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam atau sebagaimana dia telah berkata : "Barangsiapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan baginya kesulitan-kesulitan di hari akhirat... dan barangsiapa yang memudahkan urusan seorang mukmin, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat... dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah juga akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat... dan Allah akan sentiasa menolong hambanya selama hamba itu menolong saudaranya...."
(Hadis riwayat Muslim)


Bila aku mengenang......

Jika aku diberikan kemampuan untuk memutarkan masa dan waktu, salah satu masa yang aku ingin kembalikan ialah ketika detik-detik pertama kali dan hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi kangaroo ini. Pada hari itulah aku di bawa ke rumah keluarga yang asing segalanya bagi aku, tidak pernah aku mengenali mereka, tidak pernah beremail sebelum ketibaan, tidak pernah bertukar dan mendengar suara melalui talian, malah hanya mendengar dan tahu namanya saja di sebut kurang seminggu dari tarikh kedatangan aku pada 23 Ogos 2009. 

Di rumah keluarga inilah aku di hantar dan tempatku bermukim sementara selama 9 hari sebelum aku melangkah keluar dengan rasminya bersamaan hari ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 2009. Aku turut merdeka dari rumahnya ketika itu setelah menemui satu rumah sewa yang sesuai untuk kami.

Ketika di rumah mereka, aku dilayan sebagaimana sepatutnya tetamu dilayan malah seperti adik-beradik pula ketika itu. Aku tak kisah jika ada umpatan atau rungutan dari belakang dek kerana jika payahnya meng handle keadaan kami yang tidak tahu apa-apa waktu itu. Aku juga tak kisah jika ada perasaan tidak selesa aku sendiri waktu itu kerana diheret hampir setiap malam ke majlis berbuka puasa bergilir-gilir di rumah kawan-kawan. Hatta pada malam hari pertama pun, aku telah dibawa bertemu kawan-kawan yang majoritinya menyambut ramadhan yang pertama kali di sini. Aku terpaksa lupakan kepenatan kerana persiapan berminggu-minggu yang belum habis sejak dari Malaysia lagi. Tidak terkeluar dari mulut ku untuk aku jelaskan yang aku ingin berehat seketika kerana mengalami jet lag normal yang orang lain juga kerap alami. Lagi kebingungan bila aku sampai sini. 

Betapa aku cuba tabahkan diri waktu itu sepenuh daya dek kerana terpaksa menumpang dulu di rumah orang yang tidak pernah dikenali hati budi mereka, ditambah lagi pada bulan puasa dan juga dalam dingin kesejukan cuaca akhir musim sejuk yang belum pernah aku berpengalaman dengannya sebelum ini. Malah aku pernah menitiskan air mata tanpa mereka tahu, pada hal itu bukanlah dugaan yang berat pun berbanding banyak lagi ujian yang Allah cubakan ke atas aku. 

Terlalu banyak jasa kalian. Ketika aku dapat rumah sendiri pun, semuanya boleh dikatakan kalianlah yang melengkapkan segala barang keperluan kami, dari segala kelengkapan rumah, segala bilik-bilik (termasuk bilik air) :-), makanan mentah dan kering, semua sekali tanpa dapat kami sendiri membuat pilihan pun, :-)... tapi cukup lengkap semuanya, hanya ada satu saja yang terlupa dibeli masa tu seingat aku... minyak masak  :-)....

Kini aku rasa tiada lagi kata-kata yang paling baik aku ingin luahkan. Hanya "TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA" Terima kasih kerana sabar dengan kerenah kami, sabar membantu kami. Budi kekanda berdua amat banyak, bukan saja pada kami, malah pada sesiapa pun yang memerlukan. Allah saja yang dapat membalasnya. 

Suasana kelmarin, hiba dalam ceria. Kemeriahan di airport dengan kehadiran rakan-rakan.
Candid & ready snap
 

Sedikit kalut bila terlebih muatan 

Sempat lagi bershopping di 'Smiggle' untuk anak-anak yang menanti di Malaysia...

  
 
 
 

 Ke pintu perlepasan....
  
 
 

Selamat berangkat....
 
 
 

Laluan dan langkah-langkah akhir untuk ke flight. Pyan tak dapat join hantar kalian hari ni sebab ada bengkel penulisan hingga ke petang dan appointment dengan supervisornya, namun aku tahu dia tetap sebak di Uni.

"Aku degil dengan mu, aku pernah memarahi mu, pernah merajuk dengan mu, mengingkari kata-kata mu sesekali dan kekadang aku enggan mengalah atau sengaja membuat perangai supaya kau rasa marah... kenapa...? Semuanya kerana aku rasa dan aku dah anggap kau adalah seperti  kakak aku sendiri.... maaf atas segalanya..."
We love you 2.....

Good luck dan insyaAllah kita jumpa di Malaysia nanti.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment