Total Pageviews

Thursday, 26 December 2013

Ikan Tongkol Singgang Versi Kelantan...

Kesejahteraan buat semua penyinggah blog ini... Rasanya kali ini aku nak abadikan resepi yang teramat mudah untuk dimasak. Betul-betul mudah. Mudah-mudahan bagi kalian pun menjadi mudah. Sangat mudah nak masak resepi ikan singgang ni. Sebutan tepat loghat aku ialah 'ikei singgei'.
Ikan Tongkol singgang. 

Lupa dah bila pertama kali aku mula memasak ikan singgang ni. Mungkin antara pada akhir masa aku berada di sekolah rendah dan awal memasuki sekolah menengah. Atas sebab itulah aku menganggapnya sebagai resepi yang mudah. Seolah antara resepi-resepi awal ketika mula-mula belajar memasak dulu. 

Sebenarnya lain negeri, ada yang sama caranya malah ada juga yang berbezanya. Cuma bahan asas tu rasanya taklah berbeza. Ok di sini adalah antara bahan-bahan asas untuk memasak ikan singgang versi aku... 

Bahan-bahan :-
  1. 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana, dipotong kepada 4 atau 5 potong (boleh juga pakai ikan lain seperti tamban atau selar kuning ke, kembung ke, kekek ke atau lain-lain yang disukai)
  2. Air untuk kuah
  3. 2 inci lengkuas dihiris nipis atau diketuk (aku suka letak lebih sikit)
  4. 3 ulas bawang putih (tanpa kopek kulit) di ketuk.
  5. Garam secukup rasa
  6. 2 keping asam keping 
  7. Bendi (pilihan)
  8. Cili padi (pilihan)
  9. Sedikit serbuk perasa (pilihan)
 
Cara-cara :-
  1. Dalam periuk atau belanga :-), masukkan kesemua bahan kecuali bendi. 
  2. Masak atau rebus saja hingga mendidih. 
  3. Adjustkan rasa dan biarkan terus mendidih beberapa ketika lagi.... alaa tak kisahla dalam 5 minit lg ke... biar keluar rasa air ikan yang manis-manis tu... 
  4. Pastu tutuplah api dan masukkanlah bendi lalu periuk ditutup. Bendi kan cepat masak. Biar dia masak dengan wap panas tu je...rangup sikit nanti.
Jika suka, sesetengah orang letak sedikit belacan dalam kuah singgang ni. Macam-macam versi atau cara. Ada juga yang suka masukkan sedikit gula melaka. Ada juga orang masak letak kunyit. Jadi kuah tu nanti bewarna kekuninganla sikit. Ada juga orang yang gantikan asam keping kepada air perahan limau nipis. Jika singgang ikan kekek pula, biasanya akan dimasukkan serai. Itulah versi masing-masing, tak ada salahnya.

Lauk singgang ni bukan saja kuahnya sedap macam rasa sup yang tersendiri, lebih-lebih lagi yang pedas (aku la suka yang pedas)... isi ikannya pun sedap di cicah dengan sambal cili...malah lagi special bila di lenyek isinya ke dalam budu... tentu bertambah makan nasi nanti.
Ini sebenarnya ikan singgang yang aku masak sebelum balik kampung 3 minggu lalu. Bukan yang terkini ya. Apa yang aku nak bagitaunya ialah, ini adalah salah satu jenis lauk frozen yang aku bekalkan untuk my hubby..... :-). Semuanya boleh kan... cubalah..... :-)

3 comments:

  1. Nampak sedap gitu.tq
    http://kekalsihatdenganvitamin.blogsport.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah... sila2... cuba lah buat... terima kasih kerana menyinggah ya... :-)

      Delete