Total Pageviews

Monday, 31 December 2012

Bakal Pulang

Saban musim, makin kurang group geng asal aku. Geng yang masa mula-mula aku sampai dulu. Al-maklumlah aku ni di kira anak yang ke arah bongsu dah. Mengikut rotib nya seniorlah yang habis dulu. Saban musim ada saja sahabat yang habis pengajian dan perjuangan di sini akan kembali ke tanah air, meninggalkan kami untuk meneruskan perjuangan kehidupan di bumi kangaroo ini. 

Kali ni aku mengundang dua family yang bakal pulang awal januari 2013 untuk dinner di rumahku. Jika di lihat dalam foto di atas, kedua-dua pasangan itu berada di belakang sekali. Pasangan di sebelah kanan, terkecuali yang bertudung biru tu ialah Kak Nana dan Prof. Madya Dr Kamarul dari UIA Kuantan. Manakala satu lagi pasangan yang sebelah kiri gambar dalam foto tu adalah Kak Azi dan En Azul dari UKM Bangi. Dua-dua suami yang sambung belajar. Kak Azi dan Azul ni orang Kelantan pekat ni. Kak Azi ni orang Pasir Tumbuh, Tak jauh dari rumah aku di Bukit Marak. Saja memaklumkan yang Kak Azi ni ada kembarnya yang mengajar satu sekolah dengan abang aku di SK Bukit Marak. Aku dah tengok kembarnya. Dah namanya kembar seiras jadi muka mereka pun memang tak berbeza bagi aku.

Ini saja-saja masa dalam satu majlis perpisahan untuk orang lain pada musim bunga yang lalu.


 
Makan nasi dan mihun sup tulang, boleh combine satu lauk jadikan dua menu.
 
 

Aku pun kena standby dah juga. Mana tahu tiba-tiba musim depan atau satu musim lagi kena balik. Mesti kena balik juga kan. Langkah kalian akan ku susuli jua. Aduuuh... sedih bunyinya. Oklah... insyaAllah jumpa lagi di Malaysia nanti.....

Good Luck.....
Posted by Picasa

Friday, 28 December 2012

Gathering Di Rymill Park


Ini saja bercerita kisah yang dah hampir sebulan berlalu. Bukan lama sangat pun tapi di sebabkan masa yang terlalu pantas berlari. Kisah tetamu ku lagi. 

Taukeh sponsor...

Sepasang merpati dua sejoli ni. Dia orang yang merancang plan. Aku ni selaku pembantu saja. Dia orang nak buat pertemuan dengan sebahagian rakan-rakan lama. Dia orang yang plan minta nak buat kat mana-mana Park. Aku bagi pendapat je dengan tempat ni, sebab sebelum ini dah dua kali aku ikut hubby buat gathering dengan kawan-kawan sejabatannya di sini. Memang menarik dan selesa kat sini. Ada tasik, sampan kayuh, taman, play ground, kiosk kopi dan selesa untuk beriadah juga. Kebetulan pula petang sabtu tu, tempat yang kami tuju itu kosong dan belum ada orang cop. Memang bernasib baiklah masa tu.

Program bermula pada jam 4.30 petang. BerBBQ dengan lamb, chicken, sausages dan beef burger. Memang menarik di tempat begini. Di sini (Adelaide), aku rasa dah ceritakan sebelum ni, tempat untuk berBBQ disediakan di kebanyakan Park. Jika rasa nak berBBQ je, hanya bawa bahan seperti apa yang kita nak bakar yang dah marinate, aluminium foil dan sudip BBQ je. Mancis-mancis berkaitan dengan api segala tak payah. Sebab benda tu dah tersedia. Tinggal tekan butang je, tunggu panas dan boleh mula membakar..... Senang.... 

Suasana ketika menjamu selera.....
 
 

Berkebetulan dalam majlis ini, si Ros ni saja nak men'surprise'kan birthday Hai walaupun tarikh sebenarnya adalah pada esok hari. Memang esok hari sibuknya, sehari sebelum balik semula ke Malaysia, so tak ada masa untuk orang lain pada esok hari.


Tak apalah... "Happy Earlier BirthDay For You Hai".....

Kelakarnya, dipenghujung majlis, kami bergambar ramai-ramai. Masa tu kena ready cepat kerana hujan dah mulai turun. Alhamdulillah sempat juga. Semua orang cepat-cepat berkemas dan berlari ke kereta masing-masing.... Terima kasih buat Koy & Ros atas jamuan ini..... 
Posted by Picasa

Keperihatinan


Lori yang membawa tangki air sedang menyiram pokok.

Sempat aku snapkan secara curi-curi gambar ni dari dalam rumah aku. Bukan niat jahat tau. Niat aku suci murni lah. Nak bercerita tentang situasi di sini kepada family dan rakan-rakan di Malaysia tentang salah satu cara penjagaan pokok dan tanaman di mana-mana kawasan dan taman perumahan juga.

Sekalipun di kawasan perumahan yang kecil, lori ni akan membawa tangki air untuk menyiram pokok-pokok yang di tanam di kiri kanan jalan. Semestinya untuk menjaga pokok dari mati terutamanya di musim panas ini. Pekerjanya pula hanya seorang. Dalam hati aku merasa bangga dengan kemudahan dan keperihatinan terhadap tumbuhan mahu pun binatang. Tapi cerita binatang tu insyaAllah lain kali lah. 

Aku cuba mengingat-ngingat, pernah ada tak lori besar yang membawa air untuk menyiram pokok lalu kat kawasan rumah aku di Klang tuh. Jika kat bandar Shah Alam tu mungkin pernahlah aku tengok. Tapi yang untuk taman perumahan kecil ni rasanya belum pernah aku saksikan, kecuali yang bawa air untuk di agihkan semasa dharurat ketiadaan air. Itu pun dengan pekerjanya yang empat lima orang.

Aku nak perhatikan tempat sendiri dan mencari perbezaan dengan situasi yang aku lalui di sini bila aku balik nanti.... Namun inilah yang dikatakan pengetahuan melalui pengalaman....

Posted by Picasa

Thursday, 27 December 2012

Cherry Picking

Seiring dengan bermulanya summer ini, bermacam juga buah-buahan yang dinamakan 'stone fruit' sudah mula ranum dan boleh dimakan. Dijual di mana-mana pasaraya mahu pun pasar minggu. Kenapa dinamakan stone fruit...? Ini kerana bijinya yang keras seperti batu. Antara buah-buahan yang boleh di makan di summer ini ialah seperti plum, nectarin, appricot, peach dan cherry.

Buah cherry yang separuh tergigit....

Strawberry pun dah boleh dipetik dah sekarang. Tapi kenapa dia tidak termasuk dalam stone fruit group ya...? Sebab bijinya tak keras malah tiada pun.... Wallahu a'lam.....

Setakat summer ni, telah dua kali aku ke cherry picking. Musim petik dah bermula. Sangatlah excited nya nak gi makan buah segar dari pokok yang di petik sendiri. Boleh picnic kat bawah pokok, makan puas-puas buah cherry tu, snap gambar banyak-banyak... :-) berangan betul....
Jarak perjalanan adalah lebih 35 kilometer dari rumah aku.
Perjalanan mendaki.....


Melalui kawasan beberapa ladang.... sepertinya ladanng anggur dan epal....sejuk mata memandang....
Buah pear bewarna coklat, masih belum masak.
Dedaun pokok di sebelah kanan jalan tu bagai dicantas nampak selari je...
dan....
Pemandangan dari tanah tinggi.....





Baru nampak pokok cherry di bawah ni.....
Masih berbungkus untuk elakkan dari burung-burung pemakan buah agaknya.
  
Ada beberapa peringkat dan jenis buah, belum masak atau yang dah ready dipetik.


Ada beberapa tempat untuk 'Pick Your Own' cherry ni. Ada tempat yang perlu dibayar untuk masuk dan ada juga tempat yang hanya free entry. Dah ada peluang tu aku pilihlah yang free entry ni. Antara yang free untuk memasukinya adalah di 109B, Coldstore Road, Lenswood ini. Ok je malah lagi ok untuk aku....
Suasana masa seronok memetik dan bergambar setiap kali pergi.....







Kali ke dua pergi, hanya berdua dengan hubby....

Kali ni pak cik ni tunjukkan pokok mana yang dah ok dan masih banyak buah untuk di petik. Yang penatnya sebab kena mendaki sikit.... Untuk memetik cherry ini ada cara dan peraturannya. Kena pegang di pangkal tangkai cherry dan pulas atau pusing. Bukan semata-mata tarik saja. Kata tuan ladang cherry ini, cara memetik yang betul penting bagi memastikan buah cherry kembali berbuah dengan lebat pada tahun depan. Jadi, kebiasaan kepada pengunjung yang datang pertama kali akan di ajar cara-cara untuk memetiknya.

Video demontrasi memetik dan memakan cherry.... :-)
video


3 baldi jugalah aku berjaya petik untuk hari ini.
Siput ni pun suka dengan rasa buah cherry ni agaknya.


Setahu aku, tempat inilah yang paling murah untuk sekilo buah cherry. AUD5 untuk sekilo. 

Berangan... ada masa nanti, I mean jika hubby free dan tidak ke Uni pada hari minggu, aku teringin nak datang lagi. Mungkin sekali dua lagi hingga habis musim cherry ni. Tak lama pun lagi musim cherry ni, Buah dia pun bukan boleh di simpan lama macam epal. Hubby kata, makanlah sepuas-puasnya cherry ni, ambil peluang yang ada sebab inilah musim akhir cherry untuk kita nikmatinya di sini.... :-( ....


Posted by Picasa