Total Pageviews

Monday 30 September 2013

AroMa IkAn BaKar

Di suatu weekend.......
Apa yang sepatutnya aku tulis atau ceritakan lagi tentang restoran ini. Kerana dari apa yang aku tahu, restoran ini memang dikenali, masyhur dan terkenal malah telah terpilih untuk dipromosikan lagi keterkenalannya itu melalui rancangan terkenal 'Jalan-jalan Cari Makan'. Lebih 5 tahun dulu pun aku pernah membaca dan melihat restoran ini melalui ruangan resepi mingguan bagi majalah 'Mingguan Wanita'. Hebat kan.... 
 
Dua minggu lalu, ini bukanlah cerita terkini ya.... Masa adik dan ipar bertandang ke rumahku, tergerak hati untuk kami datang dinner kat sini. Saja bawa mereka kenal-kenal keadaan sini. Sama juga suasana dan keadaan dengan beberapa restoran seafood tempat lain. Aku sendiri pun dah lama tidak ke sini, telah lebih 4 tahun dulu. Lama sangat dah tu. Ikutkan perjalanan masa, macam-macam perkara dah boleh berubah. Semasa dulu semuanya ok bagi aku. Sedap masakan kat sini. Itu dulu lah. Sebab tu aku kata banyak perkara boleh berubah. 

Dek kerana dah lama tidak mengunjungi, sebelum datang tu, ada juga aku intai-intai sikit tentang restoran ni melalui internet, blog-blog individu atau tulisan berkaitan dengan restoran Aroma ni. Macam-macamlah komentar yang diberikan. Pendek kata ada yang positif dan tak kurang juga yang minta berjaga-jaga.... so faham-fahamla.... Tapi bak kata orang, belum cuba yag terkini, belum tahu kan....

Terpaksa aku ikut beratur panjang begini.......
Suasana weekend barangkali, ya... long weekend yang aku maksudkan. Ahad malam Isnin. Isnin esoknya pun cuti umum. Bertolak dari rumah aku pun dah selepas waktu isyak. Perjalanan lebih kurang antara 30 ke 40 minit. Oh ya... Aroma ikan Bakar yang aku datang ni berlokasi di Jalan Jati, Pantai Jeram, Jeram, Kuala Selangor.
 
Beratur punyalah lama, tapi memilih tak lama, dalam kepala dah kena plan nak ambik apa dan dah kena fikir terus nak minta dimasak apa.

Gelagat pemilih.....
 

Dah datang lambat, tak booking meja dulu pulak tu.... Selepas beberapa minit menunggu, barulah kami dapat meja kosong di D3 ni. Dekat saja dari depan jalan masuk. 

Sekilas pandang hiasan restoran.
 
Nasi ni dibawa awal ke meja kami bersama pinggan sekali. Bagus. Cuma orang yang membawa nasi ke meja kami ni sepertinya teramat kepenatan. Kenapa? Kerana dia seperti menghempas saja bekas nasi dan pinggan ke meja kami, tanpa senyum atau sekurang-kurangnya pandang lah sekilas ke arah kami untuk memberi peluang kepada kami mengucapkan terima kasih. Tak sempat pun kami cakap atau dia pandang kami, dia dah terus pusing belakang dan pergi. Jika penat kerja pun tak boleh la gitu... Pengunjungkan tengah menilai ni....

Tak lama menunggu, kami memanggil seorang waitress untuk mengorder minuman. Datang-datang je dia ke tempat kami, dia menjawab, "air belum siap bang". Aik tersengihlah kami, "tak, kami baru nak order je ni". Silap meja la tadi tu..... Untuk berempat, kami minta air durian belanda yang agak famous masa kini, dan rasanya memang sedap serta memuaskan hati. Sekali ni si penghantar air ni senyum kepada kami dan sempatlah aku berterima kasih padanya. Cuma selama menunggu hidangan yang dimasak belum sampai, kami hanya memandang saja air tu. Saja nak menguji. Ingat dia bawa air yang sejug tu dulu, pastu patah balik ambik gelas. Tapi sekian lama tak bawa-bawa sehingga bila dah lama sangat tu barulah kami panggil waitress sekali lagi minta gelas.

Setelah hampir sejam menunggu, menu pertama kami sampai. Siakap yang dimasak tiga rasa. Sedikit terkilan dengan pandangan pertama. Begitu simple presentationnya. Mana hiasannya sekurang-kurangnya daun salad yang mengalas ikan, mana daun sup atau bawang atau bawang goreng yang ditabur atas ikan.... kurang-kurang biarlah berbaloi dengan harga atau dengan keterkenalan restoran ini.... :-(
Tengok ni... Salah satu contoh. Kurang-kurangnya begini....eh... bukan kurang-kurang dah ni, ini dikira amat bagus ni... Ada alas serta hiasan sebegini. Sedangkan ini di restoran biasa, maksud aku bukan restoran besar macam Aroma ikan bakar tu.... Haaa... yang ini di Sri Rahayu Restoran. Dari segi rasa, yang ini lagi 'kaw'.... Sorry.... 
 
Hidangan kedua sampai, sotong tepung.... hmmmm.... apa yang aku nak ulas.... Juga kosong-sekosong begini tanpa apa-apa decoration. Dari segi rasa boleh.... sedap.... Tapi aku tak makan sotonglah pulak... Try sikit je... kira malam ini dalam sejarah dah ni.....

Seterusnya yang ini pulak ikan pari bakar. Rasanya 'Kaw'.... Adakah kerana lapar sebab lebih sejam menunggu dah....

Dah lebih sejam setengah menunggu, aku rasa ada suatu yang silap. Mungkin hidangan kami tertukar ke, kertas dalam bakul lauk kami tu terhilang ke... atau apa-apa kemungkinan lagilah.... mungkinnya macam-macam.... Mungkin kegelisahan kami tu di terperasan oleh seorang adik waitress ni. Dia datang pada kami dan tanya "ada lagi tak hidangan yang belum sampai" Tentunya kami bagitau. Dia gi check kat dapur. 

Malas menunggu lagi, mood dah mula berubah, nasi pun dah lama sejuk kerana dia yang pertama sampai. So, kami pun makanlah tanpa dua lagi menu yang belum sampai. Nanti ratah ajelah yang tu. Jika tak sampai juga, tak yah lah makan. Sampai dah licin gini, baru sekali lagi kami panggil waitress untuk last bertanya. Dia pun dah jadi serba-salah lalu ke bahagian dapur lagi. Selepas dalam 15 minit kemudian, barulah sampai lagi hidangan yang berjanggut ni. Ya lah kata orang-orang, "dah berjanggut menunggu".... Berkebetulan menunggu makanan yang berjanggut ni. Ada kebetulan ke? :-) Boleh lagi aku senyum kat sini...

Udang Mentega..... Nampaklah rupa sikit. Tapi mood makan makin kurang dah, hati dah terguris... :-( Nak buat cammana....

Ketam masak cili..... Rasanya biasa-biasa saja.... Undiannya kamilah yang putuskan begitu.... Adik ipar aku yang tukang masak tu, lagi lah tinggi komennya. Untuk peningkatan jugakan.... Semua hidangan didatangkan tanpa apa-apa hiasan, kosong.... Memanglah betul, kita bukan nak makan hiasan tu...banyak komen pulak, tapi itu kan daya penarik.... Komen membina ni.... dan tak semua orang tak makan sayur hiasankan... :-) Pengunjung kan keluarkan banyak belanja untuk makan kat sini. Jadi apa lah sangatnya dengan hiasan simple yang perlu di buat.... Minta halalkan komen ini ya.... 
Pastu pulak ada lagi problemnya kami ni... entah apa yang tak kenanya dengan kami malam ni. Alah ujian kecil je... Masa aku pilih ketam tadi, aku ambik 4 ekor, tetiba yang datang setelah berjanggut menunggu dan selepas dua kali waitress dia masuk dapur bertanya, yang didatangkan selepas tu hanyalah 3 ekor sahaja. Orang yang menghantar tadi pun nampak macam takut-takut pulak. Bukannya kami nak sergah dia pun. Jauh sekali.... Kenalah bagi tau dekat kaunter... Orang tu pun memahami dan meminta maaf atas apa yang berlaku serta mengurangkan sedikit jumlah dari yang sepatutnya kami bayar. Sapa yang jaga kaunter? Tauke sendiri kot...

 
 Dalam senyum ada ketidakpastian.... Mungkinkah ada lagi kunjungan selepas ini......
Posted by Picasa

Friday 27 September 2013

7 Tempat Larangan Bersolat

Antara 7 tempat yang menjadi tempat larangan untuk bersolat :
  1. Kawasan membuang sampah.
  2. Tempah menyembelih binatang.
  3. Di perkuburan.
  4. Di pertengahan jalan raya.
  5. Di tandas
  6. Tempat perteduhan unta.
  7. Di atas bumbung kaabah.

Tuesday 24 September 2013

The Manhattan. FISH MARKET.

Terplan tetiba di suatu petang nak melihat dari dekat Setia City Mall. Nak masuk meronda kat dalamnya. Memang besar dan luas tempatnya. Tak larat masa tu nak meronda kesemua bahagian. 
Dah lama pusing-pusing, semasa kaki melangkah ke satu bahagian, aku terpandang lambang ni. Yang nampak adalah dua patah perkataan bertulisan besar tu, 'FISH MARKET'. Sangkaan pertama dalam kepala adalah pusat jualan ikan segar beroperasi di sini. Bila aku mendekat, rupanya ia adalah satu cafe atau restoran.

Dalam beberapa kali pusingan, aku berpatah balik ke sini. Sebenarnya aku masa tu masih dalam plan intai-intai cari makan juga. Kat cafe lain terlebih-lebih pulak mahalnya. Tak sanggup sangat rasanya. Biarkanlah mereka yang terlampau tinggi harganya tu. Aku hari ni hanya nak bercerita pasal cafe yang aku singgah ni dulu.
Di pintu masuk cafe siap ada penyambut tetamu lagi. Bila saja kita melangkah masuk ke dalam, penyambut tetamu ini seolah mengumumkan kepada semua pekerja lain akan kedatangan kita. Lantas akan kedengaranlah ucapan 'welcome' bersahut-sahutan nanti. Aku macam nak tergelak pun ada.

Namanya memang 'fish Market', tapi menunya termasuk beberapa sea food yang lain juga. Nampak gayanya lebih kepada menu western.
Tak pasti memilih, aku dibantu oleh pekerja cafe juga dalam membuat pilihan. Akhiiirnya....
Untuk Mr. Hubby, pilihannya adalah 'Small Flame' terdiri dari ikan, chips, prawns dan sayur bersama krim sos cendawan. Ada nasi bersama di bawahnya.

Mine, aku pilih menu yang di beri nama 'Scallops Fish Chicken' yang terdiri dari fish fillet, ayam, sotong, scallops dan sayur juga sos yang juga di datangkan bersama nasi di bawahnya. Sekali pandang, aku memang ingat tak ada nasi. Kesimpulannya ia merupakan satu hidangan yang besar dan mengenyangkan.

So... inilah mushroom soupnya yang boleh ditop up semahunya. Aku ulang tambah juga sekali sambil tunggu main dish sampai.
Minuman yang kami pilih, juga boleh ditop up seberapa gelas selagi mahu. Aku tak larat lagi nak tambah air, dah penuh (kenyang) sangat dah rasanya.
Taste yang boleh diterima dan boleh dicuba sekurang-kurangnya sekali. Tapi cafe ini ada mengenakan goverment service tax sebanyak 10% dan service charge sebanyak 5%. Eeeee.... tu yang aku kata boleh lah sekali mencuba... jika rasa berbaloi, boleh cuba lagi, lagi dan lagi......

Thursday 19 September 2013

Setia City Park

Perubahan ketara... Setia City Mall, terbangun pesat. Baru bagi aku kerana sebelum meninggalkan tanah air 4 tahun dulu, tiada apa-apa tanda yang aku perasan. Semasa jauh di seberang laut sana, pernah aku diceritakan tentang pembangunan yang kian pesat berlaku di Setia Alam, satu bandar baru. Masa tu terdetik juga perasaan tak sabar nak tengok, tapi bukanlah  suatu cita-cita besar pun... 
Weekend lalu, jiran depan rumah aku ada bercerita pasal satu taman ni. Hanya berdekatan saja, malah di hadapan Setia City Mall. Menarik sangat katanya, bila berada di situ terasa seperti sedang berada di oversea. Tersenyum-senyum aku. Kerana bukannya berjarak jauh pun dari tempat tinggal, berkebetulan pula aku ada tetamu, adik dan ipar ku, maka bolehlah ambil kesempatan yang ada ni untuk bawa mereka ke situ. Ambil angin petang supaya mereka tidak merasa boringnya berada di rumah. 

Tidak susah mencari tempatnya. Dah sampai ke kawasannya, intai saja mana ada taman atau kawasan yang nampak orang ramai tengah melepak, lepas tu cari parking. Memang kagum juga melihat keluasan taman serta landscape dan juga begitu ramai pengunjung yang hadir pada petang itu. Berkebetulan pula hari tu hari ahad manakala esoknya isnin cuti hari Malaysia, so berlong weekendlah masa tu. Mungkin itu menjadi salah-satu faktor yang membuatkan lagi ramai pengunjung. Sekalipun pengunjungnya ramai, tetapi masih lapang dan tenang tempatnya dek kerana luasnya kawasan tersebut. Ada track untuk pejalan kaki dan ramai juga yang tengah menggunakan roller blade. Bagi aku memang betul dan bersetuju dengan anggapan jiran aku tu. 

Tak banyak cerita, jom layan gambaran sepintas lalu.....
Lanscape yang luas....
 
 
Melihat aksi dalam 5 pasang pengantin sedang bergambar. Glamourlah park ni menjadi sasaran dan idaman para pengantin untuk merakamkan detik-detik manis yang bakal menjadi kenangan buat mereka. Minta halalkan kerana snap pemandangan ini secara rawak ya. Tiada kepentingan apa-apa, sekadar gambaran. Dari cerita jiranku lagi, pelakon terkenal Rozita Che Wan pun bakal melangsungkan persandingannya di sini (di dewan besar yang ada di taman ini)
 Menuju ke kawasan padang yang luas dan meriah dengan aksi dan gelagat pengunjung.
 
Geram nak tangkap dan goreng je ikan-ikan yang banyak di air ni. Jinak berenang dan menunggu pengunjung melemparkan makanan kepada mereka.
 
 
 Layang-layang yang berbagai rupa dan bentuk terbang megah di bawa angin.
 
 
 
 Pesen baru penyembur belon buih, teruja bagi kanak-kanak dan trauma bagi sesetengah ibu bapa. Di sini di jual dengan harga RM12 sebotol. Aku pun terkejut mendengarnya.
 
 Pengunjung yang sedang duduk-duduk dan melepak di suatu sudut di park ini.
Satu sudut versi timur tengah. 
 Dah meronda satu pusingan, lain kali boleh je ke sini lagi. Harapnya tetamu aku berpuas hati dengan keindahan yang ada pada kunjungan ini.

Sri RaHayu ResTauRant

Intai-intai cari makan...... 
Aku rasa dah ada perubahan pada restoran ini. Aku dah pernah beberapa kali datang sini lama dulu. Lebih 4 tahun dulu. Dari susun atur meja serta gerai roti canainya, mungkin di situ yang aku sempat perasan. Dengan ada sekeping senarai menu besar di setiap meja, nampak lebih formal kini. 

Restoran Sri Rahayu ini terletak di lot 2132 Batu 5 3/4 Jalan Meru, Pekan Meru Klang. Seperti kebanyakan kedai masakan ala Thai yang lain, juga menyediakan berbagai pilihan menu masakan ala Siam dan Kelantan. Layanan mesra yang aku dapat lihat setakat ini serta hidangan yang boleh diterima tekakku, membuatkan telah beberapa kali aku menghala ke restoran ini, samada bila aku sendiri yang rasa nak makan atau meraikan tetamu yang datang dikala aku tidak mengasapkan dapur... :-) Zaman canggih....
Air sarsi klasik cap ayam (botol kecil) yang di bawa dari Kelantan juga boleh didapati di sini. Sejak kecil aku suka dengan rasa minuman ini. Tapi bukan aku yang order minuman ini. Minumanku tetap setia dengan teh tarik.

Dengan pilihan menu yang pelbagai tadi, selalunya menu yang selalu dicuba di mana-mana kedai makan pun adalah sama. Selalunya gitu lah... seolah menu sama je yang kami pesan. Jika bukan memilih secara individu, maka set hidangan lah yang selalu di pesan.

Masa si Putera Bongsu datang semalam (awal-awal masa on the way lagi dah call minta cari restoran sedap untuk dinner.... :-) ), kami order secara 1 set hidangan untuk dinner yang terdiri dari.....
Ikan siakap masak tiga rasa.....
 
Adakalanya dengan hiasan sekuntum bunga yang cantik sekali dibuat dari bawang dan tomato.
Tom yam campur....
 
Udang tepung....
 Telur bungkus... Jarang atau rasanya tak pernah telur bungkus menjadi pilihan, tapi saja meraikan Putera Bongsu... Tapi rupanya bukan favourite dia.... :-(... Aku ratah jua habiskan....
Satu set hidangan telah tersedia tidak mengambil masa lama masa menunggu.....
Lain-lain menu yang special di sini..... 
Weekend lalu aku keluar bersarapan di restoran Sri Rahayu ini. Tak pasti tapi aku rasa restoran dibuka dari waktu untuk bersarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Agaknya untuk supper pun ada, cuma aku tak pasti. Pagi minggu tu aku keluar berempat untuk mencari sarapan pagi. 
Selain aku, mereka memilih untuk bersarapan dengan nasi kerabu biru ini. Ermmm... nampak menarik malah adik aku menyukainya dan request datang lagi esok pagi... :-) Nasi kerabu dengan lauk pilihan terdiri dari ayam goreng berempah, daging bakar, telur masin dan keropok. Cuba teka... tangan siapa yang kelihatan tu...?
Selain nasi kerabu, terdapat juga menu special lain semasa sarapan seperti laksa dan laksam Kelantan, juga nasi dagang. Dengarnya menarik..... Tak ketinggalan ada juga kuih muih disediakan.... 
Roti canai corner....
Aku pula tertarik untuk mencuba Roti Tisu ni. Belum pernah aku dengar, nak tahulah macammana bentuk dan rasanya.... Rupanya macam ni.... Nipis, bentuk macam tengkolok dan crunchy. Bagi aku seolah tak puas makan sebab nipis seolah makan keropok je... So lain kali aku tak nak order lagi. 

Dari segi harga dan rasa yang aku amati, boleh diterima dan tidaklah mahal seperti yang disangka. Berpadanan katakan. So.... nama restoran dah tahu dan alamatnya pun dah ada, jika rasa nak mencuba, silalah... :-)