Total Pageviews

Thursday, 19 September 2013

Sri RaHayu ResTauRant

Intai-intai cari makan...... 
Aku rasa dah ada perubahan pada restoran ini. Aku dah pernah beberapa kali datang sini lama dulu. Lebih 4 tahun dulu. Dari susun atur meja serta gerai roti canainya, mungkin di situ yang aku sempat perasan. Dengan ada sekeping senarai menu besar di setiap meja, nampak lebih formal kini. 

Restoran Sri Rahayu ini terletak di lot 2132 Batu 5 3/4 Jalan Meru, Pekan Meru Klang. Seperti kebanyakan kedai masakan ala Thai yang lain, juga menyediakan berbagai pilihan menu masakan ala Siam dan Kelantan. Layanan mesra yang aku dapat lihat setakat ini serta hidangan yang boleh diterima tekakku, membuatkan telah beberapa kali aku menghala ke restoran ini, samada bila aku sendiri yang rasa nak makan atau meraikan tetamu yang datang dikala aku tidak mengasapkan dapur... :-) Zaman canggih....
Air sarsi klasik cap ayam (botol kecil) yang di bawa dari Kelantan juga boleh didapati di sini. Sejak kecil aku suka dengan rasa minuman ini. Tapi bukan aku yang order minuman ini. Minumanku tetap setia dengan teh tarik.

Dengan pilihan menu yang pelbagai tadi, selalunya menu yang selalu dicuba di mana-mana kedai makan pun adalah sama. Selalunya gitu lah... seolah menu sama je yang kami pesan. Jika bukan memilih secara individu, maka set hidangan lah yang selalu di pesan.

Masa si Putera Bongsu datang semalam (awal-awal masa on the way lagi dah call minta cari restoran sedap untuk dinner.... :-) ), kami order secara 1 set hidangan untuk dinner yang terdiri dari.....
Ikan siakap masak tiga rasa.....
 
Adakalanya dengan hiasan sekuntum bunga yang cantik sekali dibuat dari bawang dan tomato.
Tom yam campur....
 
Udang tepung....
 Telur bungkus... Jarang atau rasanya tak pernah telur bungkus menjadi pilihan, tapi saja meraikan Putera Bongsu... Tapi rupanya bukan favourite dia.... :-(... Aku ratah jua habiskan....
Satu set hidangan telah tersedia tidak mengambil masa lama masa menunggu.....
Lain-lain menu yang special di sini..... 
Weekend lalu aku keluar bersarapan di restoran Sri Rahayu ini. Tak pasti tapi aku rasa restoran dibuka dari waktu untuk bersarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Agaknya untuk supper pun ada, cuma aku tak pasti. Pagi minggu tu aku keluar berempat untuk mencari sarapan pagi. 
Selain aku, mereka memilih untuk bersarapan dengan nasi kerabu biru ini. Ermmm... nampak menarik malah adik aku menyukainya dan request datang lagi esok pagi... :-) Nasi kerabu dengan lauk pilihan terdiri dari ayam goreng berempah, daging bakar, telur masin dan keropok. Cuba teka... tangan siapa yang kelihatan tu...?
Selain nasi kerabu, terdapat juga menu special lain semasa sarapan seperti laksa dan laksam Kelantan, juga nasi dagang. Dengarnya menarik..... Tak ketinggalan ada juga kuih muih disediakan.... 
Roti canai corner....
Aku pula tertarik untuk mencuba Roti Tisu ni. Belum pernah aku dengar, nak tahulah macammana bentuk dan rasanya.... Rupanya macam ni.... Nipis, bentuk macam tengkolok dan crunchy. Bagi aku seolah tak puas makan sebab nipis seolah makan keropok je... So lain kali aku tak nak order lagi. 

Dari segi harga dan rasa yang aku amati, boleh diterima dan tidaklah mahal seperti yang disangka. Berpadanan katakan. So.... nama restoran dah tahu dan alamatnya pun dah ada, jika rasa nak mencuba, silalah... :-)

No comments:

Post a Comment