Total Pageviews

Friday, 13 September 2013

Wasiat as-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Sekadar renungan buat sendiri....

10 wasiat Imam Hassan al-Banna :
  1. Bersegeralah menunaikan solat di mana seruan azan dilaungkan walau bagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
  2. Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu, berzikirlah dan janganlah membiarkan waktu anda berlalu tanpa diisi dengan benda yang berfaedah.
  3. Berusahalah untuk bercakap dalam Bahasa Arab dengan fasih kerana ianya adalah sebahagian daripada syiar Islam.
  4. Janganlah anda banyak bertengkar dalam melaksanakan apa sahaja urusan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau, sesungguhnya umat yang sedang berjihad itu tidak mengenal erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan yang sia-sia dan menyakitkan hati.
  8. Jauhi mengumpat dan mengeji seseorang serta mencaci pertubuhan lain, juga jangan berkata sesuatu melainkan kebaikan.
  9. Berkenalanlah dengan sesiapa sahaja yang anda temui dikalangan rakan-rakan anda, sekalipun dia tidak menuntut anda berbuat demikian, kerana asas da'awah kita adalah berkasih sayang dan tolong menolong.
  10. Kewajipan anda adalah lebih banyak dari masa yang ada. Oleh itu gunakalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

No comments:

Post a Comment