Total Pageviews

Tuesday, 3 September 2013

Aku OranG KamPunG

Suasana setelah sekian lama tidak balik kampung..... Ada yang masih setia seperti dulu-dulu manakala banyak  juga perubahan yang tidak dapat disangkal.....
Birthday simple orang belum mandi di rumah Ma.
Birthday juga simple bersama ayah & mak pada malamnya pula. Kucing juga dijemput makan kek :-)
Menikmati telur puyuh rebus setiap pagi. Fresh dari sangkar. Malam bertelur, esok pagi terus rebus.
Pisang 'belalai gajah'.

Itu nama yang aku tahu. Sebelum ini aku hanya mendengar namanya saja dan hanya tergambar saja dalam kepala. Tapi kali ini rezeki dapat melihat dengan mata kepala sendiri, dapat memegang dan berada di tepi pokok pisang ini. Cumanya pisang ini masih terlalu putik atau masih terlalu muda. Mak aku yang menanam pisang ini berhampiran rumah. Dia telah mengambil anak benih dari seorang kawan pada suatu masa dulu. Masa yang diambil oleh pisang ini untuk proses matang adalah agak lama dan itu aku pun kurang pasti. Apa yang diberitahu bahawa pisang ini akan mengeluarkan buah lagi sehingga mencecah dan berlingkar di atas tanah. Macam takut je bila dengar perkataan 'berlingkar' tu. Lepas itulah mungkin baru dia nak memulakan proses untuk buahnya masak. Subhanallah semuanya kuasa Allah.
Ini adalah pokok palas yang mana daunnya digunakan untuk membungkus atau membalut ketupat pulut daun palas, tradisi kita dikala raya. Tapi kita hanya menggunakan daun yang masih muda, lembut dan masih belum kembang, bukan yang dah matang begini kerana pasti akan tercarik atau koyak. Sejak dulu lagi, hutan kecil di sekeliling rumah ku ini lah yang menjadi sasaran mudah untuk mencari sumber hutan yang diperlukan jika ia berada di situ.
Dokong yang berbuah lebat di tepi rumah abang... masih belum matang kerana belum cukup manis lagi kecapannya.
Durian juga telah mula menggugurkan buahnya yang masak.
Ada juga yang telah menjadi sasaran tupai sebelum jatuh ke tanah.
Bersungguh-sungguh orang ini membelah dan menikmati durian di rumah mak sehingga basah kuyup bajunya akibat berpeluh.... :-) 
Seingat aku, 4 tahun dulu... dua minggu sebelum bertolak ke Australia, kami pulang ke kampung mohon restu orang tua dan pada masa itu juga durian sudah mula matang dan kami dapat makan durian sepuas-puasnya. Peristiwa yang sama aku alami pada tahun ini, ogos, selepas 5 hari berada di Malaysia, kami pulang juga kerana menemui orang tua, dapat kami menikmati durian dengan puas hatinya.
Pokok serai kayu atau juga pucuk kayu, salah satu ulam wajib yang enak bagi nasi kerabu di kampung suatu masa dulu. Boleh juga dimakan sebagai ulam dengan nasi putih. Tumbuh dengan banyak di hutan kecil ini.
Pokok senduduk atau panggilan aku dari dulu adalah 'keduduk'. Boleh mengubat luka dan sebagainya. Terlalu mudah untuk dijumpai di sini.
Ini juga salah satu kenangan aku sejak kecil dulu. Baloh atau aku panggil sebagai 'tepah padi'; adalah tempat untuk menyimpan padi ketika orang tua ku bergelar petani dulu. Kini terbiar sepi di tepi rumah kakakku. Boleh dijadikan sebagai pondok untuk menungguh durian jatuh.
Salah seekor beruk peliharaan ayah untuk memanjat kelapa.
Salah seekor kura-kura belaan ayah.....
Sempat tengok ayah buat 'siga' (tangga) sehingga ke hampir tengah malam. Buluh diambil hanya dari hutan kecil di tepi rumah dan di tebang semalam. Esoknya ada minta orang baiki bumbung madrasah kecil.
Nampak kepenatan selepas 'siga' siap.
Menikmati angin petang di Pantai Irama, Bachok.
Ada proses penambakan sedang berjalan sekarang ekoran dari hakisan teruk yang berlaku lebih dua tahun dulu.
Ada banyak gerai-gerai kecil di sini...
Menikmati ABC special di gerai kecil ini.
Sate ikan pun macam dah semakin mahal berbanding harga dulu.
Berehat di 'geran' kecil (pangkin).

Di halaman rumah....
Mak mengarahkan kambing masuk ke kandang di kala senja menjelang.
Malam akhir, di rumah kakak, 'Janji Ditepati' untuk belanja makan 'Sate 1 Malaysia'..... Alhamdulillah sedap & terima kasih daun keladi:-)

2 comments:

  1. Alhamdulillah...semua dah selamat sampai di Malaysia dan dapat balik kampung berjumpa keluarga ..

    ReplyDelete