Total Pageviews

Tuesday, 10 September 2013

Garden Clearance

Dah bela sampai besar kena pulak berfikir tentang hari selepas. Dah bertahun usia, 4 tahun bukan membesar depan mata, namun hati tetap sayang.
Pokok limau purut dan pokok kari aku.....
Sejak kecil duk dalam pasu. Sampai berakar dan mencucuk tanah pun stay kat situ. Dah jadi kuat dan kukuh akarnya. Pasu pun dah pecah.
Dua-dua pokok ni dah membesar dan dah lebih tinggi dari aku. Aku tinggalkan dulu masa yang aku lebih tinggi dari mereka. Hujung ranting yang senang aku sebut sebagai 'julai pokok' tu dah berebut nak menjenguk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Masa nak tutup grill dan pintu, leher dia selalu tersepit.

Weekend lepas, aku ingat hubby hanya nak cantas dahan je, rupanya terus dicabut dengan akar-akar sekali. Tak sempat aku menghalang... :-( sedihnyaaaaa...... Terpaksa lah korbankan, kerana bimbang akarnya akan merosakkan lantai atau drainage mungkin... 

Pengalaman kat Adelaide duk pakai daun limau purut frozen, so ambik la sedikit daun untuk difrozenkan.
Pokok mangga depan rumah ni nampak je gini, tapi menurut penyewa rumah aku dulu katanya mangga ini berbuah lebat dan sedap sangat buahnya di musim lalu. Mudahan lepas ni dapatlah aku rasa bagaimana manisnya mangga ini pada musim akan datang. InsyaAllah....
Pandan di backyard masih juga setia menanti kepulangan aku.....
Special pokok kari ku ini bila ada burung yang sudi membuat sarangnya. 
 
 Pokok kari ini berjaya aku selamatkan. Sempat aku menghalang hubby daripada mencantas pokok kari ini. Aku nak tengok dia puas-puas dulu. Jika ada berlaku kerosakan nanti barulah boleh dibuang.
 Masa sampai rumah dari Adelaide ritu, macam inilah keadaan ruang tanah kecil depan rumah. Macam lalang yang meninggi.
 
Hanya sempat aku bersihkan selepas kembali dari kampung minggu lepas. Lega sikit mata memandang.
Namun tak dapat disangkal, banyak lagi yang perlu dibereskan..... sangat banyak.... buat slow-slow nanti....
Bersama bekas Adelaideans sebagai tetamu pertama yang sudi menziarahi kami tanpa disangka di weekend lalu. Terima kasih tak terhingga.

2 comments:

  1. assalamualaikum kak nani,
    Niza ekram ni..dah balik malaysia ye? nanti macam mana nak contact akak?huhuhuhu...kalau akak ade facebook, add la niza, ni alamat email oxidation_hani@yahoo.co.uk or https://www.facebook.com/ekram.haniza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Niza... Dah tiga minggu kami balik, biasalah awal2 ni terlalu banyak yang belum stabil. Boleh la lawat kami di Klang bawa Effa..tentu dah tak kenal Cik nani nya ini... :-) K Nani tak ada facebook, belum sampai seru.... :-) Tapi Nanti K Nani email Niza ya...

      Delete