Total Pageviews

Saturday 31 December 2016

Laksa Penang; Antara Yang Flat & Bulat Biasa

Rice stick ini ku jadikan pengganti laksa bulat. 
Tiada beza dari segi rasanya. Malah anak saudaraku yang masih beranak kecil pun boleh makannya tanpa rasa bengkak urat.
Ini pula laksa yang seumpama aku gunakan sewaktu di Adelaide dulu. Terjumpanya di Econsave. 
Pemprosesan.
Versi bulat biasa...
Sama sahaja.

My Bulus @ Chicken Soup Time

Salam akhir tahun 2016. Di hari terakhir berada di tahun 2016 ini, sebagai penutup tirainya, aku hanya nak menyelitkan sedikit perihal anak kucing aku. Ini sebagai kenangan aku juga nanti. Aku yang nak mengukir memori ini agar suatu hari nanti, dapat aku mengimbau kembali tulisan ku di Ahwaalulhayah ini.

My anak-anak bulus ni suka makan sup ayam, terutamanya Terry White dan anaknya Rebecca Terra. Dua beranak ni, seawal mereka tercium bau sup ayam lagi dah mengiau-ngiau mengekori kaki aku. Geli hati juga menengok kelakuan mereka yang tak berhenti meminta. Sian pulak mereka terpaksa menunggu. Daripada sup tu panas2, aku kena sejukkan dulu. Lepas tu hiris kecil2 isi ayamnya. Barulah disuakan pada mereka. Apa lagi... diam tak mengiau lah mereka menikmati sup yang sedaplah agaknya bagi mereka. 
Dari kiri atas kanan dan bawah; Terry White, Rebecca Terra dan Layona Daira (Adik)

Sup ni bukanlah perfect resepi sup seperti yang kita makan tu. Aku cuma merebus seketul ayam bahagian isinya sahaja tanpa apa2 perasa atau rempah semua tu. Tapi agaknya cukup membangkitkan selera mereka. Ini merupakan salah satu makanan berkhasiat bagi mereka. Ada sekali tu, berkebetulan ada sayur labu di rumah, maka bolehla aku campurkan rebusan isi ayam dengan labu tu.

Aku pernah juga dulu2 bagi pada kucing2 aku ni makan makanan basah dalam tin. Tapi selepas tu mereka akan berak cair. Mungkin makanan basah tidak sesuai untuk kucing2 aku, berbeza dengan sup ayam ni, rasi dengan perut mereka.

Di waktu yang lain...↓↓
Diantara kucing2 aku yang di atas ni, ada yang telah berada di tangan keluarga angkat mereka. Aku sejujurnya merindui mereka. Sehingga adakalanya jatuh air mata aku bila teringatkan mereka. dah macam anak pulak. Hanya pencinta kucing seperti aku sahaja yang memahami situasi ini.


Dikala yang lain pula... ↓↓↓

 
 
Semoga bulus2 ku sentiasa sihat ceria... aamiin... I Love You all.

Wednesday 28 December 2016

Wordless Wednesday (About Terry, Daisy @Tiger)

Terry White
Tiger Daira
Daisy Dingo

Monday 26 December 2016

Service Mesin Jahit

Berbulan dah aku asyik duk pening dengan kerenah mesin jahit tepi aku ni. Berkali2 aku cuba adjust kemudian try and error jahit tapi tetap benang nak terlucut juga. Last2 aku dah malas.... sebab dah tak tahu nak buat macammana melainkan kena cari pakar untuk memeriksanya. 

Mujurlah jugak aku ada satu lagi mesin jahit tepi yang portable. Still boleh pakai yang tu sementara menunggu yang industri sihat. Hehe... 

Cuba cari contact dari beberapa sumber untuk mendapatkan orang yang boleh membaiki dan servis mesin jahit ni. Dulu aku dah kenal dengan seorang Wak ni dan dia pun pernah datang membetulkan mesin aku. Tapi dia buat sambilan saja. Datang pun kurang peralatan yang dibawanya. Jadi jika nak ganti apa2, kita kena sediakan dulu.

Kali ni aku nak rawat betul2 mesin aku ni. Sejak 8 tahun belinya, belum pernah sekali pun servis. Eh... malu pulak bagitau. Tapi benarlah tu. Sebab tu agaknya dia meragam sikit.

Aku minta pula Hubby cari2kan orangnya. Dapat lah cari orang ni dalam mudah.my. Review pasal dia bagus dan ada suggestion untuk dapatkan khidmat dia. Ok hubby pun buat la appointment dan decide datang pagi ni. 

Mula operasi
Tukar minyak
Tengok, sampai dah kuning dah minyaknya. Ha ha...
Tapi dapat cover malu sebab dia kata, ada lagi yang lebih teruk dari ni... hingga minyak tu dah bertukar hijau dah. Berkulat agaknya... hehe...
Orangnya selamba je, banyak bercerita dan berkongsi ilmu dia ni. Banyak bagi tunjuk ajar perihal penjagaan mesin jahit ni. Ajar apa nak buat jika rosak itu dan ini walaupun kita tak tanya. Apalagi jika kita bertanya. Cuma orangnya serius dan sukar untuk senyum. Agaknya dah itu watak dia.

Servis dia bagus, dibuka check satu2 apa yang tidak kena. Nampaklah akan kemahiran yang dia miliki.
Alang2 dia dah datang, aku minta tengok2kan sekali mesin jahit tepi kecil aku tu. Memang jahitan ok, tapi berbunyi bising masa mesin tengah beroperasi. Aku minta dia serviskan jugak. Tengokla... dia buka sampai tinggal rangka. Rupa2 ada salah satu skru kat dalam yang longgar hampir tertanggal. 

Alhamdulillah lepas dah servis tu, kedua2 mesin jahit tepi aku tu dah excellant macam baru... happy sangat aku.

Jika berminat boleh hubungi Viky (011-33061072). Ofis dia dekat Klang. Dia tak charge kos pengangkutan untuk area Selangor dan Kuala Lumpur. Ini saja2 aku berkongsi, bukan dapat apa2 imbuhan pun ya... jangan salah faham pulak.

Thursday 22 December 2016

Nasi Dagang Ala Nasi Perantau

Tetiba hari ni rasa macam teringin pulak nak makan nasi dagang. Ya lah asyik duk sebut2 dan tulis  je tentang keenakan Nasi Dagang Wakaf Bharu yang tengah famous sekarang ni di restoran keluarga mertua di KB. Lagi pula masa balik kampung hari tu, warung cawangan satu ditutup kerana taukehnya nak balik kampung belah isterinya, jadi tak dapat la aku merasa nasi dagang tu.

Terajin la pulak petang ni. Maka aku pun keluarkanlah stok beras nasi dagang yang di beli masa balik kampung dulu yang entah dah berapa lama simpannya. Lama sangat dah simpan.Tapi masaknya aku still malas nak ikut step. Masaknya sikit sangat. Hanya untuk 2 orang makan dan lebihkan sikit je. 

Jadi nak cepat, aku hanya rendam beras nasi dagang tu sekejap dan masak terus macam masak nasi putih biasa menggunakan rice cooker je. Bahan seperti bahan asal ramuan nasi dagang, cuma tidak kukus je. Yalah sendiri mau makan katakan. Masak serba ringkas. Jika nak tahu cara yang sama macam ni lah juga yang aku selalu buat masa di Adelaide, Australia selama 4 tahun dulu.
Ni lah hasilnya yang tak seberapa dari segi rupa. Kurang kilaunya hehe...
Makan bertambah pulak sebab dah lama tak makan nasi dagang ni.
Set nasi dagang dan lauk gulai ikan tongkol versi Kelantan, 
so tiadalah wujud acarnya sebagaimana versi Terengganu.
Jemput makan2...

Wednesday 21 December 2016

Wordless Wednesday (Daisy Sleeping Again)

My dear Daisy Dingo... I wish you a good night... 
Have a nice sleep & sweet dream...

Tuesday 20 December 2016

Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (2) Kota Bharu; Resepi Warisan Bonda Sejak 15 Tahun Lalu; Aim To Be The Best Nasi Dagang Restaurant In Malaysia

Salam sejahtera untuk semua, 
Dengan penuh kesyukuran buat-Nya, kali ini ingin aku mengkhabarkan tentang pembukaan cawangan ke-2 Restoran baharu Nasi Dagang Wakaf Bharu, yang terletak di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Amboi banyaknya perkataan 'baru' tu... Alhamdulillah, Peniagaan keluarga makin berkembang dan bermotivasi. Aku pun turut berbangga, apa taknya, tauke restoran tu yang merupakan adik2 ipar aku juga dan masih muda2 lagi mereka tu. Dengan semangat yang sentiasa membara dan cita2 yang sentiasa berkobar, mereka berjaya melebarkan lagi sayap perniagaan yang kian laris masa kini, industri makanan restoran dan katering. 

Aku pernah bercerita dalam 'ahwaalulhayah' ini pada 5 tahun dulu serba sedikit tentang Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu 1 (NDWB) ni... dan kali ini pula cerita aku lebih menjurus kepada pembukaan NDWB (2) yang mula beroperasi pada Isnin 12 Desember 2016, baru saja berusia 9 hari (lebih seminggu) dalam operasi.
Restoran NDWB (2) ini boleh dikunjungi di alamat :
Dalam Bangunan Wisma MGU, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu Kelantan.

Waktu operasi : 
Setiap hari 8.00am - 10.00pm

Jika anda berminat untuk membuat tempahan samada untuk perkahwinan ke, majlis raya ke atau apa2 yang berkenaan boleh hubungi talian :-
0111-1199946 (Wanie)
&
012-6728997 (Wan)
Dengan mengambil dan mewarisi pengalaman perniagaan sejak dari zaman nenek lagi, kemudian ibu, kini 2 beradik ini, En Ridzuan dan Puan Shazwani serta suaminya Bawie juga bonda, bergabung tenaga untuk meneruskan perniagaan keluarga ini. Tenaga bonda Siti Hasiah dan kakitangan lain tidak kurang hebatnya. Bonda masih bersemangat dan merupakan tulang belakang penting dari balik tabir. Air tangan bonda masih dapat dikecapi dalam masakan NDWB. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat bonda.

Perniagaan yang ditubuhkan sejak 15 tahun yang lepas, bermula dengan warung kecil nasi dagang di hadapan Klinik Wakaf Bharu yang masih beroperasi hingga kini. Perniagaan warung ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga tempatan Wakaf Bharu dan kawasan sekitarnya. Dengan sokongan ini, telah memberikan lebih motivasi untuk mereka membesarkan perniagaan dengan membuka sebuah restoran di Bandar Kota Bharu. 

Restoran baharu ini juga menyediakan pelbagai masakan istimewa dengan rasa yang sangat sedap dan menyelerakan. Mereka juga menerima tempahan dan katering untuk pejabat2 dan majlis perkahwinan juga majlis perayaan. Dengan pengalaman luas keluarga dalam perniagaan makanan dan kuih-muih sejak puluhan tahun bermula di pasar lama Wakaf Bharu, mereka yakin yang Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB) mampu menawarkan perkhidmatan terbaik dan boleh memuaskan hati para pelanggan. 

Antara menu terbaik yang di sediakan di sini adalah 'Nasi Dagang VIP', 'Lontong Bonda', juga 'Laksa Adinda'. Terdapat juga menu nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk. Tidak ketinggalan juga mereka menambahkan pelbagai menu masakan panas mengikut kehendak pelanggan. Jadi silalah berkunjung ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB) jika ingin menikmati dan mencuba juadah-juadah yang sedap ini.
Majlis solat hajat diadakan sehari sebelum perasmian pembukaan.

Kad jemputan di hari pelancaran dan perasmian ↓↓
Pada Ahad,  11 Desember 2016 jam 12.00 tengahari hingga 3.00pm.

Jom kita lihat suasana dalam restoran dan pengunjung pada hari perasmian restoran....
Ahli kumpulan penggerak NDWB(2)
Puan Wanie (berbaju merah) dan jemputan.
Puan Wanie adalah 'superwoman' & tauke NDWB
Duduk dari kiri, En. Bawie (suami Puan Wanie), Piya (pemain bola sepak), En.Ridzuan (Tauke NDWB) juga anak ketiganya Muaz.

Feedback dari facebook....↓↓↓

Jom kita tinjau pula menu2 special di NDWB(2) ini......
 
'Signature Dish'
Trademark & Special menu NDWB.

Nasi dagang ikan : Rm4.50
Nasi dagang ayam : Rm4.50
Nasi Dagang Special : Bergantung permintaan lauk.
Antara menu sarapan pagi....↑

Lauk pauk tengahari↓↓↓...
 

Seksyen ulam-ulaman..
 

Salah satu menu masakan panas.

Antara special minuman yang disediakan....
Soda Herb Drink... mesti cuba baru tau rasa...
Special bandung cincau...
Bandung & Manggo juice

Feedback through whatsapp & facebook...
 
Siapa yang tak happy dan puas hati bila tengok pelanggan makan sampai licin... hehe...
 
Ini adalah tempahan untuk majlis kecil yang diadakan dalam Restoran NDWB(2)...
 
Pekerja yang bersemangat, masih mampu bekerja dalam keadaan sakit kaki akibat kemalangan... Semoga cepat baiknya.

NDWB & Pengunjung↓↓↓....
 
 

Pelanggan jauh dan dekat....

Di bawah ni aku sisipkan jugak beberapa suasana yang boleh dilihat di Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu (1)↓↓↓.... ,warung asal yang masih utuh dan gagah beroperasi hingga kini. 
 
 

Sesungguhnya sebagai sebuah restoran ke -2 yang masih terlalu baru, mereka amat memerlukan sokongan dari semua pihak untuk bergerak lebih maju. Matlamat mereka adalah ingin menjadi sebuah restoran terunggul di Kelantan dengan menu sajian yang terbaik untuk para pelanggan mereka. Sokongan pelanggan dapat merealisasikan dan sama-sama mencipta sejarah dan kemajuan restoran ini.
"Jika melancong ke Kota Bharu, mesti melencong ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB), Ingat Kota Bharu... ingat Nasi Dagang Wakaf Bharu..."

Sekian Terima Kasih.... 

***Sumber gambar dari mobile :-
1. Puan Wanie 
2. En. Duan 
3. En. Bawie
4. En. Manaf
5. En Sujairie
6. Sr. Dr. Sufian