Total Pageviews

Friday 31 May 2013

TanGanKu SaYang

Berkisah.......
Semalam aku telah ditidurkan dengan sengaja. Tidak terasa orang-orang berbuat sesuatu pada tapak tangan kiriku. Tidak terasa ada hirisan, torehan dan jahitan yang dibuat malah aku tidak mampu untuk merasa sakit. Pembedahan kecil ini berlaku mungkin dalam setengah jam sahaja setelah aku dibius. Aku menganggap aku hanya separuh sedar, tapi aku di tidurkan semua sekali. Mungkin aku tertidur ketika sedang bersembang-sembang dengan pakar bius yang sengaja bercerita supaya aku dapat mengurangkan rasa takut ketika itu.

Sedar-sedar bila mendengar sayup-sayup seorang nurse memanggil-manggil nama aku seperti mengejutkan aku dari tidur. Dia menjelaskan sesuatu kepada aku dalam bahasa Malaysia dan kemudiannya berlalu pergi. Terkejut aku, dari mana dia, sebelum aku masuk ke sini, tak ada pulak aku ditemukan dengan dia.... Aku faham dan mendengar dengan baik apa yang dia bagitahu aku, tapi lepas tu aku tertidur semula. Peliknya lepas tu aku macam lupa balik apa yang dia bagitau aku masa tu... rasanya aku bukan bermimpi...
Bila aku terjaga semula, aku bertanya kepada nurse yang sedang menguruskan aku ketika itu, sekarang ni dah jam berapa dan di mana aku berada sekarang. Rupanya aku telah berada di recovery room.... 
Ketika tapak tanganku mengalami kesakitan dan bengkak.

Bermulanya kisah ada ketulan kecil wujud ditangan aku sejak februari 2012. Namun disebabkan tiada apa-apa kesakitan yang aku rasa melainkan hanya ketidakselesaan ketika membuat kerja, bertongkat dengan tangan dan ketika memandu, maka aku biarkan ketulan itu bertapa di situ sekian lama, sehingga lah selepas sebelas bulan kemudiannya. 
Mungkin ada satu ketika tu, aku sedikit lasak membuat kerja, sehingga memberi kesan kepada tangan aku tu agaknya. Tapak tangan ku memerah dan mula membengkak. Bengkak menjalar hingga ke tengah tapak tangan dan di atas sendi jari tengah aku. Masa tu baru aku rasa sakit yang berdenyut-denyut. Sesekali aku tidak mampu bersabar dengan kelenguhan yang aku rasa pada seluruh tangan kiri aku bermula dari bahu hingga ke hujung jari terutama pada malam hari dan waktu pagi. 

Dah jadi begini, baru aku jadi rajin untuk jumpa doktor. Tersangat gerun dengan cara doktor check masa tu. Sehingga bawah lengan dan ketiak pun dia check. Tak puas hati, dia call lagi seorang doktor lain datang dan minta pandangan. Aku diminta buat x-ray dan datang lagi pada appointment lain. Selain tu aku kena ambil dua set antibiotik (kerana satu set belum dapat mengurangkan bengkak)

Salah satu set antibiotik yang terpaksa di ambil untuk melegakan bengkak di tapak tangan aku. Alhamdulillah, mengecil juga dia akhirnya...

Ultrasound yang diambil. Masa ni tangan aku sedang sakit membengkak.


'Ganglion Cyst' adalah satu perkara biasa berlaku. Ianya tidak membahayakan individu berkenaan sekiranya tidak sakit atau tidak berlaku apa-apa effection. Tetapi sekiranya sakit dan membesar atau membengkak, ianya patut dibuang. Jika tidak kes yang sama berkemungkinan akan berulang.

Aku di rujuk ke 'The Queen Elizabeth Hospital', punyalah lama nya masa yang diambil, selepas hampir 3 bulan baru dapat appointment. Pastu ada cancel-cancel tarikh pulak tu. Boleh jika nak cepat, pergi private, tapi berapa pulak kami yang tak mampu ni nak bayar. Dah hilang sakit sikit, mula lah abaikan semula....
Semasa lawatan kali pertama selepas dirujuk ke sini. Keputusan doktor, lebih baik dibuang supaya nanti kes yang sama tidak berulang. Kena tunggu tarikh lain pulaklah....

Tengah mengutip dedaun pokok yang luruh depan rumah di satu pagi tu, ada posmen datang hantar surat ni...



Siap dengan dah buat highlight dengan marker pen dah.
Banyak pulak borang yang aku kena isi untuk diserahkan pada hari Pre-Admission tu....

Appointment masa hari Pre-Admission tu, aku kena jumpa dengan 4 individu terlibat... pharmacist, nurse, anesthetist  dan juga surgeon. Kebanyakan soalan yang ditanya adalah lebih kurang sama, pasal kesihatan, ubatan, alahan, makanan, sejarah kesihatan keluarga, rumah aku macammana, tinggal dengan siapa... macam-macamlah sampai malas dah mulut mengulang jawapan yang sama. InsyaAllah aku akan ingat semua pesanan untuk hari operasi tu nanti.
 Appointment asal berubah dari jam 7.00 am kepada 10.00am. Tapi kekadang masa bukan boleh dijaga ketepatannya. Aku dipanggil masuk pada jam 12.00 tengahari.
Minum teh dengan cheese sandwich selepas keadaan stabil pada jam 2.35pm. Aku yang berpuasa sejak tengah malam, malam tadi dapat menelan dengan berselera sekali... :-)
Setelah semua keadaan ok, aku dibenarkan keluar kira-kira lebih jam 3.00 pm dengan kesan kebas pada tanganku masih tebal terasa sehingga ke jam 9.00 malam. Bila rasa kebas hilang, baru aku dapat rasa sedikit sakit yang berdenyut pada tangan aku tu. Mungkin perkara biasa. Dalam masa 10 hari, aku ada appointment  ke sini lagi untuk datang tanggalkan jahitan.

Posted by Picasa

Thursday 30 May 2013

ManuSia & DuNia

Renungan berhikmah :-

Enam pertanyaan Imam al-Ghazali rahimahullah kepada anak muridnya :-

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
   Jawapan : Mati, semua manusia akan merasai mati tanpa mengetahui masanya.

2. Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia ini?
   Jawapan : Masa lalu yang terus pergi dan tidak akan kembali lagi.

3. Apakah yang paling besar di dunia ini?
   Jawapan : Hawa nafsu yang sentiasa mempunyai cita-cita dan angan-angan.

4. Apakah yang paling berat di dunia ini?
  Jawapan : Memegang amanah yang tidak sanggup di pikul oleh makhluk lain   selain manusia.

5. Apakah yang paling ringan di dunia ini?
   Jawapan : Meninggalkan solat. Solat dikebelakangkan dari tugas-tugas lain.

6. Apakah yang paling tajam di dunia ini?
   Jawapan : Lidah manusia yang mudah menyakiti dan melukai orang lain.




Monday 27 May 2013

Scarves


Bersama Puan Judith dan 2 orang pelajar praktikal dari Universiti Flinders.
Antara skaf yang terhasil.....

1 x ball 100g dan dengan hanya cast on sebanyak 5 stitches.....


Terancang dalam fikiran aku, memang plan nak bagi hadiah kenangan kepada teacher Kay... Antara dua, dia memilih warna pink gelap ini.
 
 Tak sangka, dia yang aku rindu-rindukan, terserempak di sini secara tidak sengaja. Katanya dia ikut seminar pasal pemanduan tadi. Dia baru habis dan aku pulak baru nak mula kelas masa tu. Terus aku pakaikan dia skaf tu.
Pattern yang sama dari 1x 100g ball di atas dan ikut pattern yang dibawah ni.....

Terhasillah yang di bawah ni.....
 
Lagi yang sama cuma berbeza warna sahaja......
 Pink antara warna kesukaanku.....
Yang bawah ni pulak....
Mengikut pattern yang sedikit mencabar ketelitian....
Kerana di cast on dengan 40 stitches, tapi jangan sampai tergelincir jarumnya.... Hasilnya...
Namanya 'Frill Shawl' .... 
 
Kerja dari minggu lepas, teacher suruh praktiskan dengan wool yang rambu-rambu ni..... 'ostrich wrap'.

Mengikut pattern yang juga dibekalkan....

Mula-mula tengok jarum ni terkejut juga... besar sangat... sama besar dengan ibu jari aku... :-)... Aku berusaha cari yang second hand, sebab yang baru mahal lah sikit. Bila jumpa, pelik dan kecewanya sebab hanya ada satu jarum je. Mak cik tu tanya, jika hanya ada satu, macammana awak nak knitting...? Aku kata tak apa, aku nak juga dan mak cik tu pun bagi aku dengan harga 20 sen. Plan dalam kepala nak cari batang kayu yang sama besar dengannya. Aku pernah tengok kat 'cheap as cheap' shop, ada pensel yang sangat besar di jual di situ. Haaa... besar tulah... aku rasa boleh di regukan.... Tapi macammana jarum  saiz 15 boleh ada 3 dalam gambar tu...?
Tengoklah beza saiz jarum dari saiz 5 dan 6 dengan saiz 15 tu....
Baik punya teacher, katanya dia ada jarum tu dua pasang yang orang bagi pada dia, so dia bagilah kat aku sepasang. Jika tau dia nak bagi, tak payah susah-susah aku gi cari... Tak apa... kurang-kurang aku ada usaha, menandakan ada semangat nak tahu...
Hanya sebahagian kecil dari koleksi jarum yang aku ada.... semangat betul ni....
 
Tugasan sedang berjalan, mengait dengan jarum besar. Tok guru dah pesan supaya hati-hati jangan sampai tergelincir benang atau terlepas jarum , nanti kecacatan akan jelas kelihatan dengan lubang yang besar akan terjadi. Untuk menyiapkan pattern ini, memerlukan 4 x 50g balls rambu-rambu tadi.
 
 Siap.... dwifungsi kegunaan... Boleh di pakai sebagai shawl dengan membuka lebar begini atau....
Sebagai skaf sahaja bila digulung begini......

Nampak pada idea Puan Judith, masih banyak yang perlu aku tahu tentang bab-bab ni...
  
Posted by Picasa

Sunday 26 May 2013

CuP CoSy PatTern

Selepas berkali-kali mencuba dan berusaha sebagai orang yang baru.... akhirnya dapat juga aku menyiapkan 'cup cosy' yang sama seperti di dalam pattern, sedikit berbeza dari yang aku siapkan sebelum ini.
 Kiri adalah gambar dari copy pattern dan kanan adalah yang aku dah siapkan.
Jika ada kawan-kawan yang berminat, bolehlah cuba ikut pattern ni, insyaAllah dapat. Pattern ini aku terima dari tok guru knitting aku tu lah. 
Sebagaimana aku pernah cerita hari tu, kerana tiada salah satu jarum yang diperlukan, aku tak dapat ikut pattern sepenuhnya dan cikgu tu minta aku tukar cara, yang bahagian tu cuba gantikan dengan knit sahaja. Bila dah siap, hasilnya jadi macam gambar kat atas ni.

Belum berpuas hati, aku hari tu sebenarnya berusaha mencari untuk mendapatkan satu jarum kait yang dinamakan 'cable needle' sehingga aku menemuinya di salah satu kedai yang mana aku telah ditunjukkan oleh seorang mak cik tu. Dia tunjukkan saiz mana yang aku perlukan dengan saiz wool yang aku sedang buat. Terima kasih kepada mak cik tu. 

Dengan hati yang berbunga riang, aku bawa cable needle tu ke kelas untuk meminta tunjuk ajar daripada cikgu aku tu. Rupanya, terkejut aku bila dia mengaku dengan ikhlas yang dia tidak pernah menggunakan cable needle sepanjang dia mengait ni. Aku percaya... sebabnya kelas ini pun hanya yang simple sahaja. Memang benar, apa yang dia cuba cadangkan selepas tu tidak menjadi. Tapi aku tidak salahkan dia, no worries....

Belum berpuas hati, aku cuba lagi di rumah, try and error, curi-curi belajar melalui internet seminit dua (warning hubby jangan tengok you tube sangat, nanti cepat habis data dengan budget kami :-)) dan alhamdulillah aku mendapat hasil yang sama macam dalam pattern.
Kiri, dengan menggunakan cable needle manakala kanan hanya dengan kaedah knit.
 Tali air untuk cangkuk butang.
 Di letakkan butang atas dan bawah.
 Siap tercangkuk butang... dan boleh pakaikan pada mug.
 
  
 Sekalipun namanya 'cup cosy' tapi sebenarnya ia lebih sesuai untuk dipakaikan pada mug :-).... Sekadar untuk dibuat hiasan dan menjamu mata yang memandang...