Total Pageviews

Monday 20 May 2013

Menyusuri Bangunan Menarik Di Port Adelaide

Berkesinambungan dari selepas memanjat Port Adelaide Lighthouse, kerana cuaca tersangatlah elok hari tu, aku mengambil kesempatan berjalan-jalan disekitar kawasan berdekatan. Jika sebelum ini aku hanya memerhatikan kawasan ini dari jauh semasa berada di atas kenderaan dan tak terfikir pula untuk merayau-rayau dengan berjalan kaki. 

Dulu, kerapkali juga aku mengikut hubby bertugas sewaktu aku cuti sekolah. Bila ada rombongan pelajarnya dibawa ke mana-mana destinasi untuk melihat dan mengkaji bangunan-bangunan lama di Malaysia. Kadang-kadang ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan (sambil menyelam minum air, opps atau pepatah sini kata 'guna satu batu untuk membunuh dua burung' lebih kuranglah) atau ke mana-mana negeri yang mempunyai bangunan lama bersejarah. Jika Ke bandar Klang tu aku malas pulak nak ikut. 

Aku cakap pada hubby, jika boleh bawa rombongan pelajar dia datang Adelaide, sini mungkin boleh jadi salah satu tempatnya. Berangan sajalah aku ni.

Di hadapan bangunan 'Fishermen's Wharf Markets'. Kat dalam ada banyak tempat untuk mencuci mata... :-)

Di tangga pintu masuk 'Fishermen's Wharf  Market', asal market dibuka sejak lebih 20 tahun lalu nampak lusuh bila berdindingkan macam zink. Dalamnya luas, dua tingkat dan terdapat lebih 120 buah stalls yang menjual pelbagai barangan.
 Sedikit keadaan dan suasana di dalam market. Memang sesuai untuk hanya mencuci mata.
Di belakang atau tepi market, boleh keluar ambil angin sejuk di sini... walaupun dah sedia sejuk. Satu kembara lagi boleh dilakukan di hujung sana dengan menaiki feri dan jika bernasib baik, kita berpeluang melihat dolphin berenang. InsyaAllah akan ada cerita lagi nanti.

Aku terus menyusuri jalan-jalan di sekitar, melalui beberapa bangunan yang menarik dipandangan mata dan yang agak menampakkan usia serta ke'sejarahan' bandar ini. Tetapi tiada hendak panjangkan cerita sejarah tu, cuma aku nak abadikan kenangan aku di sini.
 
 
  
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini macam kat bandar lama Klang atau Kota Bharu je...


Jika melawat ke negeri lain selain dari South Australia pun, sanggup kita berjalan kaki jauh untuk pusing-pusing kawasan, apa salahnya kita jadikan tempat sendiri pun macam tu juga. Baru kita rasa di situ sebenarnya ada keistimewaan untuk di abadikan bersama pengalaman kita.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment