Total Pageviews

Friday 25 December 2020

Oyster Frozen

Assalamualaikum wbt... 

Bersama doa agar kita semua sentiasa selamat dan sejahtera dari segala keburukan dan ancaman yang tidak baik. 

Hari ni NS ingin abadikan serta kongsikan cerita tentang oyster frozen yang hubby NS beli di Lazada. 

Nampak best ke tak..? Sekali pun frozen tapi still ada rasa fresh tau... 
Ini dia yg masih dalam packagingnya. Dah siap di buka. Mudah la sikit kan. 

Percaya atau tidak, tapi harganya semasa beli adalah rm8.00 untuk 5 pieces. Boleh tahan murah harganya kan... Kami cuma beli 3 set.. just buat try dulu. Ermmm... InsyaAllah jika masih dengan harga ini, boleh la repeat order di lain masa.
Kali ini NS agak terlajak masa sikit membakar oyster ni. NS selalunya suka yang ala2 hampir mentah. gitu... 
Ini ketika masih fresh yg NS susun di dulang pembakar.
NS just perah lemon, sos sweet cili thai (konon2 pengganti sos tabasco yg tiada dlm stok dapur), white pepper dan sedikit cheese parmesan.
Sebelum di bakar guna oven.
Looks masih fresh kan...
Siap,,, terlajak masa ni😁😁😁
Terasa nikmatnya menghirup kuah terus dari cengkeram oyster ni... 

Tip NS, kunyah perlahan isi oyster bagi merasai lebih nikmatnya, seolah kita menghayati rasa isinya... πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„✌️✌️

Ok... Selamat semua ya, jaga diri dan sentiasa patuh SOP musim ini ya... Wassalam...πŸ˜€









Saturday 5 December 2020

Kway Teow Kungfu Lobster

 Assalamualaikum wbt... 

Menu NS kali ini bukanlah satu yang baharu. Serata ceruk rantau pun ada, especially kedai2 makan menu Thai. Cumanya NS masukkan satu versi yang sedikit berbeza. NS masukkan lobster ke dalam hidangan kway teow kungfu kali ini. 

NS sendiri pun jarang2 dapat menikmati lobster, apa tidaknya,,, semua pun tahu dengan harganya...☺️☺️☺️

Hubby NS membelinya dari lazada dengan harga offer. Inilah pertama kali kami beli lobster mentah☺️☺️.

Kway teow lobster versi NS

Bersesuaian dengan namanya kway teow kungfu lobster, sememangnya tiada lauk lain di dalamnya, tiada ayam, tiada sotong dan tiada udang melainkan lobster semata2 bersama sedikit sayur.

Bahan2 yang NS gunakan :

A. Bahan untuk kuah:
  1. 2 ekor lobster (di rebus seketika)
  2. Separuh biji bawang besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. Sedikit white pepper powder
  5. Serbuk stock ayam 
  6. 3 sudu makan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  7. Sedikit garam
  8. Carrot
  9. Brokoli
  10. Putik jagung
  11. Cili merah
  12. Bok choy
  13. Sedikit minyak untuk menumis
  14. Air secukupnya
B. Bahan utk kway teow :
  1. Sepeket kecil kway teow (utk 4 - 5 orang)
  2. Sebiji telur
  3. White pepper powder
  4. Sedikit garam
Cara NS masak kuah :
  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumiskan bawang merah dan putih hingga hampir garing. 
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Masukkan sayur ikut turutan yg mana lambat lembut dulu, spt carrot, kemudian putik jagung dikuti brokoli dan akhirnya cili merah serta bok choy. Rasakan biar secukup rasa.
  5. Sekejap kemudian selepas masukkan sayur bok choy, masukkan tepung jagung yg dibancuh awalnya dengan air suhu biasa. 
  6. Kacau sebati dan bolehla tutup api.
Cara NS goreng kway teow :
  1. Pecahkan telur, masukan sedikit garam dan serbuk white pepper. Kacau sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak (dalam 4 ke 5 sudu mkn) dalam kuali.
  3. Ambil anggaran satu portion kway teow utk setiap orang makan, curahkan sedikit telur padanya dan gaul. 
  4. Goreng kway teow hingga kekuningan atau golden atau mengikut tahap kegaringan kesukaan masing2. 
  5. Terbalikkan. Dah masak angkat.
  6. Siap untuk dihidangkan.
## NS letak kway teow dalam pinggan dalam atau mangkuk, kuah dan sayur serta letakkan lobster yg telah di belah dua. Sesimple tanpa hiasan tambahan. Seringkas mungkin.✌️πŸ˜„
NS hanya rebus kosong sahaja lobsternya.


.... Dan di belah dua...

Kuah untuk kway teow

Kway teow yang telah di goreng.

Sesimple, secukup dan sesedap rasa.
Alhamdulillah... Terima kasih...✌️✌️✌️



Friday 4 December 2020

Grill Salmon Simple

Assalamualaikum wbt... 

Agak sekian lama juga NS tak bercerita di sini, asyik bertangguh, cerita banyak yg tertunda... Bukan cerita apa pun, just diari kehidupan NS sendiri. 

NS doakan semua yg di luar sana sentiasa selamat sejahtera dan sihat selalu hendaknya, terhindar dan dijauhkan dari segala mudharat, dilindungi dari wabak covid 19, yg masih lg berleluasa di mana2. Stay home stay save ya, take care sentiasa.... ✌️✌️✌️...
Grill salmon, dinner tadi... Ringkas tapi rasa tetap menawan...

Semalam , order en hubby dari lazada telah sampai. Ambik masa sehari je proses penghantarannya. Cepat betul.  Jadi cepat juga la NS nak mencubanya... 

Ini cara seller packing, nice sangat, pack satu2. Jadi NS boleh terus simpan dalam freezer. Tak payah asing2kan ikut kuantiti sekali masak dah. Beli banyak juga, 5 kg🀭🀭,,,, offer punya pasal dan nak dapat free shipping katakan😁😁.


Bahan2 yg NS pakai :
  1. Slice ikan salmon (ikut bilangan perlu)
  2. Serbuk segera black pepper (garam tak perlu kerana dah ada rasa masinnya dan secukup rasa)
  3. Sedikit planta
  4. Sedikit minyak zaitun
  5. White pepper powder
  6. Sayur brokoli carrot dan lemon (mana2 yg sedia ada di rumah je) atau apa salad kegemaran.
  7. Sup cendawan pekat (NS jadikan sos)
Cara NS masak : 
  1. NS basuh ikan salmon dgn tepung gandum.
  2. Lumurkan dgn serbuk black pepper segera.
  3. Sediakan kuali untuk meng'grill'. Panaskan minyak zaitun dan sedikit planta. 
  4. Grill ikan sehingga masak... Lebih kurang 5 ke 7 minit each side dgn api perlahan. Masa ni NS springkle kan la jugak dgn white pepper powder sebagai penambah rasa... NS suka dgn rasa white pepper ni sebenarnyaπŸ˜€...
  5. Sambil2 membakar tu, NS sediakan salad tu... Rebus sekejap carrot dan brokoli. Rebus sekejap je dan jgn bg lama mendidih. Kemudian angkat dan rendam dlm air sejuk. Boleh letak dlm air berais sbb nak hentikan proses cook dia tu, tapi NS hanya rendam dgn air sejuk biasa je... 
  6. Bila salmon dah masak, angkat dan letak dalam pinggan hidang. Toskan air dari sayur dan terus masukkan sayur ke kuali grill tadi... Grill sekejap je dgn baki olive oil dan planta yg diguna utk grill salmon... Nak bg dia nampak berkilau dan rasa lemak katakan... 
  7. Angkat dan hidangkan...
  8. Curahkan sup cendawan pekat yg dipanaskan ke atas ikan salmon atau boleh di isi ke mangkuk kecil sebagai sos. 
  9. Jika rajin lg, boleh buat sos khusus yg special ya... NS ni kira nak cepat dan ringkas je...πŸ˜„πŸ˜„
Mula meng'grill'

Setelah diterbalikkan

Hidangkan mengikut kreativiti masing2. NS gemarkan perahan lemon ke atas salmon bg mengurangkan rasa muak.

Jom... ✌️✌️πŸ˜€

Sehingga berjumpa lagi ya... InsyaAllah... 




Friday 29 May 2020

Salam Jumaat 29/5/20

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dalam mengharungi ujian yang insyaAllah pasti membawa hikmat atas setiap apa yang berlaku...

Sumber dari : whatsapp group

Sunday 24 May 2020

Salam Syawal 2020 / 1441-H (PKPB)

Jadikan 1 syawal tetap sempurna, di mana pun kita berada, dengan cara sendiri, jauh di mata dekat di hati. 

Monday 11 May 2020

Kuih Bakar Pandan Mudah

Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadah Ramadhan buat semua yang tersinggah di ruang NS ini. Semoga kalian berada dalam keadaan selesa dan selamat sentiasa. Tawakkal kepada Allah SWT selepas berusaha dan berdoa adalah satu amalan yang membawa rahmat ke dalam hidup kita. 

Di sini ingin NS abadikan lagi kenangan yang tercatat di perjalanan hidup, walaupun simple namun berharga. 
Kuih bakar...

Dah lama sangat dah NS tak buat kuih bakar. Bertahun dah. Disebabkan bahan yang ada telah lengkap, telah tersedia hasil pembelian stok sederhana di musim PKP ini, jadi mudah lah untuk NS memproses kuih mudah ini. Macam campak2, blend dan bakar; kemudian tunggu masak je...


Bahan2- bahan yang NS gunakan :
  1. 1 cawan tepung 
  2. 1 cawan gula (adakalanya NS kurangkan lagi sebanyak suku cawan untuk kurang kan manis)
  3. 1 cawan susu cair / susu kotak pun boleh.
  4. 1 cawan santan (NS pakai santan kotak yang 250ml tu, elok2 satu cawan)
  5. 1 cawan air pandan (NS pakai air biasa dicampur dengan sedikit perisa pandan)
  6. 3 biji telur
  7. Bijan
  8. Pewarna hijau
  9. Secubit garam
  10. Sedikit minyak / butter / marjerin untuk disapu pada loyang pembakar.
Cara - cara NS buat :
  1. Sediakan blender.
  2. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) yang disukat tadi terus ke dalam blender. Blendkan biar tergaul sebati semua.
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz sedang yang telah disapu minyak tadi.
  4. Taburkan bijan.
  5. Bakar selama sejam pada suhu 180-C. Tetapi disebabkan pembakar yang NS pakai telah rosak timer dan suhunya, NS hanya on kan saja selama sejam dan lebihkan jika inginkan terlebih garing bahagian atasnya. Lagi satu cara NS ialah, selepas membakar lebih kurang 15 hingga 20 minit, baru NS taburkan bijan di atas permukaan kuih. 



Dah masak. Elok je naiknya.
Bagi hangus sikit, biar garing.
Kuih bakar NS sedia untuk dinikmati.... Selamat berbuka puasa...πŸ˜‹πŸ˜‹✌✌✌

Nasi Goreng USA

Menu ringkas dan cepat berbuka puasa dikala sibuk. Namun tidak menghampakan selera.
Nasi goreng USA
Pilihan selera berbuka.

Sunday 10 May 2020

Saturday 2 May 2020

Nugget Berulam Timun Jepun Bersos Thousand Island - Moreh 9, Selera Ringkas

Hidangan segera untuk moreh NS malam ini. 
 Nugget tempura dari ayamas brands di makan bersama timun sebagai salad bersos thousand island.
 Timun Jepun yang sangat rangup, kegemaran dan pilihan NS sentiasa. Penghilang rasa muak.
Seadanya stok yang ada. Jika salad di pelbagaikan, lagi la meriahnya kan.

Monday 27 April 2020

Ayam Butter Portion Biasa (Bukan Isi)

Hari ni NS teringat nak masak ayam butter. Erm jika ada anak saudara NS, boleh minta dia masakkan. Teringat masa dia datang hari tu, dia masakkan ayam butter untuk dinner kami. 

Walaupun dalam stok NS, tiada portion isi atau dada ayam, tapi apa salahnya kita masak bahagian bertulang pun kan. Kita sendiri yang nak makan. NS pakai je mana yang dah ada. Masak ringkas2 je...
Ini dia ayam masak butter dari air tangan NS,,, 😊😊😊

Bahan-bahan yang NS gunakan untuk perap ayam :
  1. Ayam
  2. Garam
  3. Serbuk bawang putih
  4. Tepung gandum
  5. Tepung jagung
  6. Serbuk kari
  7. Sedikit lada sulah dan lada hitam
  8. 1 biji telur
Bahan-bahan untuk Kuah :
  1. Mentega / butter
  2. Bawang putih - cincang halus
  3. Bawang besar - cincang halus
  4. Cili padi, ikut kepedasan - potong halus
  5. Daun Kari
  6. 1 keping cheese cheddar
  7. Susu kotak ( jika guna susu cair lagi sedap)
  8. Gula
Cara-cara NS :
  1. Lumurkan ayam dengan dengan bahan2 perap. Goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan letakkan butter. NS letak sekali dengan sedikit minyak supaya butter tidak hangus.
  3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, hingga garing
  4. Masukkan cili padi dan daun kari.
  5. Masukkan susu, kacau, perasakan dengan gula.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul serata dan siap....

Ayam yang telah NS gaul dengan bahan perap.

Bawang sedang ditumis
Susu cair telah dimasukkan.
Ayam yang telah digoreng
Hidangan berbuka puasa ini telah siap...  

Terima kasih...✌✌


Sunday 26 April 2020

Mihun Goreng Pink Old Style Kelantan + SiamπŸ˜ƒ✌

Assalamualaikum... salam rahmah 3 Ramadhan... cepat betul masa; tup tup, dah pun masuk hari ke 3 puasa dah. Memang feel sangat bulan Ramadhan ni dek kerana hujan yang lebat pada setiap petang kat pekan NS tinggal ni... sehingga ada 1, 2 rumah yang telah dimasuki air pun, kesian mereka... mudahan Allah mudahkan urusan mereka. 

Jika ada bazar ramadhan pun, tentu gundah gulana hati para peniaga kerana hujan yang sangat lebat bersama guruh yang berdentam-dentum setiap petang. 

Hari ni, NS rasa tak nak berbuka dengan nasi. Teringin nak makan mihun goreng je bersama ayam bakar segera. Jadi tak payah la ada juadah lauk hari ni... masa memasak pun pendek... tentu la NS suka kan... πŸ˜ƒ
Jadi, tersedia la menu ini... old style mihun Kelantan ala Siam ni... NS sendiri yang letak nama tu... Mak mertua dulu, suka juga goreng mihun macam ni... masa NS zaman kanak-kanak dulu pun, NS suka beli mihun ni yang dibungkus dalam daun pisang,,, aduuuh aromanya membangkit nostalgia sangat... 
Cara menyediakannya tak payah la cerita, mudah saja, goreng lah dengan cara anda sendiri, asasnya cuma rendam lah mihun tu dengan pewarna pink... atau kuning ke,,, atau apa2 saja warna anda suka. Tapi dah NS namakan dia mihun goreng pink, kena la NS buat kaler pink,, kan... 😁😁
Ok... ini saja lah hidangan untuk berbuka petang tadi... ada sedikit kuih sagu... 
Jangan lupakan cili padi kicap,,, untuk bangkit selera... 

Sekian... sesekali boleh cuba... ✌✌✌πŸ˜ƒ

Saturday 25 April 2020

Dessert Sagu Berkuah Santan

Sebagai kuih untuk berbuka hari ini...
Berbeza sedikit dengan sagu gula melaka yang menggunakan air gula melaka dan susu cair atau santan lemak sebagai kuahnya / gravy nya... sagu ini dicurahkan dengan santan lemak yang agak sedikit pekat dan telah dimaniskanπŸ˜ƒ.
 Bahan-bahan yang NS pakai untuk sagu :

  1. Sagu
  2. Air
  3. Pewarna makanan kaler merah
Cara masak :
  1. Panaskan air dalam kuali. NS guna kuali non stik.
  2. Bila air mula mendidih, masukkan sagu dan kacau. Letak pewarna makanan. Jika sagu masih kelihatan ada putih2, itu tandanya masih ada yang mentahnya, tambah lg sedikit air untuk lebih lembut dan masak. Sentiasa kacau hingga lembut dan likat.
  3. Tuangkan sagu ke dalam bekas dan sejukkan.

 Sagu sedang disejukkan.

Bahan2 untuk kuah atau gravy :
  1. Santan kotak
  2. Tepung beras untuk pekatkan
  3. Air
  4. Gula
  5. Secubit garam
  6. Daun pandan
Cara-cara :
  1. Masukkan santan, air, tepung beras dan simpulan daun pandan kedalam periuk dan pasang api.
  2. Bila dah nampak nak mendidih, masukkan gula semanis yang di inginkan. Kadang2 tahap kemanisan yang dimahukan oleh setiap orang berbeza kan, jadi ikut la tahap kita sendiri. Satu lagi pesanan NS, jika santan masih nampak cair, boleh tambah lagi sedikit tepung beras, tapi time ni jangan masuk terus gitu je, nanti berketul2 jadinya, sila bancuh dulu sebelum tuang ke periuk ya... 
  3. Bila dah pekat dan selesa dengan tahap kemanisan gravynya, boleh la matikan api sambil terus mengacau lg dalam 30 saat... 

 Kuah santan untuk sagu.

Bila nak hidangkan, cedok la sagu ke pinggan atau mangkuk dan tuangkan kuah santan ini ke atasnya. 
Siap untuk dinikmati...

Sekian resepi mudah dari NS. Selamat mencuba...✌✌πŸ˜ƒ