Total Pageviews

Wednesday 26 September 2012

Good Bye Shallini

Minggu lepas, dua hari dia call aku. Tapi hanya sekali setiap kali panggilan. Sekali aku tak sempat jawab kerana tangan comot tengah kalut buat kuih tempahan. Dalam kesibukan, aku tak cuba hubungi dia balik. Pastu terlupa. Lain kali kalau sapa-sapa nak call aku, cuba lah paling kurang dua kali call. Mana tahu kalau orang tengah makan ke, nak kena basuh tangan dulu... orang tengah cuci pinggan ke dan tangan basah untuk kejar jawab telefon... atau orang tengah berada jauh dari telefon semasa dia berdering ke.... atau orang tengah dalam bilik kecil ke... macam-macam keadaan yang memungkinkan orang lambat angkat telefon. Eh berleter kat sini pulak aku...

Hari kedua Shallini call lagi, aku macam dah tahu apa beritanya. Lama dulu pernah dah dia bagitau aku. Cuma kali ini dah confirm. Dia akan balik India this tuesday. Mungkin lama. Belum pasti akan balik Adelaide atau menetap di negeri lain di Australia ini. Mungkin kah aku tak akan jumpa dia lagi?

Aku memang berharap nak jumpa dia sebelum dia balik India. Cuma masa aku kurang mengizinkan. Aku ada tetamu di rumah. Tapi insyaAllah aku cuba sedaya mungkin untuk datang airport bila tetamu dah berangkat nanti.

Kerana belum pasti, aku ni biasalah... suka sangat buat surprise kat orang. Belum tentu aku dapat datang ke tidak, tapi aku memang wish nak jumpa dia. Airport kan dah bertukar rupa, aku risau tak jumpa jalan untuk masuk ke Parking. Tersalah lorong sikit boleh menghala ke tempat lain. Jadi aku pergi je dengan bas. Bawa kereta ke Centro Hilton dan parking je dekat Woolworths Supermarket. Lepas tu cross jalan menuju ke bus stop. Settle problem.

Sampai-sampai je terus dia terkejut dan peluk aku. Dia tak sangka yang aku boleh masuk dan hantar dia sampai ke situ. Rupanya sebelum ni dia tak tahu pun yang pengiring boleh menghantar sehingga selepas pemeriksaaan security. Jelas aku nampak dia terharu kerana katanya aku seorang sahaja kawan dia yang sudi datang ke airport.


Akan terbang pada jam 3.00 pm dengan penerbangan qantas airlines dan akan transit di Singapore sebelum meneruskan penerbangan ke India.

Sempat lagi bergambar melalui cermin. Dia dah masuk ke dalam menunggu masa untuk naik flight. So aku balik dululah. Bye-bye Shallini, hope to see you again mate......

Tuesday 25 September 2012

Malaysian Carnival 2012

Karnival tahunan yang berlangsung hampir dua minggu lepas di Victoria Square, Adelaide CBD. Tak perasan pulak tarikhnya tahun ni jika tidak kerana ada kawan yang bagi tahu pada malam sebelumnya. Selalunya setiap tahun sebelum ini, ada kawan-kawan aku yang menyewa gerai untuk berniaga. Tapi tahun ini tidak. Aku pun tidak nampaklah kekalutan yang dilalui mereka sepanjang membuat persiapan. Sebab itulah aku tak perasan bila tarikhnya.
Kerana dah tahu susah nak cari parking dekat-dekat kawasan karnival, aku dan beberapa kawan yang sama-sama pergi, menaiki free tram selepas parking kereta di Bonyton Park.
Sampai-sampai saja, my english class teacher, Kay Nowak dah nampak aku dan lambai-lambaikan tangan dia. Dia pulak yang surprisekan aku. Rupanya dia berkebetulan jumpa ngan Kak Wan masa atas tram yang aku terlepas menaikinya. Lalu Kak Wan pun mengajak dia menyinggah di sini. 
So kami pun bergambarlah ramai-ramai. Baru dia orang tahu teacher aku ni peramah orangnya.

Beberapa suasana di karnival... 
 


Orang Malaysia pun belum habis melancong di negara sendiri tau.....
  
Happy dengan persembahan pentas..... Yang paling menarik.....
Suka tengok student undergrad ni buat persembahan dikir barat.... Elok ke susunan tu erk...?

Selamat menonton.....

Sunday 23 September 2012

Kuih Majlis

Aku tak tahu apa-apa tentang majlis ini pada awalnya. Sehinggalah Kak Yatt membuat tempahan dua jenis kuih dari aku. Aku bukanlah pakar dalam industri kuih, bukan pernah pun aku berniaga dan berniat berniaga menjual kuih jikalau aku tidak diminta berbuat demikian. 

Apa pun aku rasa selamba saja bila Kak Yatt menyebut saja apa kuih yang dia nak minta aku buat. Kuih biji nangka dan seri muka durian. Aku tolak untuk buat seri muka durian dengan alasan yang logik. Aku gantikan dengan kuih di raja zaman dulu kala di Kelantan, akok. 

Kuih biji nangka yang perlu di sediakan untuk 50 orang tetamu.
Mini akok pandan yang hanya ditempah sebanyak 20 biji. 
Sepagi suntuk menyiapkan dua jenis kuih Kelantan ini. Alhamdulillah berjalan lancar.

Pentas dalam Dewan
Aku yang malas hadir ke majlis ini pada mulanya, terdatang juga selepas waktu berbuka puasa (aku puasa pada hari tu) kerana menghantar sendiri kuih tempahan. Dah datang tu, masuk ajelah dewan dan join sajalah majlis ini. Kebetulan ada geng.....

Thursday 20 September 2012

Sydney - Day 6 Trip

Penat ke tak penat... aku kena juga bangun pagi. Memang rasa malas nak angkat selimut, lebih-lebih lagi cuaca pagi ini memang terasa amat sejuk. Sememangnya cuaca di Canberra lagi sejuk dari Sydney. Tapi sudah namanya bercuti dan melancong, aku tidak boleh membuang masa, tak boleh bermalas-malas, nanti aku sendiri yang rugi. Persiapan patutnya lagi awal. Waktu pagi ini lah segalanya aku kena packing. Bukan saja untuk check out motel, tapi juga untuk berangkat pulang ke Adelaide dengan penerbangan malam nanti.

Patutlah sejuk sangat malam tadi.... dalam bilik tak rasa sangat sebab boleh pasang heater dan tidur pakai electric blanket.... rupanya kat luar ada frost. Bertempek-tempek frost pada cermin dan bumbung kereta. Tangan pun rasa pedih membeku bila keluar dari bilik .....
Sementara menunggu untuk bersarapan yang disediakan oleh pihak motel (first time jumpa tempat menginap yang menyediakan sarapan di Australia ini), pusing-pusing dulu bergambar sekitar kawasan, semalam tak sempat, sebab terkejar-kejar nak keluar lagi. 

Breakfast makan roti bakar dengan jem je.... itu je yang halal.... air...? air teh, kopi dan jus pun ada. 

Selepas settlekan check out, aku mula bergerak ke destinasi yang di jadualkan....

Botanical Garden, rasanya di mana-mana pun sama.
Berada di hadapan bangunan baru Paliament House dan nun jauh di depan sana kelihatan bangunan lama Parliament House. Rupanya dua bangunan ini saling berhadapan.
Di hadapan dan pintu masuk bangunan baru Paliament House yang memang di buka untuk public membuat lawatan. Jom kita lihat beberapa suasana di dalam ....



Gambar atas, kanan dan kiri adalah Queen Elizabeth 2 semasa mudanya dan meja tulisnya.



Berada di atas bumbung bangunan Parliament House ini.

Selepas lebih sejam tour di dalam Parliament House, aku bergerak pula mencari War Memorial atau War Museum yang selalu disebut-sebut juga di Canberra ini. Hanya tidak jauh dari tempat ini. Mungkin 1atau 2 kilometer sahaja.

Di hadapan bangunan War Museum, nun jauh di hadapan, kelihatan kedua-dua bangunan Parliament House, baru dan lama.

Di ruang tengah War Museum, perasan sekejap seperti berada di Taj Mahal pula.

Beberapa suasana di dalam museum .......




Terlalu banyak kisah perang yang terpapar di sini termasuklah tentang kaitan dengan negara kita yang pada masa itu memakai nama Malaya di ceritakan.

Suasana yang agak suram di dalam, jika nak ambil gambar pun dengan kamera aku, tidaklah nampak sangat. Lawatan yang jika nak puas hati, sekurang-kurangnya kena berada di dalam ni selama 3 jam untuk menghayati semua, (pendapat seorang rakan yang pernah ke sini). Tapi hubby yang berjiwa ihsan seperti tidak boleh berada lama di dalam museum ini. Haru dan sedih teramat melihat kisah peperangan yang mengorbankan banyak jiwa katanya. Mungkin kerana dia menghayati suasana dalam museum ini.

Menghabiskan lawatan di museum ini pada waktu tengahari dan rasanya masa terlalu mencemburui kami. Banyak lagi tempat yang sepatutnya aku lawati, cuma tidak berkesempatan di waktu ini... mungkin lain kali.... Aku teruskan perjalanan kembali ke Sydney. Meredah Highway dengan selesa dan kembali jam bila sampai Sydney pada pukul 5.00 pm. Hubby terus menghantar aku ke Sydney Airport sementara dia terus ke bahagian pemulangan kenderaan yang kami sewa, juga dalam kawasan airport.

Terasa lapar di airport.....
Kiosk 'Krispy Kreme' (doughnut) di airport.

Pilihan sendiri ..

Makan doughnut dulu lah bagi mengalas perut yang lapar sementara menunggu penerbangan ke Adelaide pada jam 8.40 malam nanti. 

Selamat tinggal Sydney, insyaAllah ada rezeki jumpa lagi.....

The End .......

Wednesday 19 September 2012

Sydney - Day 5 Trip

Malam tadi, sebagai persiapan awal, aku dah buat check-out bilik di Malaysian Hall ini. Senang urusan nanti. So pagi-pagi hari ni sebagaimana semalam, selepas bersarapan di bilik, aku punggah semua barangan ke boot kereta. Hari ini, aku bakal meneruskan perjalanan ke Canberra dan akan bermalam di sana.
 Selamat tinggal Malaysia Hall, mudah-mudahan boleh jumpa lagi.

Melencong sebentar ke Bondi Beach untuk melihat pantai ini dengan mata kepala sendiri. Pantai glamour ini selalu keluar gambar, siaran dan ceritanya di kaca TV. Alhamdulillah kerana pagi ini Allah izinkan aku melihat suasana salah satu pantai yang terkenal di Sydney ini.


Bagi aku, keadaan keindahan dan suasananya lebih kurang sama dengan pantai Grange dan Semaphore yang aku kenal dekat Adelaide ini juga. Cuma mungkin kelebihan Bondi Beach ini adalah ombaknya kuat dan menjadi buruan para surfer, namanya diwar-warkan dan selalu masuk TV. Itu pandangan akulah. Apa pun aku tak kisah, yang penting, aku pun dah dapat jejak kaki ke sini.
Sekali lagi bertembung dan tersinggah di Car Boot Sale.

Singgah sebentar di DFO Sydney sekali pun tidak membeli apa-apa.

Lunch di restoran halal Nando's.

Perjalanan dari Sydney ke Canberra sejauh lebih 300 km dan memakan masa lebih 3 jam pada pemanduan kami. Sampai-sampai di motel tempat kami nak menginap pun sudah jam 5 pm waktu Canberra. Hari dah hampir dengan maghrib.
Sempat ke Red Hill dan dapat melihat view seluruh bandar Canberra dan sunset juga. Apa boleh buat, camera aku tak canggih untuk merakam kecantikan waktu senja. Hanya menyaksikan kecantikannya dengan pandangan mata.

Selepas itu, aku ke bandar Canberra dan walking pusing-pusing City. Keadaan bandar Canberra ini jauh lebih relax dari bandar Sydney yang selalu sibuk dan jalannya pun selalu jam. Taraf dan fungsinya lebih kurang sama dengan bandar Putra Jaya di Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan dan ibu negara bagi Australia.

Suasana malam di Canberra .......

Wah... sampai ke London aku berjalan .... perasan la jap.... :-)


Kanan bawah tu...berlatar belakangkan Canberra Airport.

Jauh sangat aku berjalan malam itu, lebih 3 km, kaki dah sakit, urat betis pun dah terik, tapi puas hati dapat melihat keadaan bandar Canberra ini. InsyaAllah esok ada sambungan lagi. Aku nak balik berehat dulu...

To be continue at Sydney - day 6 trip......