Total Pageviews

Wednesday 19 September 2012

Sydney - Day 5 Trip

Malam tadi, sebagai persiapan awal, aku dah buat check-out bilik di Malaysian Hall ini. Senang urusan nanti. So pagi-pagi hari ni sebagaimana semalam, selepas bersarapan di bilik, aku punggah semua barangan ke boot kereta. Hari ini, aku bakal meneruskan perjalanan ke Canberra dan akan bermalam di sana.
 Selamat tinggal Malaysia Hall, mudah-mudahan boleh jumpa lagi.

Melencong sebentar ke Bondi Beach untuk melihat pantai ini dengan mata kepala sendiri. Pantai glamour ini selalu keluar gambar, siaran dan ceritanya di kaca TV. Alhamdulillah kerana pagi ini Allah izinkan aku melihat suasana salah satu pantai yang terkenal di Sydney ini.


Bagi aku, keadaan keindahan dan suasananya lebih kurang sama dengan pantai Grange dan Semaphore yang aku kenal dekat Adelaide ini juga. Cuma mungkin kelebihan Bondi Beach ini adalah ombaknya kuat dan menjadi buruan para surfer, namanya diwar-warkan dan selalu masuk TV. Itu pandangan akulah. Apa pun aku tak kisah, yang penting, aku pun dah dapat jejak kaki ke sini.
Sekali lagi bertembung dan tersinggah di Car Boot Sale.

Singgah sebentar di DFO Sydney sekali pun tidak membeli apa-apa.

Lunch di restoran halal Nando's.

Perjalanan dari Sydney ke Canberra sejauh lebih 300 km dan memakan masa lebih 3 jam pada pemanduan kami. Sampai-sampai di motel tempat kami nak menginap pun sudah jam 5 pm waktu Canberra. Hari dah hampir dengan maghrib.
Sempat ke Red Hill dan dapat melihat view seluruh bandar Canberra dan sunset juga. Apa boleh buat, camera aku tak canggih untuk merakam kecantikan waktu senja. Hanya menyaksikan kecantikannya dengan pandangan mata.

Selepas itu, aku ke bandar Canberra dan walking pusing-pusing City. Keadaan bandar Canberra ini jauh lebih relax dari bandar Sydney yang selalu sibuk dan jalannya pun selalu jam. Taraf dan fungsinya lebih kurang sama dengan bandar Putra Jaya di Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan dan ibu negara bagi Australia.

Suasana malam di Canberra .......

Wah... sampai ke London aku berjalan .... perasan la jap.... :-)


Kanan bawah tu...berlatar belakangkan Canberra Airport.

Jauh sangat aku berjalan malam itu, lebih 3 km, kaki dah sakit, urat betis pun dah terik, tapi puas hati dapat melihat keadaan bandar Canberra ini. InsyaAllah esok ada sambungan lagi. Aku nak balik berehat dulu...

To be continue at Sydney - day 6 trip...... 

No comments:

Post a Comment