Total Pageviews

Thursday, 24 August 2017

Kebab Ala Uighur Lagi... Inspirasi

Assalamualaikum.... 
Bercerita tentang makan malam pula. Rindu betul nak makan makanan ni. Rinduuuu sangat. Tak sempat juga untuk berkunjung ke 'Salam Noodle'. Salam Noodle inspirasi Adelaide. 

Adelaide...??? Alah sebut Adelaide lagi rindu nak makan lamb kebab yang original rasa kegemaranku dari sana. Waktu dulu tak terbilang berapa kali aku ke Restoran Uighur tu untuk makan kebab. Antaranya boleh baca sini dan sini dan sini..... dan banyak kali sangat selama 4 tahun. Hehe...

Belek2 lauk mentah dalam freezer, jumpa lagi satu peket kambing slice yang aku simpan. Kira last stock la tu. Tengok2, tenung2, lalu dadukan dia buat kebab Uighur style tapi sebenarnya 'aku style' je... hehe...
Dish simple yang menawan kalbu ku.... 
Lamb shoulder yang dihiris dagingnya dan di potong dadu, diperap pula dengan rempah2 simple untuk memelihara rasa asli daging lamb tu....  lalu dicucuk pada kebab's skewer.
Bersedia untuk dibakar dan aku tak suka perap lama2... bakar pun dalam oven dengan pintu terbuka je.
Bakar jangan masak full, aku suka yang rare sikit. Lembap2 dan lembut.
Dimakan bersama salad tentunya untuk tidak rasa muak.
Salad pun kira dari bahan yang sedia ada dalam peti ais je. Cukup je bahannya...
Selamat menjamu selera untuk diri sendiriπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹...

Wednesday, 23 August 2017

Tempahan Family Al-Syifa'

Mini Kurung untuk si Ibu...
Sepasang Baju Melayu Johor untuk si Ayah dan.....
Dress comel untuk Syifa' yang berusia 2 tahun... (pandangan depan) 

Aku tampalkan bunga di hadapan dress supaya lebih menyerlah serinya. Jahitan bercorak turut menghiasi keliling leher, hujung tangan dan hujung kaki dress. Sesuai lah untuk kanak-kanak kan.
Belakang...
Nak ambik lebihan kain si ayahnya tak cukup. Mujur teringat ada lebihan kain baju melayu my hubby (yang sedang dipakainya tu la) untuk jahitkan baju Syifa' ni... 

Tuesday, 22 August 2017

Baju-Baju Customer

Saja mengalbumkan sebahagian dari baju-baju jahitanku. 
Mine


Jubah untuk mudah menyusu...









Mine :-)

Mine













Sunday, 20 August 2017

Baju Customer Hari Ini

Dari sejenis kain songket yang katanya di beli di Kelantan.. Berwarna antara pink dan belacan... lembut warnanya sepadan dengan tuannya yang berkulit cerah gebu... Untuk Raya Haji kot... hehe...
Baju Kurung Pahang / Riau.
Kain Lipat Batik.

Tuannya minta bahagian belakang kain yang bercorak penuh tu di letakkan pada bahagia depan. 

Nampak tak kat atas tu aku sambungkan kain bahagian atas tu. Sebabnya kain tak cukup... Sambung kat atas tak apa kan... tak kelihatan dek orang pun...  Pada baju pun sama. Aku terpaksa buat alas leher dan balut span dengan kain lain. Pun tidak kelihatan bila bertudung nanti... 
 
Kain berukuran lebih kurang 4 meter suku.

Telur Sotong

Assalamualaikuuummm.... 
Lamanya tak bercerita. Sunyi pulak tulisan santai kosong di Ahwaalulhayah ni. Banyak sangat membahagi masa, banyak faktor membuatkan aku jadi tiada peluang ni. Selalu rindu nak mencoret buat simpanan kisah sendiri.... InsyaAllah kali ni ada keizinan dari-Nya. 
Jika tak baca tajuk, cam tak apa ni..? πŸ˜‰

Sebenarnya ini kali pertama aku masak telur sotong. Dah lama adik aku simpan frozen telur sotong ni untuk aku cuba. Dia siap book dari peniaga di Tok Bali. Walaupun aku tak makan sotong basah, tapi bila mereka duk bercerita yang telur sotong ni sedap sangat bila kena gaya masaknya, membuatkan aku rasa nak mencubanya. Selalu adik aku cakap dia akan goreng celup tepung je telur sotong ni. Jadi aku yang tak makan sangat ni pun duk bayangkan ianya sedap dan menyelerakan. 

Banyak juga aku terima telur sotong ni... dalam 2 kilo jugakla... tapi bagi sikit dekat kakak aku. Kesian... dia pun nak makan juga. Tentang harga aku tak pasti tapi aku rasa agak mahal juga. Tapi... aku dapat free... hehe... 

Versi mentah dan selepas di cuci....

Kali ni aku tak cerita pasal resepi ya. Sebab cara yang aku masak ni jika tunjuk gambar pun dah tahu macammana nak buat. Cuma aku letak gambar je. Aku masak dua versi. Satu goreng kunyit dan satu lagi versi rebus.
Telur sotong mentah selepas di gaul dengan garam kunyit.
Bahan2 hiasan untuk telur sotong goreng kunyit.
Ini telur sotong yang aku masak versi goreng kunyit je... Yang bawang2 tu hiasannya la sikit kan...
Masa ni aku seolah tak sabar nak merasa....
So letak cikit dalam mangkuk untuk di cuba.... ermmm not bad... Rasa tak sabar nak makan dengan nasi putih panas2. Perasan dia tu seperti daging goreng kunyit je.... 
Hidangan makan malam...
Yang ini pulak adalah versi Telur Sotong masak rebus. 
Rebus simple2 je dengan serai, garlic dan garam sebagai penambah perisa. Bila masak nampak pekat pulak kuahnya. Mungkin sebab cebisan2 sotong terhakis keluar menjadikan rupa kuahnya seperti dicampur dengan bancuhan tepung jagung pula.

Apa yang boleh aku buat kesimpulan di sini, aku rasa sekali ni je la kot aku masak telur sotong nih... πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒHa ha ha ha ha.... Lepas makan nasi tu aku rasa macam agak teringat2 pulak. Aduuiih... dah kenyang baru nak rasa loya2... Macam tulah keadaan aku bila aku paksa makan sotong basah. Sebab tu dari dulu aku tak makan sotong, bukan kerana allergic tapi tekak tak dapat terima la.... 

Ok je... tapi aku rasa jika goreng tepung, dan makan bersama sos pencicah, mungkin dapat kurangkan sikit kemungkinan untuk rasa loya tu... tapi wallahu a'lam... kena cuba lain kali yang orang lain masak...😊

Sekian kali ni ya....