Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya bertemu kembali setelah berpisah membawa haluan masing-masing dalam lebih kurang 25 tahun yang lalu. Kami dari SMUA Al-Hidayah Al Islamiah. Dengan usaha admin yang mengumpulkan contacts, telah menemukan masing-masing walaupun masih ada yang belum dapat dijejaki.
Pertemuan hanya berlangsung secara santai dan mini sahaja. Itu pun dari yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun hanya muslimah berenam sahaja, namun cukup kecoh dan meriah. Tak terasa masa yang telah terlalu jauh ditinggalkan. Masih seperti berada di alam persekolahan antara tingkatan 1 - 4 sahaja.
Aku juga yang pada mulanya berbelah bahagi untuk hadir, namun kerinduan terasa kuat memujuk diri ini untuk bertemu sahabat lama. Dengan langkah yang dimulai 'Bismillah', hati yang berdebar, bertemu juga kami akhirnya... dan aku muncul dengan surprise sendiri.
Pertemuan yang bermula dengan linangan air mata keharuan.
Sweet memori...
@ Sunway Pyramid...
... dan... biarlah hanya gambar yang lebih banyak bercerita...
Kanan dari depan; Siti Ruhaya, Hasmiza dan Aku.
Kiri dari depan; Rohaida, Noraidah dan Rosni.
Menikmati lunch di 'Chicken Rice Shop'... Riuh rendah jugaklah masa ni...
Jom layan gambar2 kami lagi....
Salah seorang rakan team kami yang sedia bekerja di sini.
Lepak minum petang di 'Old Town White Coffee'
Ermm... masa 6 jam yang berlalu hanya terasa seperti satu jam sahaja. Belum habis cerita kami. Selepas melilau2 sesat mencari surau untuk bersolat asar, hari telah pun menunjukkan kesenjaannya. Masa begitu mencemburui pertemuan ini.
Hendak mencari jalan keluar dari Mall ini pun puas bertanya orang. Dengan hati yang berat, kami tamatkan dahulu pertemuan untuk hari ini. InsyaAllah akan ada lagi pertemuan-pertemuan ke seterusnya lagi selepas ini. Mungkin lagi ramai lagi meriah dengan pelbagai karenah. Kepada yang tidak dapat hadir, kami faham kerana kekangan jarak dan masa. Mudahan ada lagi kelapangan masa yang Allah bagi selepas ini, insyaAllah...
Terima kasih semua sahabat yang memahami 'situasi' diriku dengan tidak banyak bertanya. Miss You All.
Jumpa lagi ya...
No comments:
Post a Comment