Salah satu menu sihat yang di masak untuk late lunch semalam....
Ayam di perap ringkas, digoreng secara berasingan dengan sayur hiasan. Bila dah masak, baru lah digaul bersama seketika.
Bahan-bahan yang ku pakai :-
- Isi ayam seperlunya (digaul dgn stok ayam, sedikit tepung goreng ayam, halia, bawang putih, lada hitam, minyak bijan, biji bijan dan sedikit serbuk smokey bbq)
- 2 batang salery dibelah 2 dan dipotong sepanjang 2 inci or ikut suka.
- 2 inci carrot dihiris
- 1 biji tomato dibelah 4.
- Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng.
Cara2 yang ku buat:-
- Panaskan sesudu minyak zaitun dlm kuali, goreng sayuran lebih kurang selama satu minit sahaja. Keluarkan.
- Dlm kuali yang sama, panaskan sedikit lg minyak zaitun, goreng isi ayam. Sesekali di kacau dalam lebih kurang 5 ke 7 minit atau hingga agak2 empuk.
- Tutup api dan masukkan sayuran tadi kembali ke kuali untuk digaul dengan ayam.
- Hidangkan.
Hidangkan....
Menu sihat...
I love chinese style... boleh juga dimakan ratah begitu saja... Anda pun boleh mencubanya jika suka... :-)
No comments:
Post a Comment