Assalamualaikum....
Saja menempelkan ke dalam album Ahwaalulhayah kali ini mengenai menu semalam. Walaupun mudah dan ringkas, namun cukup bermakna sebagai menu dalam diari kehidupan NaniSufi ya. Nanti insyaAllah, panjang umur, besok2 boleh buka tengok dan tatap kembali.
Kebiasaaln ikan yang aku gunakan untuk di bakar adalah cencaru. Selalunya di bakar bersahaja gitu je. Tapi kali ni buat adjustment la sikit nak bg nampak kelainan dalam aroma la konon... hehe...
Selepas di lumur ikan dengan serba sedikit bahan seperti garam, kunyit, halia dan bawang putih, aku turut melumurkan ikan dengan sedikit minyak zaitun. ku balut secara melilit dengan daun pandan. Kemudian balut lg dengan aluminium foil. Diamkan seketika sebelum dibakar. Aku bakar gunakan oven je. Jika bakar di atas bara tentu lg sedap aromanya kan...
Selepas 20 hingga 30 minit.... dah masak dah...
Kebetulan ada pula stok mangga dlm peti ais. Takut makin memburuk, jadi kopek dan parutkan utk buat kerabu mangga.
Kerabu Mangga ala Thai...
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment