Total Pageviews

Monday, 23 October 2017

Restoran Payung; Buffet Makan Tengahari Dengan Hanya RM8

Assalamualaikum dan semoga semua yang tersinggah di sini berada dalam sejahtera sentiasa. Musim panas sangat sekarang ni, kena extra jaga kesihatan ya. Moga terpelihara dari segala penyakit berat... InsyaAllah.

Cerita hari ini berkenaan tinjau-tinjau cari lunch semalam. Asalnya semalam mencari Restoran Hersha ni... sekian lama duk baca dan dengar cerita je, tapi belum berjodoh nak pergi makan situ. Bila dah rasa free tu, semalam ronda-ronda mencari lokasi alamat yang diberikan. Lagipun bukan jauh mana pun, kira kampung sebelah je. Tu la kata, belum sampai masa untuk ke situ. 

Tetiba bila dah sampai ke tempat yang dituju, rupa-rupanya restoran tu dah tak beroperasi. Mungkin ditutup untuk renovation buat sementara waktu, wallahu'alam. Lagi pun apa yang aku baca dari blog2 dan sumber yang ditemui tu pun dah bertarikh tahun lepas. Tiada cerita terbaru. Jika lepas2 baca dulu terus datang, mungkin ada jodohla kan. Bila bertangguh, macam ni la jadinya.

Malam sebelum tu, hubby ada bersembang dengan salah seorang jiran. Dia ada memberiahu satu lagi lokasi restoran yang belum juga pernah kami kunjungi, yang menyediakan hidangan dan buffet tengahari seumpama Restoran Hersha tadi. Jadi kami pun cubalah memandu ke lokasi yang dijelaskan....
Mudah saja ditemui Restoran Payung ni. Berlokasi di tepi jalan besar sahaja.

Beralamat : U15, Shah Alam, Jalan Bukit Cherakah.
Beroperasi : Selasa - Ahad (Tutup setiap Isnin)
Bermula jam: 11 pagi - 3 petang
Hubungi : 013-2758708/ 017-2389451/ 019-6366111.
Restoran Payung...
Restoran bersaiz sederhana besar namun selesa dengan tiupan angin yang menyapa lembut.
Maklumlah bertentangan dengan bukit ni... saujana mata memandang.
Sebelum makan, kena buat pembayaran dahulu di kaunter. Kemudian kita akan diberikan pinggan makan setiap orang. Hanya satu pinggan untuk setiap orang. Nak ulang2 tambah pun, tidak boleh ambik pinggan baru, kena gunakan pinggan yang sama juga. 

Bayaran yang dikenakan :-
Dewasa : Rm8
Kanak-kanan 6 - 11 tahun : Rm6
Kanak-kanak 5 tahun ke bawah : Free
 Bersyarat : Ikan Bakar hanya seekor setiap orang.😆😆😆

Menurut kata anak pemilik Restoran... Restoran Payung ini baru sahaja sebulan beroperasi. Mungkin pada pertengahan atau akhir September lalu. Moga terus maju jaya.
Antara menu2 yang di sediakan.
Beraneka pilihan menu yang terdiri daripada lebih kurang 15 hingga 20 jenis masakan kampung juga ulam-ulaman.
Ayam Goreng berempah, Set Pecal, Ikan kering, tempe dan pisang.
Port minuman. 
Masa aku ke sini, minuman yang disediakan adalah air oren dan air kosong. 
Boleh juga jika pengunjung ingin mengorder minuman selain dari yang tersedia dengan bayaran tambahan. Begitu juga dengan sesetengah dessert yang disediakan. Perlu kepada bayaran tambahan.
Port Ikan Bakar. Ketika ini hanya ada Ikan Cencaru bersaiz sederhana kecil.
Ikan bakar yang siap dibakar diletak di dalam bekas. Boleh minta dipanaskan kembali masa nak ambil tu.
Dish aku...
Dish hubby...
Rasanya ini pun dah lebih dari Rm8. Ambik serba sedikit, tanpa membazir.
Sambil makan, boleh menikmati pemandangan bukit. Sewaktu aku tiba tu, baru ada satu atau dua meja pengunjung sahaja yang sedang menikmati makan tengahari. Masih lagi lengang walaupun sudah jam 12.00 tengahari ketika itu.
Pengunjung semakin memenuhi restoran.
Jelly Kelapa, dessert yang perlukan kepada bayaran tambahan Rm1.20.
Lokasi Restoran Payung bertanda dengan melihat bendera berwarna itu dari jauh selain signboard tu.
Untuk merasai pengalaman makan di sini dan menilai menu masakan yang disediakan, silalah datang sendiri untuk mencubanya ya... Selamat datang...

Terima kasih...

No comments:

Post a Comment