Total Pageviews

Thursday, 19 October 2017

Mee Tarik Warisan Padang Jawa Kini Di Lot Tengah

Cuti Deepavali semalam, bersolat zohor di Masjid al-Solihin Padang Jawa. Bila selesai semua, rasa lapar la pulak. Sebab tu aku decide singgah di Restoran Mee Tarik Warisan ni yang dah lama aku tak datang sini. Lama dahulu aku pernah bercerita tentang Mee tari Warisan ni. Klik sini. Masa tu, lokasinya berada di corner lot yang lagi lapang dan selesa. Hari ini didapati telah berpindah ke lot tengah selang satu atau 2 kedai sahaja daripada tempat asal. Sejak bila aku kurang pasti. Katanya sewa mahal. Mungkin tak 'sempat' agaknya.

Meneliti menu yang dihulurkan, aku dapati kebanyakan harga sudah berbeza dari tahun lepas. Harga setiap dish dinaikkan. Ya la... mungkin terkesan dengan kenaikan harga barangan kini.
Toothpick Lamb yang sangat jelira dan aku sangat2 suka.
Rm 29.80 berbanding tahun lepas berharga Rm26.80.

Fried Wet Mee With Sliced Beef. Pun sedap... 

Rm11.80 berbanding tahun lepas Rm8.80. Punyalah banyak beza kenaikan harga tu.
Lamen Soup With Sliced Beef, Rm9.80. Ini pun tekakku kata sedap...
Bentuk mangkuknya tirus ke bawah. Besar jugak mangkuknya.
Boleh dimakan dengan cili2 yang disediakan.
China BaBao Tea Rm5.00 berbanding dulu berharga Rm4.50.
China BaBao Tea.
Kaunter.
Video semasa proses buat mee... boleh di lihat live dari cermin.
Ya ke...? :-)

Updated 25/10/17
Singgah lunch di sini lagi selepas balik dari Kuala Lumpur.
 Jasmine Tea
 Teh O
2 minuman yang belum di cuba di sini. 

No comments:

Post a Comment