Total Pageviews

Tuesday, 3 October 2017

Makanan My Bulus & Supplements

ProDiet perisa Ocean Fish. 
Selalunya beli yang 8 kg ni bolehlah bertahan dalam sebulan setengah lebih kurang. 

Dah berapa lama anak-anak bulus stay dengan ProDiet nih. Kesian pulak dah lama tak bertukar. Jika masa mereka kecil2 dulu, ada campur dengan Blackwood Kitten untuk mendapat lebih vitamin dalam tumbesaran mereka. Selepas tu stay dengan ProDiet perisa Ocean Fish kerana agak serasi dengan mereka.

Sekalipun pakar mengatakan yang ProDiet ini adalah makanan kucing commercial dan tidak berapa baik untuk kesihatan si bulus kerana kandungan garam yang tinggi dan juga pewarna... namun itu sahaja yang aku mampu setakat ini. Kata mereka, kita kena pastikan kucing2 kita minum air secukupnya untuk menyeimbangkan garam dalam badan. Ini bagi mengelakkan kucing kita terkena penyakit batu karang. Minta2 dijauhkanlah.


Jenama Maxi ini aku beli pada lebih kurang 2 minggu lepas di Pet Micasa Shah Alam. Beli yang 20kg terus. Si Bulus ku kan ramai. 6 ekor tu kira ramaikah? Terpulang... hehe... Beli yang sekilo dua tu mana cukup. Yang 20kg ni berharga lebih kurang RM184 gitu. Kira lagi boleh berjimat lah. Tengok la berapa lama boleh betahan. Alhamdulillah nampaknya mereka suka dan serasi dengan mereka.

Jenama Maxi ini di kategorikan sebagai makanan yang 'Low Premium', tanpa pewarna dan sesuai untuk semua peringkat usia kucing sedari kitten atau dewasa serta yang berusia. Butiran bijinya kecil2 dan isinya lembut. 

Menjadi kemestian bila mahu bertukar ke makanan yang baru, kita kena mencampur sedikit demi sedikit makanan baru dan lama secara beransur2. Tak boleh bagi terus dengan makanan baru, bimbang nanti berlaku sakit perut atau cirit birit pada kucing. Perkara ni telah sedia maklum oleh pemilik2 haiwan manja ini.

Keperluan tambahan yang turut ku beli....
Cecair pencuci telinga...
Omega Tree Oil...
Perfume Syampoo tanpa perlu dimandikan...
Penenang / Calm Spray...
Syrup Multi Vitamin yang aku beli khas buat Daisy sebab tengok dia makin kurus pulak. Vitamin ni meransang selera makan. Harap berkesan pada Daisy....

*** Ermmm... siapa kata senang bela kucing kan. Dia juga seperti kita yang perlukan rawatan dan penjagaan yang rapi.


No comments:

Post a Comment