Sila klik gambar untuk membesarkan imej.
***Ermmm... begitulah situasi yang dialami oleh Tiger pada setiap kali hujan turun, atau bunyi mesin rumput di belakang rumah, atau juga dengan bunyi2 yg bising dari tempat berhampiran, hatta ketika aku ada menerima tetamu sekali pun.
Dia akan menyorok di ruang yg sempit bawah rak kecil di bawah meja. Sanggup merengkok dan mengecilkan badannya yg berisi itu semata2 mahu menyorok kerana takut dan malu agaknya. Tiger ni, nampak saja berwajah ganas dan garang, tetapi hatinya lembut dan bertaman serta manja dengan tuannya.
Kasihan sangat rasanya. Tapi apa boleh buat... Namun yang penting, asalkan tidak membawa apa2 kemudharatan pada jiwa raganya. Tak apalah Tiger, menyoroklah... asal kamu rasa selamat dan tentu selamat...
No comments:
Post a Comment