Total Pageviews

Tuesday, 10 October 2017

Perangkap Cik Tie, Dapat Anak Musang

Di satu pagi tu, tengah2 my hubby kalut nak gi kerja, terdengar bunyi sesuatu menjerit yang seolah2 sedang sakit tersepit. Nak kata bunyi cik tie, macam kucing. Nak kata kucing, macam bukan jugak. 

Aku kuar tengok belakang rumah. Kot2la ada anak kucing tersesat atau jatuh longkang. Intai atas bumbung tak nampak. Intai dalam longkang pun tak ada. Cari betul2 rupanya suara tu datang dari balik pasu2 pokok. 

Rupa2nya ada anak musang telah tersalah masuk ke dlm perangkap cik tie yg telah berbulan2 lamanya di pasang dan dah lama duduk dalam keadaan terbuka. Tu yang duk menjerit2 sakan tu. Menjerit kerana takut dan juga kerana nak melepaskan diri dari perangkap yang sempit. Sejak pukul berapa lagi la agaknya dia termasuk dalam tu? 
 Kesian pulak pada dia.  Comel je anak musang ni... rasa macam nak peluk2 pulak. Tapi dia ni menggigit tau. 
 Merengkokkan badan ketakutan. 
Mungkin dia tersesat. Aku kira, ibu bapanya lah yang malam2 kerap berlari2 di atas syiling rumah ku dan jiran2 sebelum ini. Kuat sangat bunyinya, sampai risau pula takut runtuh syiling rumah. Selalu terkejut tetengah malam dengan bunyi kuat sesuatu berkejaran atas syiling.
Di hadapan rumah jiran cina ku. 
Comel je kan anak musang ni.. rasa mcm nak bela pulak... alah mengarut je kamu ni wahai NaniSufi... hehe... 

No comments:

Post a Comment