Total Pageviews

Friday, 27 October 2017

Tom Yam Pok Tek & Kerabu Suhun @ Aman Tom Yam

Assalamualaikum...
Semalam, ke Restoran Aman Tom yam untuk santai2 dinner tanpa nasi. Baru2 ini apabila hubby ada bercerita dengan kawannya pasal makan2 di area kami, mereka kerap ke sini apabila terasa ingin makan Tom Yam Pok Tek yang dikatakan ada rasa. Dalam Tom Yam Pok Tek ini, terkandung campuran beberapa sea food yang adakalanya terdiri daripada ketam, sotong, udang, ikan, lala dan sea food seumpamanya. 

Jadi kami ke Restoran Aman Tom Yam semalam ni adalah semata2 ingin mencuba Tom Yam Pok Tek ini lah. Sebelum ni ada la jugak sekali rasanya kami pernah cuba di tempat lain. Aku kerap juga datang ke sini, tapi belum pernah mengorder menu Tom Yam Pok Tek ini. 
Ini la rupanya Tom Yam Pok Tek yang aku order. Dibawa dalam mangkuk sederhana besar dan boleh dimakan oleh 2 orang. 
Sebagaimana yang telah aku sebutkan tadi, di dalam Tom Yam Pok Tek yang aku order ini, terkandung sea food yang terdiri daripada ketam, udang, sotong, ikan dan lala. 
Satu dish ini berharga Rm13.00 katanya waiter tadi. Aku kira amat berbaloi. 
Rasa kuahnya yang enak dengan resepi masakan yang tersendiri, sedikit perbezaan dengan tom yam biasa. Cuma nasib ku kali ini, apabila ketamnya agak lama dan rasanya pun kurang sikit sebab dah berbau. Namun seafood yang lainnya ok sedap....
Ada mangkuk kecil disediakan untuk setiap orang menghirup.
Good taste. Jelira sangat.
Ini ialah Kerabu Suhun yang ku order bersama Tom Yam Pok Tek. Rasanya juga sedap dan jelira.
Asalnya aku nak order kerabu mangga, tapi mangganya dah habis malam tu, lalu waiter itu mencadangkan menu Kerabu Suhun ini.
Kedua2 Tom Yam Pok Tek dan Kerabu Suhun ini dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Dari segi kesedapan, ada rasa dan boleh diulang order. Berbaloi dan suggested.

Sekian....

No comments:

Post a Comment