Total Pageviews

Thursday, 12 October 2017

Pilih Mansaf Al-Rawsha Labenese Lamb & Roasted Half Chicken With Bread Untuk Lunch di Al-Rawsha

Assalamualaikum.... 
Semalam aku diminta Mr. Hubby untuk datang ke pejabatnya. Tugas aku adalah menghantarnya ke Intekma Resort untuk mengambil suatu barang di situ. 

Settle tugasan, kami plan untuk lunch bersama di area yang tidak jauh dari ofisnya. Ada 2 tempat yg aku fikir hari tu. Samada di benteng gerai2 makan di seksyen 7 atau Al-Rawsha. Oleh kerana aku yang drive, hubby bg aku decide. Jadi aku pandu je la ke Al-Rawsha. Hehe... 

Menu pilihan kali ini :-
Mansaf Al-Rawsha Labenese Lamb
Rm22.00... aku kira boleh di nikmati 2 orang.
Di hidangkan bersama air asam dia... sorry aku lupa nama pulak.
Roasted Half Chicken
Rm15.00
Also serve with Bread
Big bread
Also like a big portion
Bagi aku boleh dimakan untuk 2 orang juga...
Selalu order minuman kesukaan ini, Cadammon Tea... Rm10 utk satu pot.
Waktu lunch masih awal dan hanya baru bermula... masih lengang ketika ini... 

What a wonderful surprise hari ini... Allah punya perancangan... 
Pertemuan yang tak disangka2... 
Allah temukan aku dengan teman ini... 
Ermmm tak cukup masa rasanya untuk sembang bercerita... Itu pun aku curi sekejap dia dari rakan2 ofisnya... Hanya Allah yang tahu betapa aku rasa sebak dan air mataku hampir menitis ketika ini... kerana ada terukir memori indah yg seketika antara aku dan dia.

Tak apa lah... insyaAllah senang2 boleh jumpa lagi ya... :-)

No comments:

Post a Comment