Total Pageviews

Wednesday, 4 October 2017

Mencuba Mawar & Keladi Anthurium

Semangat ingin memiliki, semangat membeli, semangat menjaga, namun kesegarannya saja yang kurang bermotivasi. Apa nak buat, dah jaga bagai yang penjual ajarkan, siram setiap hari, namun apakah cahayanya masih kurang cukup??? Aduhai kau mawarku...
Masa mula2 pokok bunga ros atau mawar ini ku beli. Cantik dan segar.

Ada beberapa pilihan warna bunganya, Aku pilih warna kuning air ini instead of merah terang seperti yang selalu aku gemari. 
Lagi pun ia kelihatan segar dan tegak. 

Menurut jurujual, pokok ini senang dijaga, perlu direct matahari, siram 1 atau 2 kali sehari terutamanya pada hari panas dan dibajai 2 minggu sekali. Untuk menggalakkan lagi pembungaan, kena petik atau potong bunga yang matang. Nanti akan tumbuh tunas yang baru.
Baunya sama saja dengan yang merah terang, sama saja wanginya. 

Namun 2 minggu selepas.... 
Layu....😞😞😞 Telah aku petik 3 ke 4 kuntum bunganya. 
Tak serasikah aku untuk menjaganya??? Bagaimana lagi???

Pada masa yang sama juga, satu lagi pokok hiasan yang aku beli... 
Aku beli pokok Anthurium ini. 

Adakah ia sejenis spesis keladi??? Aku kira ia sejenis tanaman yang mudah dijaga. Kata jurujual itu, pokok ini tidak memerlukan direct matahari, namun perlu disiram sekali sehari.

Selepas 2 minggu....
Alhamdulillah masih segar bugar nampaknya. Betul lah kan... mudah dijaga. InsyaAllah nanti aku kena pindahkan pokok ini ke pasu yang lagi besar.
Aku harap pokok ini terus segar dan bertahan lama di taman miniku....

No comments:

Post a Comment