Total Pageviews

Thursday 22 December 2016

Nasi Dagang Ala Nasi Perantau

Tetiba hari ni rasa macam teringin pulak nak makan nasi dagang. Ya lah asyik duk sebut2 dan tulis  je tentang keenakan Nasi Dagang Wakaf Bharu yang tengah famous sekarang ni di restoran keluarga mertua di KB. Lagi pula masa balik kampung hari tu, warung cawangan satu ditutup kerana taukehnya nak balik kampung belah isterinya, jadi tak dapat la aku merasa nasi dagang tu.

Terajin la pulak petang ni. Maka aku pun keluarkanlah stok beras nasi dagang yang di beli masa balik kampung dulu yang entah dah berapa lama simpannya. Lama sangat dah simpan.Tapi masaknya aku still malas nak ikut step. Masaknya sikit sangat. Hanya untuk 2 orang makan dan lebihkan sikit je. 

Jadi nak cepat, aku hanya rendam beras nasi dagang tu sekejap dan masak terus macam masak nasi putih biasa menggunakan rice cooker je. Bahan seperti bahan asal ramuan nasi dagang, cuma tidak kukus je. Yalah sendiri mau makan katakan. Masak serba ringkas. Jika nak tahu cara yang sama macam ni lah juga yang aku selalu buat masa di Adelaide, Australia selama 4 tahun dulu.
Ni lah hasilnya yang tak seberapa dari segi rupa. Kurang kilaunya hehe...
Makan bertambah pulak sebab dah lama tak makan nasi dagang ni.
Set nasi dagang dan lauk gulai ikan tongkol versi Kelantan, 
so tiadalah wujud acarnya sebagaimana versi Terengganu.
Jemput makan2...

No comments:

Post a Comment