Total Pageviews

Thursday, 19 September 2013

Setia City Park

Perubahan ketara... Setia City Mall, terbangun pesat. Baru bagi aku kerana sebelum meninggalkan tanah air 4 tahun dulu, tiada apa-apa tanda yang aku perasan. Semasa jauh di seberang laut sana, pernah aku diceritakan tentang pembangunan yang kian pesat berlaku di Setia Alam, satu bandar baru. Masa tu terdetik juga perasaan tak sabar nak tengok, tapi bukanlah  suatu cita-cita besar pun... 
Weekend lalu, jiran depan rumah aku ada bercerita pasal satu taman ni. Hanya berdekatan saja, malah di hadapan Setia City Mall. Menarik sangat katanya, bila berada di situ terasa seperti sedang berada di oversea. Tersenyum-senyum aku. Kerana bukannya berjarak jauh pun dari tempat tinggal, berkebetulan pula aku ada tetamu, adik dan ipar ku, maka bolehlah ambil kesempatan yang ada ni untuk bawa mereka ke situ. Ambil angin petang supaya mereka tidak merasa boringnya berada di rumah. 

Tidak susah mencari tempatnya. Dah sampai ke kawasannya, intai saja mana ada taman atau kawasan yang nampak orang ramai tengah melepak, lepas tu cari parking. Memang kagum juga melihat keluasan taman serta landscape dan juga begitu ramai pengunjung yang hadir pada petang itu. Berkebetulan pula hari tu hari ahad manakala esoknya isnin cuti hari Malaysia, so berlong weekendlah masa tu. Mungkin itu menjadi salah-satu faktor yang membuatkan lagi ramai pengunjung. Sekalipun pengunjungnya ramai, tetapi masih lapang dan tenang tempatnya dek kerana luasnya kawasan tersebut. Ada track untuk pejalan kaki dan ramai juga yang tengah menggunakan roller blade. Bagi aku memang betul dan bersetuju dengan anggapan jiran aku tu. 

Tak banyak cerita, jom layan gambaran sepintas lalu.....
Lanscape yang luas....
 
 
Melihat aksi dalam 5 pasang pengantin sedang bergambar. Glamourlah park ni menjadi sasaran dan idaman para pengantin untuk merakamkan detik-detik manis yang bakal menjadi kenangan buat mereka. Minta halalkan kerana snap pemandangan ini secara rawak ya. Tiada kepentingan apa-apa, sekadar gambaran. Dari cerita jiranku lagi, pelakon terkenal Rozita Che Wan pun bakal melangsungkan persandingannya di sini (di dewan besar yang ada di taman ini)
 Menuju ke kawasan padang yang luas dan meriah dengan aksi dan gelagat pengunjung.
 
Geram nak tangkap dan goreng je ikan-ikan yang banyak di air ni. Jinak berenang dan menunggu pengunjung melemparkan makanan kepada mereka.
 
 
 Layang-layang yang berbagai rupa dan bentuk terbang megah di bawa angin.
 
 
 
 Pesen baru penyembur belon buih, teruja bagi kanak-kanak dan trauma bagi sesetengah ibu bapa. Di sini di jual dengan harga RM12 sebotol. Aku pun terkejut mendengarnya.
 
 Pengunjung yang sedang duduk-duduk dan melepak di suatu sudut di park ini.
Satu sudut versi timur tengah. 
 Dah meronda satu pusingan, lain kali boleh je ke sini lagi. Harapnya tetamu aku berpuas hati dengan keindahan yang ada pada kunjungan ini.

4 comments:

  1. Ya.memang nampak macam taman-taman di overseas..:-)

    ReplyDelete
  2. Wahh! Macam2 ada rupanya dekat taman setia city mall ni. Selalu pergi mall je, tak pernau turun taman ni. Thanks for sharing! :)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Wahh! Macam2 ada rupanya dekat taman setia city mall ni. Selalu pergi mall je, tak pernau turun taman ni. Thanks for sharing! :)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    ReplyDelete