Sesekali pada setiap hari sabtu tengahari, saja-saja melencong ke Coles Supermarket bila teringin nak makan donut. Nak buat malas, nanti makannya tak seberapa pulak. Baik beli jelah jika hanya nak makan satu dua. Sebenarnya lagi murah pun. Belum sampai masa untuk buat sendiri. Ramai juga kawan-kawan kat sini suka buat donut ni tapi itu samada kerana mereka sendiri yang penggemar donut atau mereka buat untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Jadi mereka buat banyak-banyak dalam bentuk untuk di frozenkan.
Nak jadi kisah... ini yang aku nak cerita ni.... tu...., gambar donut yang aku tayang kat atas tu, hari minggu lepas di offer dengan harga AUD2 saja setiap satu paket yang ada 6 biji tu. Hanya tinggal dua paket tu je. Hubby pun ambiklah kedua-duanya sekali. Sebenarnya dia lah yang mengajar aku jadi suka makan donut juga dan tiap kali hari minggu tu, dia lah yang ajak aku mengintai Coles jika ada donut yang di offer... :-)
Harga pada rak tempat letak donut ni memang sudah tertulis AUD2, tapi bila buat pembayaran kenapa dalam resit tu dia keluar AUD3?. Aku dan hubby memang selalu mewajibkan diri kami supaya semak balik resit yang diterima setiap kali selepas pembayaran di buat. Ini satu perkara yang penting, kena ingat tu.... Tu yang jadi keliru bila berlaku situasi ni. Hubby ingat dia yang tak perasan atau silap tengok masa ambik donut dari rak tadi. So lagi sekali dia masuk tengok tempat yang dia ambil tadi. Memang betul AUD2 harganya.
Dia pun pergilah bagitau dekat kaunter pembayaran tadi. Cashier tu pulak suruh gi tanya dekat kaunter customer service. Bila dirujuk, si petugas dekat situ pun minta diri nak gi check harga kat tempat tu. Bila dia datang balik, dia pun minta maaflah sebab dah sah pihak dia yang buat silap. Mungkin tidak ter key in akan perubahan harga yang dibuat dalam mesin scan dia tu. Kami bukan nak bahas apa pun, cuma biarlah dapat balik duit AUD1 yang terlebih bayar tu. Rupanya orang tu bagi balik AUD3 malah dia bagi free pula sepeket donut tadi. Alasannya kerana kesilapan berlaku dari pihaknya. Jadi sebagai tanda minta maaf dia terus bagi free donut tadi....
Inilah salah satu contoh betapa bagusnya urusan perniagaan di sini. Bukan ini saja contohnya tapi banyak juga cerita-cerita umpama ini yang aku dengar before. Tapi baguslah sebenarnya. Jadi kami pun dapat free lah donut tu.... seolah beli satu percuma satu.......
No comments:
Post a Comment