Seiring dengan bermulanya summer ini, bermacam juga buah-buahan yang dinamakan 'stone fruit' sudah mula ranum dan boleh dimakan. Dijual di mana-mana pasaraya mahu pun pasar minggu. Kenapa dinamakan stone fruit...? Ini kerana bijinya yang keras seperti batu. Antara buah-buahan yang boleh di makan di summer ini ialah seperti plum, nectarin, appricot, peach dan cherry.
Buah cherry yang separuh tergigit....
Strawberry pun dah boleh dipetik dah sekarang. Tapi kenapa dia tidak termasuk dalam stone fruit group ya...? Sebab bijinya tak keras malah tiada pun.... Wallahu a'lam.....
Setakat summer ni, telah dua kali aku ke cherry picking. Musim petik dah bermula. Sangatlah excited nya nak gi makan buah segar dari pokok yang di petik sendiri. Boleh picnic kat bawah pokok, makan puas-puas buah cherry tu, snap gambar banyak-banyak... :-) berangan betul....
Melalui kawasan beberapa ladang.... sepertinya ladanng anggur dan epal....sejuk mata memandang....
Buah pear bewarna coklat, masih belum masak.
Dedaun pokok di sebelah kanan jalan tu bagai dicantas nampak selari je...
dan....
dan....
Pemandangan dari tanah tinggi.....
Baru nampak pokok cherry di bawah ni.....
Masih berbungkus untuk elakkan dari burung-burung pemakan buah agaknya.
Ada beberapa peringkat dan jenis buah, belum masak atau yang dah ready dipetik.
Kali ke dua pergi, hanya berdua dengan hubby....
Kali ni pak cik ni tunjukkan pokok mana yang dah ok dan masih banyak buah untuk di petik. Yang penatnya sebab kena mendaki sikit.... Untuk memetik cherry ini ada cara dan peraturannya. Kena pegang di pangkal tangkai cherry dan pulas atau pusing. Bukan semata-mata tarik saja. Kata tuan ladang cherry ini, cara memetik yang betul penting bagi memastikan buah cherry kembali berbuah dengan lebat pada tahun depan. Jadi, kebiasaan kepada pengunjung yang datang pertama kali akan di ajar cara-cara untuk memetiknya.
Video demontrasi memetik dan memakan cherry.... :-)
3 baldi jugalah aku berjaya petik untuk hari ini.
Siput ni pun suka dengan rasa buah cherry ni agaknya.
Setahu aku, tempat inilah yang paling murah untuk sekilo buah cherry. AUD5 untuk sekilo.
Berangan... ada masa nanti, I mean jika hubby free dan tidak ke Uni pada hari minggu, aku teringin nak datang lagi. Mungkin sekali dua lagi hingga habis musim cherry ni. Tak lama pun lagi musim cherry ni, Buah dia pun bukan boleh di simpan lama macam epal. Hubby kata, makanlah sepuas-puasnya cherry ni, ambil peluang yang ada sebab inilah musim akhir cherry untuk kita nikmatinya di sini.... :-( ....
sedap cherry tu....nok makey selalu
ReplyDelete