Total Pageviews

Wednesday 19 December 2012

Tetamu Ku Check Out

Lamanyaaa aku tak berkisah. Busy sangat. Apa ntah tapi yang jelas aku tak cukup masa. Memang banyak benda nak bercerita tapi nak korek masa kot mana tu tak leh. Petang ni harap adalah masa sikit nak berblog ni.

Pagi tadi macam biasa gi hantar hubby ke Uni. Balik rumah buat kerja rumah sikit. Biasanya kat dapurlah. Hari ni decide tak nak masak. Makanan dalam peti je aku nak panaskan. Sana sikit sini sikit, banyak benda yang berbaki. Tiba-tiba jam 10.00 am gitu... hubby call minta datang balik ke Uni dia. Memang pun aku kena standby nak tolong gi binding tesis salah seorang kawan yang dah selamat habis belajar dan balik ke Malaysia dah. Pendek cerita on the way ke tempat binding dapat call dari kawan. Dia ingat aku kat rumah dan nak datang untuk pulangkan mini fridge aku. Janji aku akan call balik bila aku dah sampai rumah nanti.

Jam 12.30 tengahari, aku sampai rumah terus call dia. Tunggu punya tunggu sampai aku dah jadi ngantuk. Cuba tidur... Baru nak lelap hubby call dan aku cakap kawan tu belum sampai. Lepas tu aku lelap balik.....tiba-tiba...terkejut dan terjaga bila dengar 'gang.. gang... kedegang....' pintu aku di ketuk kuat. Aku ingat kawan aku tu dah sampai... rupanya kawan kepada jiran sebelah rumah aku yang ketuk pintu. Takutnya aku bila tengok dia macam gangster. Badan besar, ada tattoo, rambut panjang, janggut pun panjang dan bergigi sedikit rongak. Apa yang orang ni nak ni...? Tapi bila dia bagitau dah lama lampu kereta yang aku parking tepi jalan rumah aku tu terpasang, aku jadi lega. Dia siap membebel lagi, takut nanti bateri kereta aku jadi 'kong'. Bayangkan dah 2 jam aku parking kat situ dalam keadaan lampu terpasang. Dia suruh aku start, jika tak boleh dia boleh buat jumper dengan dia punya kereta. Baik juga dia ni rupanya. Alhamdulillah bila sekali start je, dah hidup enjin kereta aku tu. kereta bagus lah katakaaan.... :-) Dia siap pesan lagi supaya dibiarkan enjin hidup dalam a few minute baru dimatikan. Ini kalau hubby tahu, kena cubit telinga aku ni sebab cuai. Selalu juga gitu.... Tapi tak apa... biasanya aku akan cubit dia balik sebab aku dah rasa sakit :-)

Lepas tu aku masih rasa ngantuk juga, sambung tidur.... sehinggalah datangnya kawan aku tu. Mujur aku tak tidur mati, cepat jaga bila terdengar orang bagi salam, tapi macam mamai lah sikit. Dengan mata yang merah lagi aku cepat-cepat buka pintu. 

Itulah cerita muqaddimah kali ni... belum masuk tajuk lagi ni... :-).... baru dapat buka net book aku ni secara proper untuk berkisah.... 


Inilah kawan aku yang check in rumah aku 2 minggu lepas. Isnin lalu si wife dah kena balik Malaysia dan si husband masih ada satu malam lagi untuk ke tempat kerja pada selasa pagi esoknya. Dalam sebulan hanya dua minggu mereka bertemu. Sentiasa saling merindui nanti :-)....
 
Ni masa dekat airport untuk iringi kepulangan Dr Roslina ni ke Malaysia. Masa kat rumah aku mereka busy dan aku selaku tuan rumah pun lagi busy. Biasalah menghormati tetamu....

Ok bye-bye dan jumpa lagi.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment