Total Pageviews

Tuesday 23 April 2013

Bila Aku MemBeli Bawang di Adelaide

Nah... aku beli bawang 10 kg terus. 

Kebiasaannya untuk beberapa barang keperluan harian dapur, contohnya bawang ke...kentang ke... lagi jimat jika terus diborong dengan banyak sekali gus macam ni. Harga bawang ikut musim juga. Sekarang ni agak tinggi harganya berbanding musim-musim sebelum ni, kecuali jika bawang tu dah nak jadi agak busuk dah, atau lembab basah sikit ke, macam jika terkena tempias hujan macam sehari dua ni. 10 kg bawang yang aku beli kali ni berharga AUD4.99. Bagi aku tinggilah sikit harganya sebab aku pernah dapat dengan harga serendah AUD1.99 untuk 10 kg, time bawang berlebihan agaknya. Adakalanya dengan harga AUD2.99 atau AUD3.99. Namun jika Harga AUD4.99 pun, jika diikutkan harga perkilo hanyalah akan jatuh jadi 49 sen atau 50 sen je sekilo. Masih lagi berbaloi. Namun harus di ketahui, ada lagi yang berharga lebih tinggi.

Jika dulu-dulu, zaman kemeriahan Adelaide dengan sister-sister atau kawan-kawan aku yang hampir ke semua mereka dah pulang ke Malaysia lepas sorang-sorang, untuk beli bawang ni kami akan share-share. Kekadang berdua, bertiga atau berempat atau lebih pun ada, daripada bawang 10 kilo ni. Semua ini akan menghasilkan harga yang lagi rendah berbanding jika dibeli secara sekilo-sekilo atau timbang. Mungkin dengan harga AUD1.29 ke... atau AUD1.50 ke.... untuk sekilo. Mungkin ada juga kekadang dengan harga 99 sen. Biar pun yang di timbang tu dapat kita memilih sendiri kualiti bawang yang hendak dibeli, tetapi bagi aku, oleh kerana di sini kita masak setiap hari berbanding jika di Malaysia, lagi untung jika terus dibeli yang 10 kilo ni. Mungkin akan ada la yang buruk sesikit tu, tapi mungkin puratanya dalam sekilo je atau tak sampai. Kebetulan bawang yang aku beli kali ini semuanya elok dan tak ada sebiji pun yang buruk atau kena buang. Pastu bawang ni tahan lama pulak. 

Sekarang ni... tapi sebenarnya sejak dari dulu lagi, walaupun aku tak ramai ahli, suka beli terus 10 kilo ni tanpa share. Tak risau nak beli banyak gini. Sebab dari pengalaman yang aku dah lalui, aku dapat pakai dalam masa lebih kurang 3 bulan tanpa risau bawang tu rosak walaupun dalam musim panas, apalagi jika dah sejuk macam sekarang ni. Puas hati sangat bila aku masak apa-apa, aku dapat pakai bawang dengan mewah. Sesekali ahli rumah kata, "jom kita masak sup bawang...." :-)
 Ditulis dengan BBQ pack tu pasal Aussie ni suka letak hirisan bawang sekali dan dengan banyak makan bawang juga jika mereka berBBQ. (Betul ke aku ni...?)
Selalunya inilah mini market tempat aku beli bawang, terletak di Torrens Road Ridleyton, dekat saja dengan rumah aku, bukannya di sunday market sebab berat nak tolak trolley yang ada bawang 10 kg.
Selepas siap buat pengkelasan :-)....

 Bila je sampai ke rumah, aku tak terus bawa masuk ke dalam, biar dulu kat depan ni. Jika nak bawa masuk ke dalam juga, kena rajin vaccum habuk kulit bawang tu nanti. Jika hari panas, biarlah bawang ni terjemur jap, tapi cuaca tak panas hari ni...mendung dan kemungkinan hujan. Jadi kena terus proses dan di sinilah tempat aku memproses, mengasingkan dan mengkelaskan bawang ni. Biasanya aku akan ada 4 bekas untuk muat 10 kilo bawang ni.
 Penuh ke empat-empatnya.....
 Kelas 1
 Kelas 2
 Kelas 3
 Kelas 4

:-) Nak tergelak sendiri pun ada, tapi memang itulah cara yang aku buat dan tak pernah ada pengalaman sebegini di Malaysia. Jadi dari sini aku cubalah habiskan bawang yang berkelas rendah dulu. Harap-harap bila sampai masa untuk giliran kelas pertama, bawang tu belum lagi bertukar rupa menjadi bawang kelas ke 4 ya. :-)...
Lepas tu, andaikata ada bawang yang aku beli tu dah bertunas dan dah keluar daunnya, aku tanamkanlah kat sini menumpang tempat pokok parsley aku yang seco'et ni. Boleh juga potongkan daun tu bila aku masak apa-apa sup nanti :-) ....

2 comments:

  1. hhaha tu ler dia klo bli bwag kt sane...smlm g bli bawang teringatt adelaide sbb kt sini bli bwg sikit2 tu pun kekdg dh nk jd pokok hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik3... tak apa, boleh cepat2 buat sup bawang ke, bawang goreng celup tepung ke, biskut bawang ke... best juga....

      Delete