Total Pageviews

Wednesday 2 May 2012

First TiMe To LauNdRy

Adoooooiii......! sedih betul hati ini..... :-(.....

Dalam dua tiga kisah sebelum ini ada terselit kata-kata aku yang mengkhabarkan bahawa mesin basuhku ada buat hal. Mungkin ada skru yang tercabut lalu membuatkan besinnya yang berpusing tu longgar. Bila berpusing, maka bisingnya macam ada bumbung dan dinding rumah yang sedang runtuh. Tersangat-sangatlah bisingnya. 

Aku risau sebab aku duduk ni di rumah unit, rumah yang berlaga dinding dengan orang sebelah, pastu tuan rumah pulak hanya terpisah dengan pagar belakang rumah je, dekat dengan laundry aku. Dahlah aku selalu dengar dia tengah buat kerja kat belakang rumah tu. Jika kuat sangat bunyi mesin tu, mesti dia dengar, nanti tak pasal-pasal dia datang ketuk pintu aku.

Aku pun dah lama tak basuh baju. Ada sekali tu aku basuh tangan dan cuba nak spin je dengan mesin, tapi ya Allah aku dah serik nak buat lagi. Macam halilintar je bunyinya. Nasib baik jiran aku belum balik dari kerja lagi masa tu. Dahlah sekarang ni musim luruh yang sejuk, baju susah nak kering, beku tangan aku nanti jika basuh manual. Sempatlah mesin yang aku beli dengan harga aud 100 ni digunakan selama setahun 7 bulan. Aku yakin, ia bukan rosak, cuma skru yang tercabut di bahagian dalam je yang mana kami tidak tahu untuk membetulkannya.

Jadi, bila dah banyak baju yang terkumpul tu, aku pun bawalah ke satu laundry yang paling dekat dengan rumah aku. Mana biasa aku ke situ. Cara nak pakai pun terkial-kial. Dekat sini sabun pun kena beli. Satu skop aud 0.20 pulak tu. Lupa pulak aku nak bawa sendiri. Alamak...! terkejut aku, sekali basuh dengan mesin yang paling kecil pun aud 4. Aku terpaksalah pilih mesin basuh yang paling besar sebab aku bawa banyak baju yang nak di cuci. Jika nak ambil dua mesin yang kecil pun, masih belum cukup untuk memuatkan semua baju yang aku bawa. Jadi satu mesin besar, kena bayar aud 9 campur dengan dua skop sabun aud 0.40. Aduuuuh.... sekali basuh baju, hampir Rm 30. Mahalnya.... ini nak kena cari mesin baru ni. Nak baiki yang rosak tu memang tak berbaloi, kos repair kat sini memang mahal. Kata hubby, jika panggil orang untuk check apa yang rosak pun dah kena bayar upah aud 30. Lebih baik beli second hand yang lain.

Inilah tempat membeli sabun, pakai mesin, masuk aud 0.20, sabun akan keluar ke dalam skop ini. Jika tertumpah pulak macammana......  :-(  

Tengah survey dalam gum tree (advertiser) kat sini, mana tahu boleh dapat mesin basuh yang murah..... InsayAllah...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment