Total Pageviews

Sunday 29 April 2012

AppLe & StRawBeRRy PicKing

Musim apple kembali lagi. Kebiasaan waktu dan masanya adalah pada setiap musim luruh. Di sini musim luruhnya akan berlaku pada antara bulan mac hingga mei. Manakala pada setiap bulan april, akan bermulalah peluang untuk memetik apple di buka untuk orang ramai. 

Sebenarnya ini adalah musim luruh ke-3 bagi aku di sini dan mungkin inilah juga musim luruh terakhir aku yang telah bermukim buat sementara di sini. Selepas ini bila lagi agaknya boleh aku harungi musim ini lagi.

Untuk tujuan memetik apple ini, aku perlu ke satu tempat yang terletak di 'Adelaide Hill' iaitu di Hollidays Road, Summer Town. Jarak untuk ke Summer Town dari rumah ku kira-kira 26 kilometer dan perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Aku tidak pernah tahu selain dari tempat ini yang ada menyediakan peluang kepada public untuk memetik apple sendiri. Sepanjang aku berada di sini, aku hanya tahu inilah satu-satu tempat yang ada.

Sebenarnya nak makan sangat tu tak adalah. Sebab kita boleh dapatkan apple untuk di makan sepanjang tahun dan di mana sahaja. Apa yang membuatkan aku nak sangat ke sini adalah kerana nak merasai pengalaman berdepan dengan kebun apple yang luas, buahnya yang melebat, malah terbiar jatuh berlambakan di bawah pokok. Aku ingin berada di bawah rimbunan pokok apple yang rendang, ingin menarik dan memetik buah dengan tangan sendiri malah memakan buah dari setiap pokok dan mencari buah yang paling manis dan rangup. Aku ingin merakam kenangan dari setiap sudut pokok dan buah apple yang masak bergantungan dengan berbagai aksi girang. Mungkin pengalaman ini tidak mampu lagi aku ulangi.

Ok.... dengan hanya masuk kebun free dan boleh makan sebanyak mana yang mahu, maka bebaslah kita memilih buah-buah yang kita nak makan dan kutip. Makanlah sepuas-puasnya. Cuma kita akan membayar dan menimbang buah yang akan kita bawa keluar dari kebun saja. Itupun dengan harga yang murah seperti sedolar lebih je sekilo. Kesian pulak pak cik punya kebun ni aku tengok. Tiga musim yang aku datang, hanya dia seorang diri yang menguruskan semua.

Ok... Jom layan suasana dalam kebun ni...

 
 
 
  

Terjumpa pulak pokok buah tin ni tersesat dalam kebun apple. Tapi buahnya belum masak. Masih terlalu putik.

Hubby tengah membuat pembayaran pada buah yang nak dibeli. Urusan jual beli berlaku di belakang van pak cik ni sahaja.

 Dari kebun apple, kami bergerak pula menuju ke ladang strawberry yang terletak di bandar Hahndof. Sekarang ni musim petik dia juga dan kawasan ini memang dibuka untuk orang awam. Jika dilihat pada nama tu, aku rasa produk dia pun ada di eksport dan dijual di Malaysia.
 

Oleh kerana telah melangkau waktu tengahari, jadi kami pun solat dan makan-makan ringan dulu. Beginilah amalan di sini. Nak berjalan jauh sikit, kenalah bawa bekal. Kedai halal tak banyak di samping mahal. Bawalah makanan dan specialnya bawa air panas dalam bekas tahan panas. Selesa betul di minum dalam cuaca yang sejuk-sejuk begini. Satu lagi pasal solat ni, surau mana ada, so solatlah di mana sahaja di bumi Allah ini.

Jika nak masuk kebun apple tak perlu bayar, tapi nak masuk ladang strawberry ni kena bayar aud 4 seorang.

Aku datang ni kira dah tengah musim. Jika datang awal musim, mungkin masih banyak buah generasi pertama. Ini kira dah macam terlambat. Buah pun dah kurang dan ada yang belum betul masak. Yang buruk pun ada. Jadi aku makanlah sepuas-puasnya dulu mana-mana buah cantik yang aku kutip. Biar berbaloi. Lepas tu baru start petik buah untuk di bawa pulang. Strawberry ni mahallah sikit berbanding apple. Sekilo dengan harga aud 9.30. Aku makan sehingga rasa penuh perut dan rasa beratnya badan sampai rasa berat nak berjalan. 

Lepas tu sedihnya perut ku memulas-mulas kerana terlampau banyak makan buah. Nasib baik tandas dekat. 


Perubahan warna daun di kala musim luruh.

On the way balik sempat lagi berhenti bergambar....

Seharian berjalan menikmati anugerah Allah yang amat mengayikkan. 
Posted by Picasa

2 comments:

  1. macam mana pokok tin boleh sesat anak 1 hu3.. apapun buah tin terbaik...

    ReplyDelete
  2. macam mana pokok tin boleh sesat satu pokok hu3.. apapun buah tin terbaik...

    ReplyDelete