Jangan pandang pada rupanya. Kulit luarannya seperti keras menggerutu. Tapi sesungguhnya ada kelazatan pada isi dalamnya. Dah lama aku rasa kempunan nak makan oyster ni. Bukan pun aku biasa memakannya. Tetapi pernah sekali ada seorang sahabatku telah memberi aku merasa makan benda ni dan tekakku boleh terima rasanya sekalipun ia dimakan dengan hampir mentah.
Tapi itu hampir 10 bulan yang lalu. Baru hari ini dapat aku membelinya. Beli dari kedai seafood sebanyak sedozen (sukatan atau hitungan kaedah membelinya) dan sudah di buka cengkeramnya. Lebih baik beli yang telah siap dibuka, boleh luka tangan nanti kerana kepayahan nak membuka cengkeramnya.
Inilah rupa oyster ni semasa berada dalam tray dia. Setiap tray ada sedozen dengan harga aud 11.90. Mahalnya benda ni... sebab tu macam aku tak tak pernah makan di Malaysia. Ini pun kerana terliur sangat.
Ini dah siap untuk di makan. Jangan masak lama-lama. Aku hanya letakkan setitik dua sos cili masam, cair dan pedas, tabur sedikit keju parmesan dan bakar saja selama 5 minit. Jangan terlalu banyak letak sos dan jangan bakar sampai kering. Ini adalah untuk menjaga kesegaran rasanya. Setengah orang hanya makan mentah atau dengan hanya perah sedikit asam sahaja.
Jika sebelum ini, bila tengok orang makan benda ni dalam TV, rasa macam tak boleh nak telan je. Tapi rupanya tekak aku boleh terima. Pesan kawan yang memperkenalkan aku makan oyster ni, jangan makan dengan cepat, tetapi kunyah dan telan perlahan-lahan sambil menghayati rasanya. Betul.....
No comments:
Post a Comment