Total Pageviews

Wednesday 11 April 2012

TeTaMu MaLaYsia LaGi....

Nampaknya sekarang ini adalah musim konvokesyen bagi pelajar-pelajar PhD yang telah menamatkan pengajian mereka pada semester lalu. Universiti of South Australia (UNISA) telah mengadakan majlis konvokesyennya pada minggu lepas, manakala pada minggu ini pula adalah giliran Universiti of Adelaide.

Jika masih ingat pada cerita aku yang lalu tentang tetamu Malaysia yang telah menjadi jemputan ke rumahku (Kak Ros) adalah salah seorang pelajar dari UNISA. Datang lagi bertamu ke rumahku selepas itu adalah Dr Awang dari Universiti Malaya yang pernah juga belajar di UNISA. Kedatangannya juga adalah untuk majlis konvokesyennya dan dia sempat menginap dirumahku selama dua malam. Tapi tidak pula aku menulis tentang dia. Cuma dia juga merupakan salah seorang antara geng-geng yang rapat dengan kami di sini.
 
Kali ini aku menjemput seorang lagi seorang sahabat yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyennya bersama familynya. Meriah sekali dia kerana diiringi oleh ibu dan kedua orang mertuanya serta dua orang adik iparnya. Suaminya sudah semenstinyalah. Roslina namanya yang aku panggil dia dengan panggilan Ros saja.

Ros merupakan salah seorang best friend ku di sini. Banyak cerita kelakar lucu, suka duka, sedih hiba, susah senang yang kami kongsikan bersama. Ketika Ros ingin menyerahkan rumahnya kembali selepas tamat pengajiannya dulu, dia suami isteri telah menginap di rumahku selama dua minggu. Ini keadaan biasa di sini. Rumah yang ingin di serahkan mesti dalam keadaan kemas dan bersih. Jika tidak duit bond akan di potong. Jadi untuk memudahkan keadaan dan kerja-kerja pembersihan, lebih baik kita berpindah ke mana-mana seminggu atau dua minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Ketika itu adalah bulan puasa pada tahun lalu. Rasanya baru saja aku lalui semua itu. Seperti biasa akan ku katakan " cepat betul masa yang berlalu".
 
 
 
Suasana ketika bersembang. Rancak sangat huraian topik perbualan. Dapatlah aku berkenalan dengan family Ros. Alhamdulillah semuanya peramah. Tak sempat aku nak ambik gambar makanan yang aku masak. Masih lagi menu yang sama, mudah dan cepat aku buat. Beriani kukus, daging kurma kari juga ayam tandoori di tambah dengan popperdam dan salad. Jika ambil gambar pun, sama juga macam yang lepas-lepas.
 
Tapi masa tidak mengizinkan Ros berlama-lama. Hampir jam 11.00 malam, dia kena balik ke penginapannya. Sepatutnya malam ini dia kena tidur awal. Banyak lagi persiapan kena buat katanya. Maklumlah kerana esok pagi-pagi seawal jam 8.00am dah kena sampai ke dewan konvokesyen dah.

Tahniah ya Ros... Terima kasih semuanya kerana sudi bertamu ke rumah kami. Ada masa dan peluang nanti silalah datang lagi....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment