Semalam, pada hampir waktu tengahari, masa aku sedang masak, ada satu sms dari adikku EG masuk. Ada dua perkara yang dia
nak sampaikan….
Pertama katanya
adik khairie dapat naik pangkat. Alhamdulillah, moga dia terus dapat
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ihsan dan ikhlas untuk agama, bangsa
dan negara. Tahniah, tahniah dan tahniah…!
Ceritanya lagi, majlis
solat hajat family akan berlangsung kat kampung. Adik Khair masa ni telah berada di kampung dan Eg juga akan berangkat balik selepas habis waktu sekolah tengahari ini. Moga urusan berjalan lancar.
Jangan lupa hulurkan doa buat kami di sini juga ya….
Keduanya
dia kata, tahun baru ni ada rezeki lebih sikit, jadi dia bercadang nak sponsor
baju rayaku untuk tahun ni. Dia tanya alamat untuk urusan penghantaran. Macammana ya, kos urusan pos yang pernah dia buat dua tahun lepas, mahal juga. Tengoklah aku cuba
cari jalan untuk dapatkan kos yang lebih murah. Terima kasih Gie...
Apa pun tahniah
buah kedua-dua adikku ini…..
No comments:
Post a Comment