Menu makan malam untuk hari ini.
Jangan pelik kiranya aku katakan yang tidak pernah aku pandai untuk memasak kuah laksa kelantan sebelum aku sampai ke Adelaide ni. Oleh kerana di sini aku perlu berdikari, jangan mengada-ngada terliur apa pun makanan jika tidak membuatnya sendiri. Sekali pun ia mudah, tiada dapat merasanya jika tidak berusaha sendiri. Jangan risau, dengan adanya maklumat yang banyak dalam internet, carilah resepi apa sahaja, insyaAllah terpapar di depan mata.
Aku sendiri pun pelik, jika sebelum ini tak pernah aku teringin nak makan laksa kelantan ni. Tiba-tiba je selepas kira-kira 3 bulan berada di Adelaide ni, terasa-rasa di tekak ku ingin makan laksa kelantan. Masih aku ingat pada masa tu, aku masih belum memiliki blender mahu pun lesung batu. Jadi aku hanya dapat menghiris saja bawang dan halia serta melenyek saja ikan. Bila kuah masak, nampaklah gumpalan-gumpalan bahan-bahan yang tidak hancur itu. Tapi yang kelakarnya, bila aku bagi kawan aku yang berasal dari kedah makan, dia yang tidak pernah merasanya pun berkata "sedap", dan selepas itu laksa kelantan ini menjadi pilihan dia dan anak-anaknya.
Untuk memasak laksa kat sini bukannya perkara susah. Cepat dan ringkas. Semuanya macam pakai benda yang segera sahaja.
Bila dah empuk, pastikan laksa ini di siram dengan air sejuk (aliran air paip) selama kira-kira seminit. Ini bagi memastikan ia tidak melekat antara satu sama lain.
Ikan pun pakai tuna dalam tin ni. Ia bukan seperti ikan sardin dalam sos tomato tu. Tapi ini hanya isi ikan yang di rendam dalam air garam je. Hanya kisar dan terus masuk periuk. Jadi tak payahlah susah-susah rebus ikan dulu, lepas tu nak asingkan isi dengan tulang lagi baru nak blender pulak. Aku dah pernah buat pakai ikan kembung, tapi rasanya sama saja.
Ok... santan pun biasalah. Pakai yang dalam tin. Sini tak ada santan segar yang baru diperah. Tapi dalam memilih santan di negara orang ni, kena berhati-hati sikit. Kena sentiasa tengok isi kandungannya. Sebab memang ada santan yang tidak halal untuk kita.
Bahagian ulam-ulaman tak perlu risau, semuanya insyaAllah boleh dapat dekat "Asian Groceries"
Begitulah seringkas ceritanya.......
Begitulah seringkas ceritanya.......
No comments:
Post a Comment