Total Pageviews

Wednesday 27 June 2012

Acar Turshie / turshy


Bagaimana ejaan sebenarnya aku pun tak pasti tetapi itulah bunyinya, "turshie". Aku tambah pula perkataan acar di hadapan perkataan turshie menjadikan namanya mempunyai dua perkataan iaitu "acar turshie". Aku telah belajar cara membuat acar turshie ini dari seorang rakan berbangsa Iraq. Ini memang makanan dia orang. Dia akan buat banyak-banyak sekaligus dan disimpan.

Bagi aku ia umpama acar pada kita, orang Malaysia. Cuma cara pembuatan dan bahan-bahan yang digunakan ada sedikit perbezaan yang tidaklah terlalu jauh. Ingin tahu resepinya...? Jom kita mulakan...

Bahan-bahan acar : 
Timun
Kubis
Bunga kubis
Carrot
Brokoli
Cili (jika nak pedas)
Boleh guna apa-apa sayur yang anda suka dan ikut kuantiti sendiri

Bahan-bahan kuah :
Air 
Garam 
Gula 
Cuka makan biasa (aku guna cuka epal)
Sedikit minyak zaitun atau minyak masak (agak-agak secawan) 

Cara-cara :
Masak air sepadan dengan bahan sayur yang kita ada hingga mendidih. Masukkan cuka, garam, gula dan minyak zaitun. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin ikut selera kita sendiri sebelum dimasukkan segala sayur. Bila dah dapat rasa yang sesuai, tutupkan api dan masukkan segala sayur yang kita mahukan. Biar semua masuk dan tenggelam dalam air lalu tutupkan periuk.

Selang dua tiga jam selepas itu, bolehlah kita memakan acar ini. Rasanya rangup dan sedap sekali. Jika membuatnya dalam kuantiti yang banyak, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk dimakan pada bila-bila masa yang kita suka. InsyaAllah acar turshie ini boleh tahan sehingga berbulan-bulan lamanya di dalam peti ais dengan syarat sentiasa terendam dalam kuahnya.

Acar turshie ini memang sesuai dimakan dengan hidangan nasi biasa sehingga ke nasi beriani juga. Malah sangat sedap juga diratah begitu sahaja. Serious cakap terutama bila menggigit carrot dan bunga kubis atau timun yang rangup.

Tak percaya....? Cubalah sendiri.... :-)...

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment