Total Pageviews

Wednesday 6 June 2012

TeRung BaKar BerDaging


Ada la dua tiga kali pernah aku buat menu ini. Lepas tu lupa dan lamaaaaa tak buat dah. Tapi baru-baru ini ketika aku ke Pooraka Sunday Market, aku teringat kepada menu ini bila terpandang kepada sayur terung kat situ. Jarang aku beli terung sebenarnya. Bukan tak makan.... makanlah juga walau pun bukan kegemaranku, cuma bila makan tu, badan jadi berangin. Tu yang malas nak makan tu.

Sebenarnya resepi ini aku dapat idea dari salah satu rancangan masakan di TV yang aku suka di sini, "A Live And Cooking". Ada perbezaan pada ingredientsnya kerana aku dah adjust sikit. Tapi masih ada persamaanya. Aku jadikan dia mudah dan simple. Bahan pun aku main agak-agak sikit.

Bahan kulit :
1 biji terung jenis yang besar tapi bukan yang bulat
sedikit minyak zaitun

Bahan inti:
1 1/2 cawan daging cincang
3 ulas bawang merah
sedikit black pepper
sedikit white pepper
garam secukup rasa

Cara membuat kulit:
Terung di hiris nipis memanjang, Sapu minyak dan salai atau grill kan. 

Cara membuat inti:
Tumis bawang, masukkan daging kisar, black pepper, white pepper dan garam. Gaul sebati. Bila masak biarkan suam sikit.

# Ambil sekeping terung nipis, letak sedikit inti dan gulungkan. Susun dan aturkan ke dalam bekas. Sedia untuk di makan. 
 
Kebetulan hari minggu lalu, kawan aku ada buat kenduri majlis hari lahir anak dia. Jadi rajinlah pulak aku nak bawa menu ini ke rumah dia. Jika tidak tak tahulah bila aku nak buat resepi ni. Jika ada masa dan teringin nak rasa enak dan lemaknya terung grill ini....selamat mencuba.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment