Betapa cantiknya rekaan manusia, maha cantik lagi ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala....
(Pemandangan di Cavendish Avenue, Devon Park)
Aku perasan setiap tahun, pada akhir musim bunga, pokok Jacaranda ini akan mengeluarkan kuntuman bunga yang berwarna purple seperti dalam gambar ni. Jacaranda ni sebenarnya adalah pokok besar yang biasanya ditanam di tepi jalan. Cantiknya kamera merakam gambar, cantik lagi pandangan dengan mata kita sendiri. Subhanallah.... apa aku nak ucap ya... memang cantik sangat warna purple bunga ini. Purple bersusu warnanya. Ada yang di tanam hanya sepokok sepokok. Tapi sebenarnya yang membuat pemandangannya nampak cantik, bila pokok ini ditanam penuh berderet di kiri dan kanan jalan yang akan kita lihat seperti lorong pintu gerbang.
Sebenarnya aku pernah ceritakan juga pasal pokok Jacaranda ini pada akhir musim bunga tahun lepas. Boleh dirujuk di sini.
Jika dari pandangan dekat dan pokok yang masih kecil, inilah rupanya bunga pokok tu.
Sebenarnya ada beberapa tempat atau lorong jalan yang aku pernah jumpa dan lalui terhias indah dengan pokok ni. Tapi sukanya aku nak tunjukkan yang aku tak perlu pergi jauh. Hanya lorong sebelah rumah aku je ni. Setiap pagi dan petang, dua tiga kali sehari pun pasti aku jenguk lorong ni semata-mata kerana nak melihat dan menghayati kecantikannya.
Sangat excited....
Jika angin bertiup kuat atau hujan turun, akan banyaklah bunga-bunga purple ni jatuh berguguran. Lepas tu bila hari kembali panas, kuntuman bunga-bunga purple yang di atas jalan itu akan mengering. Bila saja aku memandu melaluinya, sengaja aku slowkan kereta dan bila tayar kereta melenyek bunga-bungaan ini, ia akan mengeluarkan satu bunyi 'krup krap, krup krap', kelakar juga bila aku jadi terhibur dengan bunyi tu :-).....
Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, mengiringi berlalunya musim bunga yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, akan gugurlah semua bunga purple Jacaranda ini, kembali berganti dengan daun yang hijau menjadikan ia kembali sama seperti pokok-pokok yang lain juga.
Logiknya musim ini bakal menjadi musim akhir bagi aku untuk melihat Jacaranda tree di sini. Mungkin jika ada peluang dan rezeki dan dengan izin yang 'Maha Kaya', akan dapat lagi aku menyaksikan pemandangan ini di suatu masa nanti..... InsyaAllah.....
I really like this jacaranda tree very much. You too??
ReplyDeleteSo lovely.I think one of the best things I like in Australia is this. Maiko
Yesssss... sure me too Maiko. That why I took this scenery every year. You remember that yesterday our teacher said..."this scenery of jacaranda tree is very2 Australian" I feel lucky to have this experience.
Delete