Keadaan dan tempoh masa berpuasa berbeza dari bulan Ramadhan yang berlangsung dalam musim sejuk. Pada waktu itu panjang waktu puasa hanyalah kira-kira lebih 12 jam sahaja dengan cuaca sejuk. Namun bulan ini telah menghampiri musim panas. Jadi waktu siang yang makin panjang membuatkan panjang masa berpuasa bertambah menjadi lebih kurang 15 jam setengah dengan keadaan suhu pula yang panas. Aku berazam nak kumpul beberapa hari pahala berpuasa dalam bulan ini, insyaAllah setakat termampu dengan izin Allah.
Berbahagialah apabila waktu berbuka telah sampai. Penantian yang tidak sia-sia... :-)
Menu berbuka ringkas yang terdiri dari ikan mackerel singgang, ayam bakar, budu dan petai serta buah dan pemanis mulut. Terpaksa kena masak nasi lebih sikit dari biasa... kenapa...? Takut tak 'ghenak' (cukup) sebab ada budu dan petai :-) 0ne of my favourite ulam.... Alhamdulillah dengan rezeki ini.....
No comments:
Post a Comment